Bab 23

16 2 0
                                    

Haniy sedang menonton cerita korea dan sesekali dia ketawa dengan kuat. Sementara menunggu ibu dan ayah pulang. Sebelum dia melanjutkan pelajarannya semula, dia mengambil masa untuk menikmati drama koreanya terlebih dahulu. 

        Tiba-tiba pintu rumahnya di ketuk dengan kasar dari luar. Mata Haniy tertumpu ke arah pintu rumahnya itu. Nafas Haniy kembali kencang apabila ketukan pintunya semakin kuat. Dia berjalan menuju ke jendela untuk mengintai ke luar rumah.

        "Apa masalah kau ni?" jerit Haniy. Rupa-rupanya Aariz yang mengetuk pintu rumahnya macam nak roboh. Gelabah apa lah dia ni.

        "Buka lah cepat, aku nak cerita dengan kau ni." arah Aariz. 

        "Sabar lah, memekak je kau ni." bebel Haniy. Dia terus berjalan ke pintu untuk membuka pintu rumahnya. Haniy mengeluh apabila melihat perangai Aariz yang agresif tak tentu pasal ni.

        "Kau ni kenapa? Kena kejar dengan harimau ke?" soal Haniy. Dia mengerutkan dahinya apabila melihat Aariz yang sedang mengatur nafasnya. Macam pergi lumba lari marathon!

        "Kau lah harimau tu," kata Aariz.

        "Kau bila balik? Kenapa tak beritahu aku?" soal Haniy. 

        "Semalam, aku balik sebab nenek sakit." balas Aariz. 

         "Ha? Nenek sakit apa?" tanya Haniy dalam keadaan kerisauan. Nenek Aariz dah berusia tapi masih rajin melakukan kerja-kerja yang berat. Hari-hari menjahit tempahan baju. Banyak pula ttu!
        "Dia kena strok," kata Aariz.

        "Then, kau datang sini kenapa? Pergi la jaga nenek!" marah Haniy. Sudah la datang kerumahnya dengan berjalan kaki. Ish! 

        "Aku nak minta tolong kau mandikan nenek," kata Aariz. 

        "Sebelum ini nenek mandi dengan siapa?" soal Haniy. Tak akan sebelum ini nenek tak mandi sebab tak ada orang yang mandikannya. 

       "Sebelum ini ada mak cik saudara aku mandikan, hari ini dia tak ada. Seharian dah tu nenek tak mandi. Kau tolong boleh?" sayu Aariz meminta pertolongan Haniy. Haniy hanya menggangukan kepalanya tanda setuju.

        "Kau balik lah dulu, kejap lagi aku pergi. Aku nak beritahu ibu dulu," kata Haniy. 

        "Terima kasih cinta hati," ucap Aariz sambil tersenyum.

        Haniy membuntangkan matanya. What? Cinta Hati? Aish dia ni!

       "Balik lah, kejap lagi aku pergi." kata Haniy. Malas dia melayan perangai mengedik tu. Elok dia control perasaannya, nanti terluah pula.


"Aku nak sambung belajar dah," kata Haniy sambil menyaou ruang tamu rumah nenek Aariz. Baru sahaja dia selesai mandikan nenek. Sekarang dia membantu kemas rumah nenek pula. Dia kesian tengok bila rumahnya mula tak terurus. Sebelum ini rumah selalu bersih sebab nenek seorang yang pembersih. Dia juga rajin membuat kerja rumah. Bila dia sakit terlantar, dia sedih tengok nenek.

        Aariz mengerutkan dahinya. "Betul ke?" tanya Aariz dengan teruja. 

        "Ye, sekarang tengah prepare je ni." balas Haniy.

        "Kau dapat course apa?" tanya Haris. 

        Haniy memberhentikan kerja menyapunya. "Diploma in law," jawab Haniy.

        "What?" Jerit Aariz terkejut. Dia menekup mulutnya dengan kedua-dua belah tangan. Hebat juga kawan dia ni dapat jadi lawyer la nanti!

        "Kau tak percaya ke?" Haniy mengangkat keningnya.

       "HAHAHAHAHA, percaya lah! Kau memang pandai," kata Aariz. Haniy hanya membiarkan sahaja Aariz. Dia terus menyambung kerjanya.

        "Eh, Haniy! Kau kerja dengan Haris lagi ke?" soal Aariz. Haniy memandang Aariz dengan pandangan yang kosong. Lalu dia mengelengkan kepalanya. 

        "Kenapa?" soal Aariz lagi. Lelaki ni macam pak cik bawang ye. Semua dia nak ambil tahu. Pantang dengar khabar angin, dia lah yang percaya terlebih dahulu.

        "Aku dah berhenti," itu je yang Haniy jawab.

        "Sebab?" tanya Aariz lagi.

        Haniy menjengkelkan mukanya. Sibuk je dia ni. "Sebab aku nak sambung belajar la," itu sahaja yang mampu dia katakan. Dia malas nak ceritakan punca sebenar dia berhenti. Sedangkan baru dua minggu sahaja dia bekerja.

        "Tanya sepatah, jawab sepatah. Malas la aku." Aariz mengeluh. Haniy ketawa kecil melihat Aariz begitu. Kelakar la dia ni! Perangai kalah mak cik bawang yang ada dekat kampung ni.


"Apa lagi yang Haris nak buat mama? Haris suka dia!" Haris menunduk dan memeluk kaki Datin Naimah. 

        "Siapa yang mulakan dulu? Haris kan? Awalnya Haris nak seronok-seronok je dengan dia. Cuba tengok sekarang apa jadi dekat Haris? Haris tergila-gila kan dia kan?" bebel Datin Naimah. Dia kesian tengok anaknya itu sampai makan pun tak mahu. Apa lah yang buatkan anaknya tertarik pada gadis itu.

        "Haris tak sangka pula yang makin lama Haris kenal dia, makin suka pula dekat dia. Dia kasar tau mama susah untuk dimiliki. Sebab tu Haris suka kejar dia. Tapi bila Haris dah tipu dia, dia dah tak nak jumpa Haris." kata Haris dengan sayu. Dia masih lagi memegang erat kaki mamanya itu.

        "Mama tolong la jumpa Haniy tu, pujuk dia." merayu Haris. 

        Datin Naimah mengerutkan dahinya. "Kenapa mama pula kena pujuk dia?" 

        "Perempuan kan faham perempuan. Dia tak faham Haris," balas Haris.

        "Memang la dia tak faham Haris, sebab Haris dah tipu dia. Perempuan tak suka orang yang di sayang menipu." balas Datin Naimah.

        "Macam mana nak buat dia percaya Haris balik?" soal Haris. Dia merenung wajah mama sambil menunggu jawapan.

        "Mama tak tahu," balas Datin Naimah ringkas.

        Haris mengeluh dengan berat. "Mama, please!" merayu Haris.

        "Kalau ada masa mama pergi lah jumpa dia!" pujuk Haris. Dia menggoyang-goyangkan kaki mamanya supaya dapat membantunya. 

        "Okay, fine! Bawa mama pergi rumah dia. Kita bincang dengan keluarga dia." kata Datin Naimah. Dia juga mengeluh dengan berat. Demi anak terunanya yang seorang ni, sanggup dia memalukan dirinya untuk berjumpa dan merayu kepada gadis yang anaknya minat. Boleh jatuh maruah kalau kena halau ni! Ish, Haris ni!

        "Esok kita pergi!," jerit Haris dengan teruja. 

        "Mama busy minggu ni, kita pergi minggu depan." kata Datin Naimah. Dia sibuk nak tolong suaminya di pejabat. Tak nak la dia cepat-cepat pergi merayu dengan gadis itu. Dia pun malu nak merayu dekat gadis itu untuk menerima anaknya semula. 

        "Mama janji dengan Haris nanti pergi jumpa Haniy?" soal Haris sambil menghulurkan jari kelingkingnya ke arah Datin Naimah untuk membuat tanda janji. Dia kalau dengan mama mesti perangai kanak-kanaknya akan keluar. 

        "Ye," balas Datin Naimah lalu menyambut huluran jari anaknya tadi. Lalu dia mengusap kepala anaknya. Baik betul si gadis itu dapat membuatkan anaknya tergila-gila kan dia. Sungguh dia kagum dengan gadis itu sampaikan anaknya juga berubah menjadi seorang yang mendengar kata dan tidak lagi kuat bersosial di luar. 

[C] Hati Yang Jauh ✅Where stories live. Discover now