Bab 27

13 2 0
                                    

"Semua makan minum kami dia yang jaga," kata Puan Aimi.

         "Kenapa perlu dia yang jaga?" soal Haniy.

        "Masa tu ayah sakit dan ibu pun demam panas. Tak ada orang nak belikan ubat. Kebetulan dia datang ke rumah. Dia yang bawa ibu dengan ayah pergi hospital. Sejak daripada itu, setiap kali dia balik daripada kerja mesti dia singgah ke rumah. Dia takut kalau ibu dengan ayah jadi apa-apa dekat rumah," jawab Puan Aimi.

        "Dia buat semua tu sebab nak pikat hati Haniy je sengaja nak tunjuk baik lah tu," balas Haniy sambil membuat muka menyampah. Ibu dengan ayah pun dah suka dia. Tak tahu la ilmu apa yang dia pakai sampaikan ibu dengan ayah pun suka dengan dia. 

        "Tak baik bersangka buruk dengan orang, ibu tak ajar macam tu." kata Puan Aimi. Haniy hanya mengeluh dengan berat. 

        "Selama Haniy tak ada dekat rumah, walaupun dia banyak tolong ibu dan ayah. Dia tak pernah ambil kesempatan untuk mengambil tahu tentang Haniy. Dia memang ikhlas bantu ibu dengan ayah. Ibu yang rajin ceritakan keadaaan Haniy disana dekat dia." jelas Puan Aimi lagi.

        "Dia pernah kata dekat ibu, kalau Haniy balik dan sudah ada kekasih hatinya sendiri. Dia akan undurkan diri juga untuk beri peluang kepada lelaki tersebut untuk menjaga Haniy." jelas Puan Aimi lagi.

        "Tapi ibu," Haniy menundukkan kepalanya.

        "Tapi apa?" soal Puan Aimi. 

        "Tapi Haniy tak percayakan dia, dia tipu Haniy!" jawab Haniy.

        "Haniy, ada sebab dia rahsiakan kepada Haniy. Kita tak tahu masalah mereka sebelum ni. Cuba beri dia peluang kedua." jawab Puan Aimi.

        "Ibu percaya dengan dia?" soal Haniy.

        Puan Aimi menganggukan kepalanya perlahan sambil tersenyum. 

        "Selama dua tahun ibu kenal dia, dia tak pernah menipu dengan ibu. Mungkin bagi Haniy ibu tertipu disebabkan kekayaan yang dia ada. Sedangkan dia sendiri sedikit pun tak segan masuk ke rumah kita dan masak di dapur kita yang serba kekurangan itu. Dia pun makan juga lauk-lauk kampung yang simple ibu masak," cerita Puan Aimi.

        "Ibu hanya goreng ikan masin pun dia makan berselera. Mama dia pun pernah datang ke rumah kita.  Mama dia seorang yang sangat rendah diri tak hina kita sedikit pun." tambah Puan Aimi lagi.

        "Mama dia pernah jumpa ibu?" soal Haniy dengan riak wajah yang terkeju. Tak sangka selama dua tahun dia tinggalkan ibu dan ayah, sempat keluarga Haris dan keluarganya berkenalan. Tak sangka sampai begitu sekali Haris ingin membuktikannya.

        "Ye, keluarga dia pernah datang dengan niat nak merisik Haniy." kata Puan Aimi.

        "Jadi ibu dengan ayah terima ke?" soal Haniy.

        "Tak, ibu dengan ayah suruh dia datang lagi bila Haniy dah balik." jawab Puan Aimi. Haniy mengeluh dengan lega. Nasib la ibu tak terima, kalau tidak aku berstatus tunang orang la dekat universiti tu. 

        "Ayah nampak dia ikhlas dengan Haniy," Encik Firdaus menyampuk perbualan mereka berdua.

        "Tapi kita tak setarah dengan keluarga dia," kata Haniy. Dia takut jika pasangan yang dia pilih tidak setaraf nanti akan berlaku perbalahan pula suatu hari nanti.

        "Setaraf tak terletak pada harta semata-mata. Ia terletak juga pada pemikiran kamu berdua dan juga taraf  ilmu yang kita ada." jelas Encik Firdaus.

        "Tapi Haniy baru belajar taraf diploma, Haris dah ada degree gelaran sarjana muda lagi." Haniy mengeluh.

        "Tahap pemikiran dan cara menyelesaikan masalah lagi penting. Cara Haniy handle mental dan emosi juga mainkan peranan yang amat penting." kata Encik Firdaus lagi.

        Haniy hanya mengganggukkan kepalanya. Dia setuju dengan apa yang ayahnya pesan sebentar tadi.

        "Haniy, nanti buat lah solat istikharah ye." pesan Puan Aimi. Haniy hanya menganggukkan kepalanya sahaja. 


"Mama, esok kita pergi rumah Haniy!" laung Haris daripada tingkat dua rumahnya.

        "Kalau Haniy tak terima macam mana?" soal Datin Naimah.

        "Tak apalah, janji dia tahu yang Haris tak pernah mengalah untuk jadikan dia isteri Haris." balas Haris.

        "Kalau dia tolak lamaran Haris, Haris kena move on, okay?" kata Datin Naimah. 

        Haris mengeluh dengan berat, "Mama doakan la dia terima Haris," jawab Haris dengan sayu.

        "Ye, mama sentiasa doakan yang terbaik buat anak mama. Tapi, Haris pun kena usaha juga minta dekat Allah supaya dilembutkan hati Haniy untuk terima Haris." pesan Datin Naimah. Haris hanya tersenyum. 

        "Lepas ni kita dapat menantu la," tegur Dato Latif.

        Haris ketawa. "Dapat cucu juga!" balas Haris.

        "Kemain kamu ni, kahwin pun belum lagi!" marah Datin Naimah.

        Haris dah Dato Latif ketawa. "Haris gurau je mama," 

        "Papa harap papa dapat menantu la tahun ni," kata Dato Latif.

        "InsyaAllah, papa." jawab Haris sambil tersenyum. 



[C] Hati Yang Jauh ✅Where stories live. Discover now