Bab 24

13 2 0
                                    

 Surat tawaran masuk ke universiti itu digenggam dengan erat.

        "Haniy," laung ayahnya, Encik Firdaus.

        Encik Firdaus memandang tempat letak barang di bahagian belakang keretanya sambil menggeleng-gelengkan kepala. Penuh sehingga tak ada ruang sedikit pun.

        "Ada lagi ke yang nak disumbatnya?" bebel Encik Firdaus.

        Haniy menggarukan kepalanya yang tidak gatal sambil tersengih-sengih. Dia pun tak perasan yang barangnya dah terlebih muatan. Tapi apa yang dia bawa, semuanya penting!


"Ibu dengan ayah doakan Haniy ye," sempat dia berpesan kepada ibu dan ayah sebelum dia berjalan masuk ke dalam dewan untuk melapor diri. 

        "Haniy sentiasa ada dalam doa ibu dan ayah," balas Puan Aimi. Air matanya menitis. Tidak pernah dia berjauhan dengan anak bongsunya ini. Kali ini dai sudah perlu berdikari sendiri di sini. Tanpa sedar, anak yang dia baru sahaja lahirkan, kini telah tiba masanya untuk berjauhan demi mencapai cita-citanya.

        Haniy memeluk erat ibunya. Dia juga menangis tak mahu tinggalkan ibu dan ayah tetapi dia perlu pergi untuk capai cita-citanya. Itu sahaja jalan untuk dia membalas jasa orang tuanya.

        "Jaga diri, jangan cepat terpengaruh dengan orang yang tak baik." pesan Encik Firdaus. Haniy tertawa kecil melihat ayahnya yang risau tentang dirinya.

        "Ye, ayah doakan semoga Allah SWT jaga iman dan lindungi anak ayah ini ye?" kata Haniy. Dia juga menghampiri ayahnya lalu memeluk erat lelaki itu.

        "Jaga diri jangan cepat terpesong dengan benda yang tak baik, pilih kawan yang baik-baik ye?" pesan Puan Aimi. Sudah hampir 100 kali agakya benda ni dipesan oleh ibunya. Dia juga berharap tuhan menjaga iman dan hatinya supaya niatnya di sini hanya untuk menuntut ilmu. 

        Buat kali terakhir dia memeluk dengan erat ibu dan ayah. Berat rasanya mahu tinggalkan mereka berdua.

        Haniy berjalan masuk ke menuju ke dewan yang menempatkan taklimat dan juga pendaftaran sambil melambai-lambai tangannya ke arah ibu dan ayah. Haniy tercangak-cangak memerhatikan seluruh kawasan dewan itu. 

        Dia merasa kagum dengan dirinya sendiri, bahawa dia dapat capai cita-citanya untuk melanjutkan pelajarannya di universiti impiannya. 

        Haniy berjalan seorang diri di dalam dewan itu untuk mengambil tempat duduknya. Dia duduk di bahagian tengah-tengah dewan itu. Seorang gadis yang berkulit putih memakai baju kurung berwarna merah jampu menegurnya. 

        "Boleh saya duduk sebelah awak?" tanya gadis itu.

        "Eh, mesti lah boleh. Silakan," pelawa Haniy dengan mesra. Kebetulan dia juga perlukan kawan di sini. Boleh la dia berkawan dengan gadis ini.

        "Nama awak apa?" tegur Haniy sambil tersenyum ke arah gadis itu. 

       "Nelisa, awak panggil je lisa. Awak pula?" balas Lisa.

       "Haniy," balas Haniy sepatah. Mereka saling berbalas senyuman. 

        "Harapnya bilik kita sama," kata Lisa.

        "Betul," Haniy setuju dengan cadangan Lisa. 

        Keadaan di dalam dewan mula sesak. Penuh dengan pelajar baru. 

        "Assalamualaikum," kedengaran satu suara lelaki memberi salam. Semua mata tertumpu ke arah lelaki yang memberi salam itu. Keadaan dewan yang tadi huru-hara terus senyap dan memberikan sepenuh perhatian terhadap pelajar lelaki tersebut. 

        "Hai, Selamat datang saya ucapkan kepada semua pelajar. Saya Afif Afnan selaku pengerusi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Semua pelajar boleh panggil saya, Afif. Sebentar lagi kita akan dengar taklimat mengenai bidang yang kamu ambil, sedikit sebanyak tentang peraturan di universiti ini, mengenai bilik hostel dan juga yang lain-lain akan di tambah jika ada." Afif Afnan mula memberi penerangan kepada semua pelajar baru di situ. Dia merenung satu per satu wajah pelajar baru di situ. Ada juga sesekali bibirnya mengukirkan senyuman. 

        Mikrofon bertukar tangan. Seorang perempuan mula berdehem-dehem. Dia mahu menguji bunyi mikrofon itu. 

        "Hai semua! Saya Maisara selaku naib pengerusi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Saya harap semua dalam keadaan sihat dan mempunyai semangat yang tinggi untuk meneruskan pelajar sehingga berjaya! Kita akan ada hari orientasi selama 7 hari termasuk hari ini. Ia dikenali sebagai hari suai kenal. Sepanjang hari orientasi ini jika ada apa-apa masalah boleh berjumpa dengan saya ataupun Afif Afnan. Kami akan cuba bantu sehabis baik." terang Maisara. 

        "Saya harap semua pelajar menjaga etika dan juga mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan di sini. Jika berlaku sebarang masalah atau langgar peraturan, pihak universiti tidak teragak-agak untuk buang anda semua daripada universiti ini." tambah Maisara lagi. 

         "Sebentar lagi awak semua di agihkan mengikut kumpulan dan akan di bimbing oleh MPP yang lain. Ada soalan?" kata Maisara lagi. Mata dia memerhati ke arah semua pelajar.

        "Jika ada soalan, boleh angkat tangan sekarang. " arah Maisara.

        Semua pelajar di dalam dewan hanya mendiamkan diri. Tiada seorang pelajar pun yang mengangkat tangan.

        "Malu bertanya, sesat jalan nanti." tambah Maisara lagi sambil tersenyum. 

        Haniy tersenyum melihat pengerusi dan naib pengerusi itu kelihatan baik dan sopan. Dia terima layanan yang sangat baik di universiti ini.

        Tiba-tiba seorang pelajar di depan Haniy berdiri untuk menanyakan soalan kepada Maisara.

       "Pelajar yang memandu kereta sendiri boleh parkir dekat mana ye?" tanya pelajar lelaki itu.

        "Kalau di ikutkan, pelajar tidak dibenarkan membawa masuk kenderaan ke dalam kawasan universiti. Jika perlu juga, awak boleh buat surat kepada pihak atasan universiti untuk memohon sticker kenderaan jika dibenarkan," balas Maisara dengan sopan. 

        Pelajar lelaki tersebut menganggukan kepalanya dan duduk semula di tempatnya.

        "Terima kasih atas soalan yang di tujukan sebentar tadi," ucap Maisara. "Yang lain, ada lagi?" tanya Maisara.

        "Cuba tanya dia, boleh tak kalau nak tukar bilik kalau kita tak selesa." Lisa menyuruh Haniy. Haniy mengerutkan dahinya, "Kenapa, aku?" Baru berapa jam kenal, dia dah boleh berkawan dengan Lisa. Jadi tak perlu la panggilan saya dan awak lagi. Biasanya perempuan bila berkenalan mesti sopan sahaja bicaranya. Bila dah kenal, mestilah dia dah jadi biasa semula.

        Lisa menolak bahu Haniy dengan perlahan. Haniy mengeluh dengan perlahan. Dia pun mengangkat tanggannya dan bertanya. "Maafkan saya, boleh ke kalau saya nak tukar bilik jika saya kurang selesa?" soal Haniy.

        "Baiklah, boleh jika alasan yang diberikan kukuh dan muhasabah." jawab Maisara. Haniy hanya mengangguk dan duduk semula di tempatnya.

        "Terima kasih tolong tanyakan untuk kita berdua," ucap Lisa.

        "Nasib la kawan," kata Haniy. Lisa ketawa dengan perlahan. Dia seorang yang introvert jadi dia malu jika berada di khalayak ramai. Dia takut dengan semua mata yang memerhatinya nanti. Nasib la ada kawan yang jenis ceria sentiasa!

        



[C] Hati Yang Jauh ✅Where stories live. Discover now