Daripada tadi dia berdiri dan kehulu-kehilir dalam pejabat. Dia merenung jam tangannya, sudah pukul 3 petang. Haniy masih tidak munculkan dirinya di pejabat.
Haris berjalan ke arah Alia. "Kenapa Haniy tak datang kerja hari ini?" soal Haris.
"Saya tak tahu," balas Alia. Haris mengangkatkan keningnya pula ke arah Nida. Nida juga mengangkat kedua-dua bahunya tanda tidak tahu.
"Encik Haris tak cuba call dia ke?" tanya Alia.
"Dah berpuluh kali," balas Haris. Dia terus berjalan meninggalkan mereka berdua. Dia terus mencari sosok tubuh Zharif.
"Aku nak pergi rumah Haniy," kata Haris. Zharif menepuk dahinya lagi.
"Pergi la kalau dia termakan dengan pujuk rayu kau," balas Zharif. Haris mengerutkan dahinya.
"Kau dah tipu dia, mustahil sangat untuk dia percayakan kau lagi lepas ini." kata Zharif lagi.
"Aku cuba ambil hati dia balik, okay?" kata Haris dengan yakin. Mungkin dengan pujuk rayu dan juga segala kata janji mesti Haniy akan terimanya semula.
"Good luck bro," ucap Zharif sambil menepuk-nepuk bahu kanan Haris.
Haniy merenung syiling rumahnya itu. Ibu dan ayah keluar ke pekan untuk membeli barang-barang dapur yang telah habis. Ibu ada mengajaknya juga, tapi dia memilih untuk tidak mengikuti mereka berdua. Dia mahu berehat sahaja di rumah. Biarkan ibu dan ayah dating tanpa gangguan dia.
Tadi dia baru sahaja menyiapkan surat berhenti kerja. Dia juga baru sahaja selesai mengesahkan permohonannya untuk sambung belajar.
Dia mengambil alat kawalan jauh yang berada di atas sofa. Mencari-cari cerita korea yang dia baru sahaja tontonnya seorang diri malam tadi. Entah kenapa dia mula meminati drama korea pula. Mungkin kisah cinta dalam drama korea semuanya indah belaka.
"Assalamualaikum," Haniy terdengar suara lelaki memberi salam. Aduh, sudah la dia seorang diri sahaja di rumah. Lelaki mana pula ni datang ke rumahnya pada masa-masa begini?
Haniy mengambil keputusan untuk mengintai di jendela sahaja melihat sosok tubuh yang memberi salam sebentar tadi. Alangkah terkejutnya Haris berada di depan pintu sambil memegang sejambak bunga ros merah di tangannya.
"Mamat ni nak apa? Serabut la," bisik Haniy. Berkali-kali Haris memberi salam. Haniy hanya membiarkan sahaja.
"Kau duduk je la depan tu sampai ibu dengan ayah balik, aku malas nak layan." kata Haniy sendiri. Lalu dia pergi berjalan untuk masuk ke dalam biliknya.
"Lebih rela duduk dalam bilik daripada dengar suara katak kau," kata Haniy sambil menutup pintu biliknya. Lebih baik dia tidur daripada layan buaya darat dekat luar rumah tu.
Telefon bimbit Haniy berdering. Dia melihat ibu yang menelefonnya.
"Kenapa ibu?" tanya Haniy.
"Haris ada datang rumah kan?" tanya Puan Aimi. Haniy mengerutkan dahinya. Mana pula ibu tahu yang Haris ada dekat depan rumah? Ada cctv ke?
"Ada, Haniy sidai dia dekat luar," balas Haniy selamba.
"Dia nak jumpa kamu tu, jumpa dekat luar rumah ya? Jangan masuk dalam rumah pula," kata Puan Aimi. Dia risau takut jatuh fitnah yang anaknya berdua-duaan dengan lelaki pula di rumah. Kalau dia dan Encik Firdaus ada di rumah, tidak mengapa jika Haris dijemput masuk.
YOU ARE READING
[C] Hati Yang Jauh ✅
RomanceSemua orang impikan kemewahan dalam kehidupan, begitu juga dengan Haniy. Rezeki kemewahan tidak berpihak kepadanya, dia tidak dapat meneruskan niatnya untuk sambung belajar. Hidupnya hanya dengan keindahan alam semula jadi seperti laut. Gelombang be...