Bab 9

16 2 0
                                    

Tak guna! Aariz mundar-mandir di dalam biliknya. Dia kelihatan gelisah. Dia sendiri cemburu bila ada lelaki lain yang cuba mendekati Haniy. 

        Nasib dia mengambil keputusan untuk balik ke rumah. Kalau tidak, mesti dia dah jadi orang ketiga dekat situ. "Kau punya pasal, habis rosak mood aku nak keluar dengan Haniy." jerit Aariz.

        "Aariz! Kenapa jerit-jerit ni?" laung nenek Aariz daripada luar biliknya. 

        "Tak ada apa, nek." balas Aariz. Dia terus berjalan menghampiri katil dan menghempaskan badannya ke tilam tersebut. 

        Penat la ada perasaan suka dekat kawan sendiri. Kalau aku dah cukup segala keperluan, memang aku meminang je Haniy tu terus. Tapi dia sendiri masih lagi belajar dan perlukan sokongan daripada ibu bapanya lagi. Kalau terus kahwin nanti, silap-silap makan pasir je. Takpun, harapkan duit yang Haniy pergi mengail. Huh, tanggung biawak hidup la nanti. 

        Dia berjalan ke meja belajar yang berada di tepi sudut biliknya. Terus tanggannya mencapai telefon bimbit untuk melihat semua pesanan yang tidak sempat dia balas daripada pagi sampai ke petang. Dia hanya menghabiskan masanya bersama Haniy tanpa melihat telefon bimbitnya.

        Laju dia menekan pesanan daripada group kelasnya itu. 

        "Minggu depan ada program dekat Sabah, semua kena sertai tanpa sebarang alasan." - Umar. 

        Mata Aariz terbuntang apabila terbaca pesanan daripada rakannya itu. Sudah la pesanan itu dihantar pada tiga hari yang lepas. Dia baru tersedar akan pesanan itu. Mahu tercabut jantungnya sebentar. Nak atau tak nak esok dia kena balik ke rumahnya di Kuala Lumpur untuk bersiap dan berangkat ke Sabah. 

        "Nak beritahu Haniy ke tak eh?" bisik Aariz dalam hatinya.

        "Biar je lah, dia bukan ambil tahu pasal aku pun." balasnya. Dia terus berjalan keluar daripada biliknya untuk beritahu kepada nenek tentang perkara tersebut.

        Dia nampak nenek sedang menjahit baju di mesin jahitnya. Asalnhya hanya menjahit sekadar mengisi masa lapang. Tapi ramai pula yang minta nenek jahit baju mereka. Jahitan nenek yang teliti dan kemas itu membuatkan ramai orang kampung ingin tempah baju dengan dia. Lagi-lagi musim perayaan. Tapi nenek tak larat, dia hanya terima tempahan yang dia sempat buat sahaja. Kalau banyak-banyak nanti nenek penat, sakit pula dia nanti. 

        "Ramai ke orang tempah baju, nenek?" tegur Aariz. Dia mengambil salah satu kerusi di meja makan dan bawanya ke arah nenek. Dia letakkan kerusinya di samping nenek.

        "Ada 5 pasang je ni," balas nenek sambil matanya hanya tertumpu pada kain yang sedang di jahit.

        "Kenapa ni, Aariz?" soal nenek. Dia memandang wajah cucunya itu.

        "Esok Aariz kena balik KL dah," jawab Aariz.

        "Lah, awalnya...." balas nenek. Tangan kananya masih memusing salah satu roda di mesin jahit itu.

        "Itu lah nenek, Aariz sebenarnya nak balik minggu depan. Tapi, Aariz ada program pula dekat Sabah. Last minit nek." keluh Aariz.

        "Pergi la, nanti ada masa datang la lagi." 

        "Tadi jumpa Haniy ke?" sambungnya lagi. Sejak balik daripada jumpa Haniy, suara cucunya itu penuh kesayuan.

        "Jumpa," balas Aariz sepatah. Kepalanya menunduk dan memandang ke lantai dengan fikiran yang kosong.

        "Kenapa ni? Cuba beritahu nenek," soalnya sambil memberhentikan tangan dan kakinya daripada terus menjahit. Kepalanya memusing memandang cucunya itu. Dia tahu mesti cucu dia tu ada masalah.

        "Aariz suka Haniy..." kata Aariz. 

        "Doa lah minta dekat Allah supaya Allah jaga Haniy untuk Aariz," sebaris senyuman dihadiahkan kepada cucunya itu.

        "Dia tak suka Aariz la," balasnya lagi.

        "Mana kamu tahu?" soal nenek.

        "Dia yang cakap," jawab Aariz lagi.

        "Dia tak mengaku je tu, awal lagi kan...," balas nenek. Malas dia melayan cerita cinta cucunya itu dia terus sambung menjahit.

        "Dia tak suka la, nenek tolong la Aariz," terkedip-kedip mata Aariz.

        "Nak nenek masuk meminang dia ke?" Kang aku pergi meminang je si Haniy tu. Kalau ada ikatan, tak ada la orang nak ambil Haniy tu.

        "Awal sangat la nenek..." balas Aariz perlahan.

        "Tunggu je la, kalau ada jodoh mesti berjumpa juga nanti." balas nenek.

        Aariz hanya mendengarnya tanpa sebarang reaksi di wajahnya. 


Bunyi panggilan daripada telefon yang membingitkan itu membuatkan Haris terganggu daripada tidur. Haris bingkas duduk di atas katilnya. Dalam gelap , bibirnya merungut-rungut sambil tangannya meraba-raba mencari telefon bimbitnya yang terbang entah ke mana.

        Setelah terjumpa, dia terus menjawab panggilan tersebut.

        "Hello," sapa Haris.

        "Hoi, ni aku la Zharif," balas Zharif dengan nada yang gembira.

        "Mana kau dapat nombor aku ni?" soal Haris.

        "Papa bagi," jawab Zharif.

        "Kau nak tahu something tak?" tambah Zharif.

        "Apa dia?" soalnya dengan suara yang malas nak melayan. Ye la, dia baru bangun tidur. Kalau ikutkan hati, dia pun gembira dapat bertemu dengan Zharif semula.

        "Papa suruh aku kerja dengan kau dekat sana," kata Zharif. Terbuntang biji mata Haris dibuatnya. 

        "Papa ni macam tahu-tahu je aku tak ada kawan dekat sini. Sunyi gila!" balas Haris.

        "Jumpa kau esok! Dah la kau pergi la sambung tidur," kata Zharif sambil ketawa. 

        "Baik boss," balas Haris.

        Setelah menjawab panggilan telefon daripada Zharif, Haris menyelak langsir biliknya. Hari masih gelap. Perlahan-lahan dia berjalan untuk memetik suis lampu bilik. Jam kecil di atas meja dilirik seketika. Lah awal lagi rupanya baru pukul 1 pagi. 

        "Aku tertidur rupanya lepas maghrib tadi," bisik Haris sendiri. 

[C] Hati Yang Jauh ✅Where stories live. Discover now