Dua tahun kemudian...
"Ibu ada nak kirim apa-apa lagi tak?" soal Haris. Sejak Haniy tiada di rumah. Haris yang rajin melawat ibu dan ayah Haniy di rumah. Kadang-kadang dia membelikan barang masak untuk Puan Aimi.
"Tak ada dah, banyak dah barang yang kamu beli ni." balas Puan Aimi.
"Ibu nak minta tolong boleh?" tanya Puan Aimi.
"Mesti lah boleh, ibu! Tolong apa?" tanya Haris. Tak sabar-sabar dia mahu menolong Puan Aimi itu. Rajin betul dia sejak dalam fasa memikat hati. Dia mengambil keputusan untuk memikat hati ibu dan ayah kemudian barulah anaknya pula.
"Tolong ambil Haniy dekat stesen bas, pak cik kamu pergi kerja hari ini. Takut pula dia tunggu lama dekat stesen bas." kata Puan Aimi.
"Haniy balik hari ini ke?" soal Haris dengan teruja. Dah lama dia menunggu kepulangan Haniy. Debaran di hatinya juga sudah terasa.
Puan Aimi menganggukkan kepalanya.
"Ibu benarkan ke saya ambil Haniy?" soal Haris lagi sambil tersengih-sengih.
"Ye, tapi jangan merayap-rayap ke tempat lain. Terus balik rumah." pesan Puan Aimi.
"Kesian dia penat 4 jam atas bas, dia mesti nak balik rumah dengan cepat." tambah Puan Aimi lagi.
"Baiklah, ibu." laju Haris menjawab. Dia merasa dirinya ingin melompat-lompat sampai ke angkasa. Tak sangka penantiannya tidaklah terlalu lama. Tidak sabar dia mahu berjumpa dengan Haniy. Sudah dua tahun dia tidak berjumpa dengan Haniy hanya ibu sahaja yang memberi tahu tentang perkembangan Haniy di sana. Bersyukur ibu memberikan sokongan untuk dia melamar Haniy tidak lama lagi.
Haris merenung jam tangannya. Jaruma jam menunjukkan pukul 3 petang. Sudah 10 minit dia menunggu ketibaan bas Haniy.
Dia ternampak ada sebuah bas yang baru sahaja memasuki perkarangan stesen bas di situ. Dia yakin itu bas yang dinaikki Haniy.
Dari jauh Haniy terlihat sebuah kereta yang dia amat kenali. Cuma dia ingat-ingat lupa. Dia tak pasti tekaanya betul atau salah.
"Kereta mamat ni buat apa dekat sini?" bisik Haniy sendiri. Mungkin kereta orang lain, dia hanya biarkan sahaja. Berhenti sahaja bas di stesen. Haniy terus bangun daripada tempat duduknya dan berjalan keluar daripada bas.
Badannya mengeliat. Sakit rasa pinggangnya yang hanya duduk selama 4 jam. Dia memusingkan badannya ke kiri dan kanan. Kemudian dia bergerak menuju ke tempat penyimpanan barang di perut bas itu.
Haniy mencapai beg rodanya yang berwarna merah jambu dan juga dua beg pakaiannya yang lain. Dia menunggu di kerusi yang disediakan di stesen bas. Sesekali dia menjenguk-jenguk mencari kelibat ayah.
"Assalamualaikum, Haniy." sapa Haris daripada belakang Haniy.
Haniy memalingkan mukanya ke belakang. "Waalaikumusslam, kau buat apa dekat sini?" jawab Haniy. Orang lain yang dia tunggu, orang lain yang sampai.
"Jom balik, awak mesti penat kan." ajak Haris.
Haniy mengerutkan dahinya. "Eh, kau kenapa ajak aku balik ni?"
"Ibu yang suruh saya jemput awak, ayah sibuk tengah kerja." balas Haris.
"Tak apa, biar aku tunggu teksi je. Kau tak perlu susah-susah nak jemput aku." Haniy menolak pelawaan Haris.
"Sampai bila awak nak marahkan saya? Saya dah tak buat macam tu lagi, selama awak belajar saya sibuk betulkan diri saya juga untuk menjadi yang terbaik buat awak." kata Haris dengan sayu. Haniy masih marahkannya disebabkan perkara yang lepas. Betul kata orang, perempuan tak akan lupa apa yang lelaki telah lakukan kepadanya.
"Aku tak marah kau, tapi aku pelik bila kau tak pernah mengalah kejar aku." balas Haniy. Haniy memandang raut wajah Haris dengan sayu. Tak sangka dia pergi belajar jauh pun Haris masih lagi menunggu dia.
"Sebab saya ikhlas sukakan awak. Saya juga ikhlas nak awak jadi isteri saya." ucap Haris. Kali ini dia harap sangat Haniy dapat menerimanya semula.
"Aku nak balik, aku penat ni." Haniy sengaja menukar topik. Tapi dia memang penat, dia dah tak sabar mahu berjumpa dengan katil kesayangannya di rumah.
"Saya hantar awak balik ye?" tanya Haris. Haniy hanya menurut sahaja. Dia dah malas nak menjawab. Ibu juga baru sahaja menghantar pesanan kepadanya bahawa Haris yang jemput dia pulang.
"Apa la Haris ni buat sampai ibu pun percaya dekat dia ni?" bisik Haniy sendiri. Dia berjalan di belakang Haris. Haris yang mengangkat semua beg yang dibawa tadi. Dia yang nak angkat, biarkan lah dia.
"Bagi saya tebus semua kesalahan saya dan kita mulakan dengan buka buku baru semula." kata Haris. Sejak daripada tadi, Haniy hanya mendiamkan diri sahaja.
"Kau ingat senang ke aku nak percaya kata-kata kau?" balas Haniy. Tidak mudah ye untuk mempercayai semula orang yang telah tipunya. Mati-mati selama ini dia percaya yang Haris ikhlas sukakannya. Rupa-rupanya hanya dijadikan sebagai spare part je.
"Aku janji kali ini aku tak akan tipu kau lagi, aku dah tak buat la semua benda tu. Dua tahun aku tunggu kau, Haniy." jelas Haris lagi.
Haniy memandang Haris yang sedang memandu dengan wajah yang serius. "Jadi kau rasa menyesal tunggu aku selama dua tahun?"
Laju Haris menggelengkan kepalanya. "Tak, sikit pun aku tak menyesal. Tunggu 5 tahun pun sanggup selagi aku tak tua."
"Aku tak suruh pun kau tunggu aku, kalau aku ada pilihan aku sendiri macam mana?" kata Haniy.
"Jadi penantian aku selama dua tahun ni, kau ada pilihan hati kau sendiri?" soal Haris.
"Maybe..." jawab Haniy.
"Tak kira, kau kena kahwin dengan aku juga!" paksa Haris.
"Tak nak," Haniy membalasnya dengan kasar. Suka hati je paksa orang kahwin dengan dia. Ingat main kahwin-kahwin ke?
"Kalau kau ada pilihan hati kau sendiri, kau lupakan je la. Kahwin dengan aku je esok." kata Haris dengan selamba.
Haniy membuntangkan biji matanya. What? Kahwin esok?
"Kau gila ke?" soal Haniy sambil dahinya berkerut.
"Memang gila, gila sangat nak dekat kau." balas Haris.
"Eh kau jangan jumpa aku lagi, aku tak suka la orang yang paksa aku macam ni." pesan Haniy.
"Tak kesah, tapi ibu dengan ayah kau hari-hari nak jumpa aku." jawab Haris.
Haniy mengerutkan dahinya lagi. Dia tak faham apa yang Haris cuba sampaikan.
YOU ARE READING
[C] Hati Yang Jauh ✅
RomanceSemua orang impikan kemewahan dalam kehidupan, begitu juga dengan Haniy. Rezeki kemewahan tidak berpihak kepadanya, dia tidak dapat meneruskan niatnya untuk sambung belajar. Hidupnya hanya dengan keindahan alam semula jadi seperti laut. Gelombang be...