"Kau nak ikut aku lagi ke hari ini?" soal Haniy. Dah dua hari Haris ikut dia ke laut. Hari ini hari terakhir dia bekerja disini. Mungkin selepas ini hanya datang untuk mengisi masa lapang sahaja.
"Tak boleh ke?" kata Haris sambil mengedip-ngedipkan matanya ke arah Haniy seperti meminta simpati. Haniy mengeluh dengan berat. Dua hari dah dia jaga budak kecil atas bot. Penat tau layan budak kecil.
"Hari ini hari terakhir aku, bagi la aku pergi seorang. Aku nak nikmati saat-saat macam ni dalam hidup aku." jawab Haniy.
"Nikmati la saat macam ni dengan aku," balas Haris selamba. Tak bertapis dah dia ni. Amboi!
"Kau nak mati tak hari ini? Aku rasa nak tolak orang dalam laut la," matanya menjeling ke arah Haris. Sibuk je ikut aku. Aku tolak biar jatuh dalam laut, baru dia tahu!
"Kau tak sayang aku ke? Sampai hati kau nak tolak aku dalam laut. Nanti aku mati, kau tak rindu ke?" kata Haris dengan nada sayu. Minta simpati la tu. Manis betul ayat kalau bab memujuk gadis. Kalau tak kental, memang boleh termakan la dengan kata-kata buaya jantan ni.
"Aku sayang kau? Memang tak la," sedikit pun Haniy tidak hairan dengan ugutannya.
"Kau nak aku kerja dengan kau kan? Jadi, jangan ikut aku hari ini," tambah Haniy. Dia mengerlingkan matanya ke arah Haris tanda memberi amaran. Haris rasanya dia kalah hari ini tapi tak mungkin hari lain dia akan kalah juga.
"Baiklah tuan puteri ku sayang," kata Haris dengan setuju. Dia biarkan sahaja Haniy menaiki bot seorang diri. Dia mengambil keputusan untuk tidak menggangu Haniy. Boleh dikatakan Haniy perlukan 'me time' buat masa sekarang.
Dia hanya memerhati segala tingkah laku Haniy. Matanya tidak terlepas daripada semua pergerakan Haniy. Sungguh dia rasa lain perasaanya terhadap gadis itu. Tak semua orang mampu lakukan apa yang si gadis itu mampu lakukan seorang diri. Dia kuat? Ye, Haniy seorang yang sangat kuat. Kuat berdikari dan kuat dalam menghadapi pelbagai cabaran.
"Hati-hati, cinta hati aku!" laung Haris apabila Haniy sudah mula meninggalkan kawasan jeti itu. Haniy yang mendengar laungan daripada Haris itu terus menjengkelkan mukanya. Malu la kalau orang dengar. Nanti orang salah faham pula. Kalau orang kampung dengar, mesti kecoh yang dia bercinta dengan orang kaya. Ish!
Haris ketawa geli hati apabila melihat raut wajah yang ridak keruan terpampar di wajah Haniy. "Takut lah tu. Tak apa, aku tetap akan ganggu kau, Haniy." bisik Haris perlahan sambil ketawa.
Haniy merenung langit yang biru itu. Sungguh dia buntu akan keputusan yang telah dia buat. Bekerja dengan Haris bukan lah satu keinginan dalam dirinya. Lagi kan pula bekerja sebagai pembantu peribadinya di pejabat. Dia berharap agar semuanya di permudahkan segala urusan.
Teringat akan perkara itu. Dia sudah terikat dengan kontrak pekerjaannya. Haris menetapkan syarat yang dia mesti bekerja selama setahun di situ. Setahun juga la dia perlu berhadapan dengan lelaki tu kan? Tambahan pula dia menjadi pembantu peribadi, seronok la dia nak mengarah aku nanti. Memang dia kena siapkan mental dan fizikalnya nak hadap lelaki tu nanti.
"Assalamualaikum, ibu." sapa Haniy apabila dia tiba sahaja di rumah. DIa terus berjalan menuju ke dapur. Melihat ibunya yang sedang menguli doh kuih karipap, dia terus mendekatinya.
"Waalaikumussalam, macam mana hari ini?" soal Puan Aimi. Dia tahu berat hati anaknya nak tinggal tempat yang dapat menghilangkan segala penat lelahnya. Walaupun dia bekerja di situ, dia tetap menjadi pekerjaan itu sebagai hobinya untuk menenangkan diri. Dengan melihat keindahan ciptaan tuhan serta menghirup udara segar sambil bekerja satu terapi buat dirinya.
"Macam biasa je, ibu. Petang nanti Haniy nak singgah jeti kejap, nak pergi ambil duit gaji hari ini." jawab Haniy. Matanya ralit memerhati setiap doh karipap di tangan ibunya.
"Kenapa tak ambil masa balik tadi?" tanya Puan Aimi. Selalunya duit gajinya terus dapat selepas dia bekerja. Kali ini tidak.
"Pak Samad tak ada," jawabnya.
"Ramai ke orang tempah karipap hari ini, ibu?" soal Haniy. Dia perhati satu per satu dulang di atas meja itu. Selalunya sikit sahaja yang ibu buat, hari ini banyak pula dekat atas meja.
"Tak ramai, seorang je. Tapi, banyak yang dia minta. Ibu tak tahu la dia nak buat apa." balas Puan Aimi.
"Siapa?" jarang sekali dia menjadi orang yang suka ambil tahu ni. Yang belinya seorang sahaja, tempah macam nak buat kenduri. Siapa pula nak buat kenduri ni?
"Entah la, kawab ayah kamu yang tempah ni." balas Puan Aimi.
"Kamu pergi la mandi, rehat dulu. Nanti lepas asar baru pergi jeti ye? Sekarang cuaca panas lagi ni." arah Puan Aimi. Dia tengok muka anaknya yang tidak bermaya itu tersentuh hatinya. Awal pagi sudah keluar rumah, balik waktu cuaca panas terik dengan naik basikal seorang diri. Dia sendiri sedih melihat nasib keluarganya. Semoga disebalik kesedihan ada kegembiraanya nanti.
"Kalau Haniy terlajak tidur, ibu tolong kejut ye." pesan Haniy. Puan Aimi hanya menggangukkan kepalanya. Laju kaki Haniy melangkah meningalkan ibunya di dapur. Dengan tidak bermaya dia terus berjalan menuju ke biliknya untuk berehat sebentar.
Terus dia mencapai tuala mandinya untuk membersihakan diri. Tak elok pula kalau terus berbaring di katil dengan keadaan yang begini. Bau hanyir ikan lagi.
Selesai membersihkan diri, dia terus berlari merebahkan badannya ke atas katil. Penat tak perlu cakap la. Hari ini aura positifnya tiada langsung. Dia tidak bertegur sapa orang sekeliling dengan mesra, cukup menghadiahkan senyuman sahaja. Dia sendiri kurang bertenaga hari ini berbanding dari hari yang sebelumnya.
"Kenapa aku bad mood je hari ini eh?" bisik Haniy sendiri. Dia mencapai telefon bimbitnya di atas meja yang berada bersebelahan dengan katilnya. Dia membuka semua pesanan yang dihantar daripada rakan-rakannya tak tidak sempat dia balas daripada pagi tadi.
Terbuntang mata Haniy seketika selepas melihat apa yang dipesan oleh rakan-rakannya itu. Mereka semua mengucapkan selamat hari lahir buatnya. Dia sendiri lupa akan hari itu.
"Hari lahir aku? Hari ini?" soalnya dengan keliru. Dia terus membuka aplikasi kalendar di dalam telefonnya. Ya, hari ini adalah hari lahir dia. Tapi, tiada satu senyuman mahupun teruja yang ada dalam dirinya. Hanya sayu dan perasaannya kosong.
Dia hanya membalas kiriman ucapan hari lahirnya dengan mengucapkan terima kasih. Dia terharu la juga bila rakan-rakannya ingat akan hari lahirnya itu. Selesai membalas semua pesanan, dia mengambil keputusan untuk tidur sebentar untuk menenangkan fikirannya yang kosong itu.
YOU ARE READING
[C] Hati Yang Jauh ✅
RomanceSemua orang impikan kemewahan dalam kehidupan, begitu juga dengan Haniy. Rezeki kemewahan tidak berpihak kepadanya, dia tidak dapat meneruskan niatnya untuk sambung belajar. Hidupnya hanya dengan keindahan alam semula jadi seperti laut. Gelombang be...