"Nanti pergi sana jangan lupa doakan ibu dan ayah dekat sini," pesan Puan Aimi.
"Mana boleh lupa! Mesti lah Haniy ingat." kata Haniy sambil mulutnya mengunyah nasi.
"Ish, sayang ni. Habiskan dalam mulut dulu, baru cakap." tegur Haris. Sejak dah kahwin ni, perangai Haniy yang asalnya matang dan reti berdikari kini menjadi budak-budak. Sampaikan nak buka botol air pun suruh Haris bukakan untuk dia.
Haniy tersengih apabila Haris menegurnya. Dia mengelipkan matanya meminta simpati agar Haris tidak memarahinya.
"Takut dah sampai sana, dia sibuk berkepit dengan suami dia je. Terus lupa kita yang dekat rumah ni, ibu." Kak Maya menjampuk perbualan mereka. Kak Maya masih melanjutkan pelajarannya hingga ke peringkat master dan masih bujang! Mungkin kakaknya sedang pulihkan hati yang terluka disebabkan kekasihnya yang dahulu. Tapi walaupun dia terluka ditinggalkan kekasih, dia tetap meningkatkan kualiti dirinya dengan terus belajar tanpa putus asa dan sering mendapat keputusan 4flat! Kakak dia pandai, mesti dia kan berjumpa dengan kekasih hatinya tidak lama lagi. Dia selalu doakan yang terbaik buat kakaknya.
"Orang pergi sana nak beribadah la," Haniy menjelingkan matanya ke arah Kak Maya.
"Ingatkan nak bercinta," usik Kak Maya lagi.
"Kak Maya nanti jangan la bercinta lama-lama terus kahwin je tau. Seronok tau bercinta lepas kahwin, sebab dah halal." pesan Haris.
"Cinta tak cinta lah, tak ada seorang pun nak meminang kita macam adik kita ni." balas Kak Maya dengan sayu.
"Yang terbaik akan datang pada masa yang baik dan sesuai," jawab Haris. Dia senyum ke arah Kak Maya.
"Betul, ayah setuju." jawab Encik Firdaus. Mereka mula menjamah selera dengan bahagia. Di meja makan hari ini lengkap satu keluarga. Encik FIrdaus dan Puan Aimi rindu saat begini. Selepas ini, anak-anaknya akan meninggalkan mereka berdua pula di rumah ini. Sunyi lepas ni.
"Assalamualaikum," kedengan seseorang memberi salam daripada luar rumah.
"Tak apa, biar Haris yang tengok siapa datang." Haris melarang Puan Aimi. Dia terus mencuci tangganya di sinki dan berlari menuju ke pintu.
Haris terkejut, tak sangka dengan apa yang dia lihat sekarang ini. Aariz yang datang ke rumahnya.
"Kenapa kau datang sini?" soal Haris.
"Haniy mana?" soal Aariz.
"Dia tengah makan, kenapa kau datang sini?"
"Panggil je la dia, aku nak cakap dengan dia." desak Aariz.
"Apa yang bising ni cinta hati?" Haniy mendekati Haris. Terkejut dia apabila Aariz berada di depan rumahnya.
"Kenapa ni, Aariz?" soal Haniy.
"Kau kahwin dengan dia?" tanya Aariz dengan wajah yang pelik.
"Kau tak ajak aku pun pergi majlis kau kan?" tambah Aariz lagi.
"Aku minat maaf, Aariz. Selama ini pun aku tak pernah pun bagi harapan dekat kau. Aku anggap kau kawan je. Aku tahu kau suka aku, sebab tu aku tak ajak kau. Aku tak nak kau kecewa. Aku minta maaf, Aariz." jawab Haniy.
"Kau balik je lah, cuba belajar melepaskan walaupun perit. Tak manis kalau orang tengok kau merayu dekat isteri orang macam ni." tegur Haris.
YOU ARE READING
[C] Hati Yang Jauh ✅
RomanceSemua orang impikan kemewahan dalam kehidupan, begitu juga dengan Haniy. Rezeki kemewahan tidak berpihak kepadanya, dia tidak dapat meneruskan niatnya untuk sambung belajar. Hidupnya hanya dengan keindahan alam semula jadi seperti laut. Gelombang be...