Bab 28

19 3 0
                                    

Haniy tahu yang sebentar lagi keluarga Haris akan datang ke rumahnya untuk melamar dia. Dia masih ragu-ragu dengan pilihannya. Tetapi hatinya cukup kuat mengatakan untuk terima sahaja lamaran Haris.

        Dia memakai baju kurung moden berwarna nude serta mengenakan tudung berwarna brown. Dia menyapu sedikit bedak muka di wajahnya. Serta mencalitkan sedikit gincu di bibirnya supaya tidak kelihatan pucat. 

        "Haniy dah siap ke?" soal Puan Aimi. Dia mengetuk pintu bilik anaknya itu. 

        Haniy berjalan ke arah pintu untuk membuka kunci pintu biliknya itu. "Dah, ibu." balas Haniy sambil tersenyum.

        "Apa jawapan Haniy?" tanya Puan Aimi.

        "Fikir elok-elok sebelum buat keputusan supaya tak menyesal di kemudian hari." kata Encik Firdaus. 

        "Haniy keliru lagi," jawab Haniy dengan sayu.

        "Ayah tak pasti dia baik atau tidak, tapi yang ayah nampak orang kampung kata dia beradab dengan orang tua. Masa pertama kali dia jumpa ayah, dia tak tahu pun yang ayah ni ayah kepada Haniy. Tapi, dia layan ayah baik sangat. Dia jaga tutur katanya dengan orang yang lebih tua daripadanya." balas Encik Firdaus.

        "Mula-mula dia datang ke kampung kita, dia pun kekok juga nak sesuaikan diri di sini, tapi dia cuba menghadapinya dengan tenang. Lama-lama dia selesa dengan suasana yang baru. 

        "Ayah rasa okay ke kalau Haniy terima dia?" soal Haniy.

        "Ayah suka dengan Haris?" soal Haniy lagi. Dia memandang wajah ibu dengan ayah dengan sayu. Mengharapkan jawapan daripada mereka berdua.

        "Ikut kata hati kamu, Haniy. Jangan disebabkan ayah tak suka dia, kamu pun tak suka dia. Fikirlah baik-baik," jawab Encik Firdaus.

        "Ayah, Haniy suka dia. Tapi soalan Haniy sekarang ni, ibu dengan ayah restu ke hubungan kami?" soal Haniy sambil tersenyum.

        "Ibu restu je," balas Puan Aimi.

        "Ayah pun sama, asalkan anak ayah happy." balas Encik Firdaus.

        Haniy memeluk ibu dan ayah dengan erat. "Ibu dengan ayah doakan Haniy ye," pinta Haniy.

"Macam mana, Haniy terima ke lamaran kali ini? Saya harap sangat, penantian anak saya tak sia-sia kali ini." Kata Dato Latif.

        "Alhamdulillah, dia terima." balas Encik Firdaus. 

        Mereka semua mengucapkan rasa syukur. Tanpa sedar air mata Haris mengalir, dia tak sangka Haniy akan terimanya buat kali ini.

        "Haris janji selagi Haris hidup, Haris akan jaga anak ayah dengan baik." kata Haris kepada Encik Firdaus. Encik firdaus hanya menggangukkan kepalanya dan tersenyum.

        Haris melihat mama menyarungkan cincin kepada Haniy. Dia terharu. Dia memandang Haniy dan menghadiahkan senyuman. Tapi, hampa Haniy sedikit pun tidak membalas senyumannya. 

        "Dia terima aku sebab terpaksa ke?" bisik Haris sendiri. Dia harap sangat yang keputusan dia buat ini dapat membahagiakan dia dan Haniy. 

        "Bila kita nak langsungkan perkahwinan mereka berdua?" soal Dato Latif. 

        "Saya ikut je yang mana-mana," balas Puan Aimi.

        "Haniy macam mana?" soal Dato Latif. 

        Haniy yang tersedar namanya di petik terus menoleh ke arah Dato Latif. "Saya tak kisah, kebetulan saya tengah tunggu masa nak grad je." balas Haniy.

[C] Hati Yang Jauh ✅Where stories live. Discover now