Bab 13

14 2 0
                                    

 "Terima kasih bawa aku jalan-jalan," ucap Haris. Dia memandang wajah Haniy seketika. Haniy sibuk mengangkat baldi yang berisi ikan itu. Sempat juga Haris menolong Haniy mengankat baldi itu. Larat betul perempuan kecil ni angkat ikan berkilo-kilo. 

        "Aku tak nak bawa pun, kau je menyibuk ikut aku." balas Haniy. Dia ni pandang-pandang muka aku. Suka aku ke? Tampar kang! Sibuk je. 

        "Ada masa lagi dua hari kau kerja dekat sini, esok dengan lusa aku teman lagi ye?" kata Haris. Seronok pula bila dia tengok semangat Haniy yang luar biasa itu. Dia sendiri sebagai seorang lelaki pun tak mampu untuk lakukannya seorang diri tanpa bantuan. 

        "Tak perlu, kau tunggu je kat pejabat. Minggu depan aku kerja dengan kau. Dah jangan banyak cakap," jawab Haniy. Dia mengambil keputusan untuk bekerja dengan Haris seperti masuk ke kandang buaya. Tunggu masa nak kena makan je. Tak apa, aku cuba ambil pengalaman yang baru. 

        "Ha? Betul ke ni?" jerit Haris dengan nada yang tak percaya. Terkejut? Mestilah. Cepat betul dia ni fikir. Dia fikir masa mengail tadi lah tu. 

        "Tak lah, aku gurau je." Dia terus menjelingkan matanya ke arah Haris. Laju Haris ketawakan Haniy. Geli hati dia melihat tingkah laku Haniy. 

        "Esok tunggu aku tau!" arah Haris. Haniy dah mula buat muka menjengkelkan. Ada ulat bulu ke kat badan dia ni? Menggatal ke selalu.

        "Suka hati aku la," jawab Haniy. Dia terus berjalan menuju ke sebuh pondok usang di tepi jeti itu. Di situ, dia meletakkan ikan-ikan yang telah diperolehinya untuk dijual di situ. Nanti waktu petang ramai la orang kampung datang beli ikan-ikan segar ni. Selalunya lepas mereka beli ikan segar, terus mereka masak apa yang patut sebab ketika itu isinya masih manis. Ye la, masih segar daripada laut. Bak kata orang putih 'fresh' lagi.

        "Jumpa esok!" laung Haris apabila Haniy dah berjalan laju ke depan. Haniy hanya membiarkan sahaja kata-kata Haris. Dengar tapi malas dah nak melayan. Dekat atas bot dah 4 jam dia melayan mulut murai lelaki tu, penat dah. Sampai satu tahap, rasa nak campak je anak orang dalam laut tu.

"YEAY!" jerit Haris sambil menepuk-nepuk meja kerjanya. Lega hatinya yang dia dah tak perlu bersusah payah untuk memujuk Haniy bekerja dengannya. Sekarang kena fikir cara nak buli gadis tu. Buli manja-manja je, tak jahat pun. Sengih-sengih Haris sambil memikirkan cara membuli gadis itu. 

        Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering. Laju Haris menilik nama yang tertera di telefonnya. Tiara. Cuak sebentar Haris. Dia dah lupa yang dia ada girlfriend dekat sana. Dekat sini dia sibuk menggatal dengan orang lain. Habis la kau, perang dunia ketiga bakal bermula.

        "Hello, sayang." terus dia lembutkan suaranya. Takut pula kalau girlfriend dia dah mula naik angin. 

        "Busy sangat ke dekat sana? Dah dua hari you tak contact i, kenapa?" tanya Tiara. Sebelum ni setiap masa dia cari aku. Sekarang? Aku pula kena cari dia? Ish, melampau betul. 

        "I busy la, sayang. Balik office pun dah gelap, i terus tidur je." jawabnya. Dia mengeluh perlahan. Berharap agar Tiara tidak mendengarnya. 

        "Seminit pun you tak ada masa untuk i?" soal Tiara. Ikutkan hati nak je jadi serigala jadian. Tapi nanti kata tak memahami dia pula. Lagi penat kalau asyik bersabar dan terus bersabar.

        "Sorry sayang, lepas ni i cari masa untuk u okay?" balas Haris lagi dengan nada memujuk. Dia menggarukan kepalanya yang tidak gatal. Itu la kau Haris, niat datang sini nak kerja je. Eh, terjumpa cinta hati pula. Asalnya tak suka suasana kampung. Sekarang? Dia dah belajar menerima keadaan di kampung itu.

        "Bila nak jumpa i? You tak rindu I ke sayang?" keluh Tiara. 

        "I sibuk la sayang, minggu depan pun sibuk juga. Nanti i cuba cari masa untuk you okay? Nanti kita keluar jalan-jalan," pujuk Haris. Kalau dia tinggalkan pejabat minggu depan, tak dapat lah dia bekerjasama dengan Haniy. Nanti-nanti je la jumpa Tiara tu.

        "Suka hati you la, i penat. I nak keluar dengan kawan..." balas Tiara dengan nada yang sayu.

        "Siapa kawan you?" tanya Haris nak kepastian.

        "Suka hati i la, dah la i penat gila ni." jawab Tiara lalu segera mematikan panggilan telefon. Lagi lama dia melayan, lagi serabut kepalanya nak memikir. Lebih baik pergi keluar jalan-jalan dengan kawan. Tunggu Haris? Mereput je la you nanti. 

        "Macam tu je dia letak call?" bisik Haris sendiri. Dia hanya membiarkan sahaja. Malas nak layan, biar lah dia nak buat apa pun. Asalkan aku bahagia dekat sini. Tak cukup dengan satu, kalau boleh nak ada keliling pinggang.

        Haris terus mencari nama papa di dalam senarai panggilannya. Dia terus menghubungi papa untuk beritahu yang Haniy setuju masuk kerja bersamanya pada minggu hadapan. Pada awalnya, Dato' Latif tak bersetuju untuk Haris mempunyai pembantu peribadi di pejabat. Ye la kerjanya bukan susah sangat pun. Dia sendiri mampu kendalikan kerjanya. 

        Tapi, selepas diceritakan kisah hidup Haniy kepada Dato' Latif. Dia bersetuju untuk menggambil Haniy sebagai pembantu peribadi anaknya itu. Dia sendiri dah banyak kali berpesan kepada Haris jangan bermain dengan perasaan anak dara orang. Cukuplah hanya sebagai pembantu peribadi di pejabat sahaja bukan di luar waktu kerja juga diarahkan untuk membantunya.

        "Hello, papa." sapa Haris dengan teruja. 

        "Kenapa call papa ni?" jawabnya. Dia baru sahaja selesai daripada pembincangan bersama rakan kongsinya tentang jeti itu. Ramai usahawan yang terkenal mahu menaja tentang projeknya di jeti itu. Bertuah rasanya.

        "Haniy masuk kerja minggu depan!" jerit Haris. Teruja sangat sampai nak terkejut papa yang mendengarnya. "Alamak, sorry papa." terus Haris meminta maaf. Silap pula dia buat perangai teruja tak tentu pasal tadi. Dia menggarukan kepalanya.

        "Then?" balas Dato' Latif. Sepatutnya Haniy yang teruja apabila ditawarkan kerja sebegitu. Gaji yang tinggi serta posisi yang selesa dalam pejabat nanti. Tapi sekarang macam orang lain je yang teruja. Ada sesuatu ke? 

        "Alah papa ni, Haris excited ni." kata Haris dengan nada yang mengada-ngada. Gaya menggeletis pada badannya tak perlu cakap la. Macam ada ulat bulu dekat badan. 

        "Jangan buli dia pula nanti," tegas suara Dato' Latif memberi arahan kepada anaknya itu. Dia tahu yang anak dia tu tengah gila bayang dengan perempuan kampung tu. Tapi dia tak peduli asalkan dia dapat mengubah perangai Haris yang suka bersosial itu. Dia sendiri pun tak dapat nak kawal anaknya yang terlalu bebas bersosial itu. Dia hanya mampu berdoa sahaja kepada tuhan agar menjaga anaknya itu. 

        "Baiklah papa kesayangan intan payung manis kacak kaya baik hati jutawan terkenal macho dan pemurah. Bye papa," satu nafas sahaja dia memuji papa.

        Tercunggap-cunggap sebentar nafasnya. Yang penting sekarang dia gembira dan senang hati selepas apa yang dia mahukan menjadi kenyatan juga nanti. 

[C] Hati Yang Jauh ✅Where stories live. Discover now