PROLOG

60.1K 1.2K 221
                                    

2001

Kaki Ayreen melangkah keluar daripada rumahnya. Matanya tertumpu ke arah sebuah lori yang berhenti dihalaman rumahnya. Lebih menarik perhatiannya saat melihat sebuah keluarga keluar daripada sebuah kereta mewah. Pasti daripada golongan orang kaya.

Kusyuk Ayreen mengintai sehingga seorang budak lelaki menghampirinya pun dia tidak sedar. "Kau tengok apa??" Tanya budak lelaki itu sambil mengintai ke arah keluarga itu.

Ayreen terkejut lalu menjerit. Lantas budak lelaki itu menerkup mulutnya. "Shuttt jangan la jerit. Aku bukannya orang jahat"

Terkedip kedip mata Ayreen melihat budak lelaki itu. Budak lelaki itu dipandang dari atas hingga bawah. Pakaian budak lelaki itu boleh tahan mewah.

"Aw...awak si..siapa?? Apa awak buat dekat sini??" gagap Ayreen.

"Nama aku Iman Rizq. Panggil je aku Iman. Aku baru je pindah sini. Tu...." Jari telunjuknya ditunjuk ke arah keluarga itu. "Itu la family aku" Ayreen mengangguk faham.

"Nama kau apa?? Ermm umur??"

"Nama kita Ayreen Ladeena. Panggil kita Ayreen je. Umur kita baru 8 tahun"

Iman mengangguk faham. "Patut la macam budak kecik. Umur aku 11 tahun. Ermm kau nak tak kawan dengan aku?? Aku takde kawan la dekat sini"

Ayreen mengangguk setuju. "Mulai harini kita kawan" Jari kelingking mereka berpaut. Sempat lagi tangan kiri Iman mengusap rambut Ayreen sambil bibirnya tersengih.

Puan Athirah melangkah keluar dari rumahnya sambil mencari kelibat anak perempuannya yang hilang. Matanya tiba tiba tertumpu ke arah Ayreen yang sedang bermesra dengan seorang budak lelaki.

"Ehh anak siapa ni??"

Pandangan mereka teralih ke arah Puan Athirah. "Saya Iman Rizq. Baru je pindah sini sebab ayah saya ditukarkan disini" cerita Iman.

"Ohh kamu ni anak pengawai daerah yang baru tu ke??" Iman mengangguk laju.

"Aunty boleh tak saya nak kawan dengan anak aunty??"

Puan Athirah mengangguk. "Mesti la boleh. Ehh jangan la panggil aunty. Panggil je mama. Kan Iman dah jadi kawan Ayreen"

"Haa betul mama?? Thank you. Wehh kejap lagi kita pergi main dekat rumah baru aku nak??" Ayreen mengangguk.

"Tunggu mama ye. Mama pun nak pergi jugak. Nak kenal kenal dengan mama dan papa kamu" Mereka sekadar mengangguk.

•••

Hampir setiap hari mereka pergi ke sekolah bersama sama. Kebiasaanya Iman akan menemani Ayreen hingga ke pintu rumah. Kadang kadang siap menjamu selera lagi di rumah Ayreen. Maklum lah muka tak malu. Yang malu pun ibunya sahaja nanti.

"Ayreen , aku nak cakap sesuatu ni"

Dahi Ayreen berkerut. "Apa dia??"

"Aku sukakan kau. Aku cintakan kau. Nak tak nanti kita kahwin??" selamba Iman. Seusianya itu mana faham erti kahwin dan cinta. Sering kali dia bertanya soal kahwin pasti ibunya mengelak.

"Mana boleh. Mama kita cakap kahwin untuk orang besar. Orang kecik macam kita mana boleh kahwin lagi" tolak Ayreen. Kepalanya juga digeleng laju.

"Ohh kalau macam tu , bila dah besar nanti lah kita kahwin" Ayreen mengangguk setuju. Iman mula berfikir sejenak saat mereka mula melangkah pulang. "Mana kau tau pasal kahwin??"

"Mama kita dah nak kahwin. Sebab tu kita tau. Tapi kan kita tak suka la bapak baru kita tu" muncung mulut Ayreen bercerita.

Dahi Iman berkerut. "Kenapa?? Mana bapak lama awak??"

PUJAAN HATI ENCIK TERUNA [COMPLETED]Where stories live. Discover now