BAB 51

13.2K 592 5
                                    

Ayreen melangkah masuk ke bilik wad itu. Matanya tertumpu ke arah Iman yang masih terbaring kaku. Hari ini hari kedua Iman disitu. Masih belum ada perubahan.

Ayreen mengeluh. Kakinya perlahan lahan menghampiri Iman. "Assalamualaikum tunang saya. Saya datang ni. Awak taknak bangun ke??"

Ayreen terdiam sejenak. Hanya kedengaran bunyi mesin memecah kesunyian bilik itu. "Awak tak nak bangun ke Iman?? Saya takde kawan nak berbual , nak bergaduh, nak merajuk"

"Saya nak awak Iman. Saya perlukan awak. Cepat la bangun" Air matanya yang mengalir itu dikesat.

"Saya rindukan gelak tawa awak. Saya rindu usikan awak. Saya rindu nak dengar ayat ayat manis awak. Saya rindu nak tengok senyuman manis awak. Saya rindukan awak sangat sangat"

"Awak kekuatan saya, Iman. Jangan tinggalkan saya. Saya tak sanggup" luah Ayreen. Air matanya juga mengalir lebat.

Uqasha hanya memandang di hadapan pintu bilik itu sebelum dia melangkah menghampiri Ayreen. "Ayreen" sapa Uqasha.

Ayreen mengangkat wajahnya. "I ada bawakan you makanan. You mesti lapar kan?? Jom kita makan dulu. Nanti kita datang sini balik"

Ayreen menggeleng kepala perlahan. "I nak duduk sini. I cuma nak Iman" sayu Ayreen.

"Yes I know. Tapi you kena jaga kesihatan you juga , pretty. You sakit. You kena makan. Makan sikit pun jadi la" pujuk Uqasha.

Ayreen menggeleng. "Don't worry. Kita keluar kejap je. Mama you ada. Dia boleh jaga Iman sekejap. Kita pergi makan dulu okay??" pujuk Uqasha lagi.

"Macam mana kalau Iman tinggalkan I nanti??"

"Heyy!! Jangan cakap macam tu , pretty. You kena percayakan dia. I know Iman kuat. Dia boleh sedar. Kita kena banyakkan berdoa untuk dia. Okay??" lembut Uqasha memujuk.

"Kita pergi makan dulu ye?? Kalau you sakit macam mana you nak jaga Im kan?? Jangan risau. Lepas je kita makan , kita datang sini balik ye??" Ayreen mengangguk lemah.

"Iman , jangan tinggalkan saya ye. Awak dah janji dengan saya kan?? Yang awak akan lindungi saya , sayang saya , jaga saya. Saya kan tanggungjawab awak. Betul tak??"

"Saya pergi kejap je. Jangan tinggalkan saya tau" ucap Ayreen. Perlahan lahan kakinya melangkah keluar dari bilik itu. Satu keluhan berat dilepaskan.

•••

Uqasha merenung wajah Ayreen yang termenung jauh itu. Mata Ayreen yang merah serta sembab itu dipandang. Hatinya turut bersedih apabila melihat Ayreen begitu.

"Ayreen , makan la"

Ayreen menggeleng. "I takde selera"

"Tapi you kena makan sikit. You ada gastrik kan?? Nanti sakit , susah nanti" pujuk Uqasha.

Ayreen hanya terdiam. "You tak boleh macam ni. You kena kuat , Ayreen. Serba salah I kalau tengok you macam ni. Dengan tak makan , tak tidur. Nanti you sakit macam mana??"

"I pun tak tau sampai bila I akan terus macam ni Qasha. Iman adalah nyawa I. Jantung I. Bila tengok keadaan dia macam tu , takkan I masih nak gelak ketawa??"

Uqasha mengeluh. "Tapi you kena makan juga. I dah janji dengan Iman yang I akan jaga you if dia tak dapat jaga you. So you kena tolong I juga. I bukannya minta banyak. I nak you jaga diri you. Makan. Tak susah pun , Reen" kata Uqasha dengan nada sedikit keras.

Dia mendengus perlahan. Macam mana la Iman boleh tahan dengan sikap degil Ayreen itu?? Dia sendiri baru jaga 30 minit dah mengalah. Memang tak boleh sabar dengan sikap degil Ayreen itu.

"Tak perlu jaga I. I boleh jaga diri I sendiri la. Terima kasih sebab ambil berat pasal I. I pun tak minta you jaga I , Qasha. Dan I tak minta simpati dari orang. Sekarang ni I cuma nak Iman. You faham tak??" dingin Ayreen.

"Okay sorry if nampak macam I memaksa you , Ayreen. Jangan menangis lagi. Iman mesti tak suka tengok you menangis macam ni kan??" pujuk Uqasha.

"I takut. I takut penantian I sia sia. Setiap masa I menanti akan berlaku keajaiban. Setiap masa I tunggu dia sedar. Takut. I terlalu berharap untuk dia sedar. Macam mana dia tak sedar?? Macam mana dia tinggalkan I??"

"Jangan cakap macam tu. Kita sama sama berdoa. Iman pun mesti nak kita doakan dia kan??"

Ayreen menunduk. "I nak pergi bilik Iman balik"

"Boleh tapi you kena makan la. You good girl kan?? Good girl kena la dengar cakap kan??" ucap Uqasha lalu ketawa kecil.

Ayreen tersentak. Matanya merenung lama ke arah Uqasha. Air matanya juga sudah bertakung kembali.

Dahi Uqasha berkerut. "Kenapa you pandang I macam tu??"

"Iman pernah cakap macam tu dekat I dulu"

Uqasha mengangguk faham. "Haa maksudnya you memang good girl la kan?? Jadi you kena la makan. Cepat you makan , cepat la kita dapat jumpa Iman"

Ayreen mengangguk. Makanan dihadapannya hanya dikuis. "Qasha , agak agaknya bila Iman akan sedar??"

Uqasha hanya terdiam. Matanya merenung lama wajah Ayreen. 'Iman , cepat la sedar. Kesian Ayreen. Dia sentiasa tunggu kau. Kau mesti tak nak dia sedih kan??' bisik hati Uqasha. Satu keluhan kecil dilepaskan.

•••

Ayreen menghampiri Iman. Uqasha sudah pun pulang ke rumahnya selepas mereka selesai menjamu selera. "Assalamualaikum tunang saya. Saya datang balik" Ayreen ketawa kecil.

Mata Ayreen memandang ke arah wayar yang berselirat di tubuh Iman. Air matanya kembali bertakung. "Jangan tinggalkan saya, Iman. Awak kekuatan saya. Macam mana kehidupan saya selepas ni tanpa awak??"

"Awak selalu menyinari hidup saya. Awak sentiasa buat saya ketawa. Tapi kalau awak dah takde , macam mana hidup saya nanti. Awak kebahagiaan saya , Iman. Awak lupa ke apa yang awak cakap??"

"Saya harap sangat awak akan sedar Iman. Walaupun penantian saya tak pasti. Tapi saya tetap akan tunggu awak. Kan itu janji saya" ucap Ayreen.

Kepalanya diletok disisi Iman. "Saya rindu awak , Iman. Sedar la..."









































PUJAAN HATI ENCIK TERUNA [COMPLETED]Where stories live. Discover now