BAB 23

11.6K 571 31
                                    

Ayreen termenung jauh. Nota kecil yang diterimanya ditenung lama. Pasti nota itu dari Iman.

Terima kasih kerana mengakhiri penantianku,
Terima kasih membuatkan ku bahagia semula,
Terima kasih membuatkan ku kembali tertawa,
Terima kasih untuk segalanya.
Semoga bahagia kawan syurgaku.

-Encik Teruna-

Nota kecil itu digenggam. Seharian Ayreen tidak nampak kelibat Iman di pejabat itu. Panggilan juga tidak terjawab. Ayreen mula tertanya tanya. Adakah Iman sedang mencintainya??

Ayreen mengentuk kepalanya berkali kali. Kepalanya juga sudah pening. Pelbagai masalah difikirannya. "Betul ke keputusan aku?? Berkahwin dengan orang yang aku sendiri tak cinta?? Boleh ke aku bahagia??"

Elisa menuju ke pantri. Kelibat Ayreen yang termenung jauh dipandang. "Ehh jauh termenung. Terfikir dekat siapa tu??" sapa Elisa.

Ayreen menoleh. Senyuman kelat dilemparkan ke arah Elisa. "Saya tengok awak macam ada masalah je. Cuba cerita dekat saya. Mana la tau saya boleh tolong"

Ayreen tersenyum lalu menggeleng perlahan. "Takde apa la. Saya sebenarnya dah nak bertunang"

Hampir tersembur Elisa apabila mendengar jawapan dari mulut Ayreen. "Tunang?? Dengan siapa?? Peminat misteri ataupun dengan....Encik Iman??"

Ayreen ketawa hambar. "Kenapa Encik Iman pula?? Dengan lelaki haritu. Yang saya cerita haritu"

Elisa mengangguk faham. "Tapi bukan ke awak tak suka mamat tu. Macam mana boleh tiba tiba nak tunang ni?? Macam pelik je" hairan Elisa.

"Mama saya la paksa saya kahwin dengan dia. Kalau ikutkan hati memang tak la saya nak tunang dengan dia"

Mulut Elisa melopong. "Ehh tak sangka pula, masih ada kahwin kahwin paksa ni ehh. Kenapa awak tak tolak je permintaan mama awak tu?? Cuba slow talk dulu. Mana la tau mama awak okay ke kan lepas tu" cadang Elisa.

Laju Ayreen menggeleng. "Saya kenal mama saya. Dia kalau nak A , jawapan dia tetap A. Lagipun saya dah memang tak boleh tolak. Majlis tunang saya hujung bulan ni"

"Maksudnya tak lama lagi la kan??" Ayreen mengangguk.

"Habistu Encik Iman macam mana??"

Dahi Ayreen berkerut. "Kenapa dengan Encik Iman??" Ayreen terpinga pinga. Tiba tiba pula nama Iman dipetik. Hairan juga.

"Awak tak tau ke , satu office ni dah gosip tentang awak dengan Encik Iman. Ramai yang cakap korang ni pasangan kekasih" terang Elisa.

"Haa?? Kenapa pulak??" Ayreen tersentak.

"Iye la. Korang punya rapat tu lain macam sangat. Selalu melekat. Macam belangkas. Lagi satu pelik dengan sikap Encik Iman sekarang. Dah selalu masuk office, dah jarang mengayat staff staff dekat sini. Pelik kan??"

"Dan kitorang syak sebab korang bercinta"

Terkebil kebil Ayreen mendengarnya. "Kitaorang tak bercinta la. Kitorang cuma sekadar majikan dan pekerja, mana ada sampai tahap bercinta" nafi Ayreen.

"Tapi kan kalau korang bercinta pun apa salahnya?? Saya tengok korang ni sepadan sangat. Comel. Saya suka"

Ayreen ketawa kecil. "Lupakan je la. Saya pun dah nak jadi tunang orang dah pun"

Elisa mengeluh kecil. "Rasa rasanya Encik Iman kecewa tak kalau tau yang awak nak tunang??"

Ayreen berfikir sejenak. Melihat reaksi wajah Iman kelmarin seperti tidak kisah jika dia menjadi tunang orang. Mungkin betul kata hati Ayreen selama ini. Dia syok sendiri padahal Iman bukannya cinta padanya.

PUJAAN HATI ENCIK TERUNA [COMPLETED]Where stories live. Discover now