BAB 40

13.6K 682 52
                                    

Hari ini genap hari kedua Iman dan Ayreen tidak berhubung antara satu sama lain. Sesekali Ayreen ada juga membuka kenalannya. Ikutkan hati mahu sahaja dia luahkan rasa rindunya pada lelaki itu. Namun dia lebih mementingkan egonya.

Pagi itu , Adleena mengajaknya keluar membeli belah. Entah hantu apa yang merasuk di badannya. Tiba tiba mahu belanja Ayreen. Memang pelik la. Adleena bukannya bekerja lagi pun.

Hampir 3 jam mereka di pusat membeli belah itu. Kaki Ayreen juga sudah sakit akibat seharian berjalan.

"Baju dah beli , tudung pun dah , make up. Lepastu apa ehh??"

Ayreen menjeling ke arah adiknya itu. "Kita balik?? Ayong dah penat la. Kaki ni rasa macam nak tercabut tau" marah Ayreen.

"Ehh mana boleh lagi. Adik nak pergi beli cincin. Lepastu baru kita boleh balik. Ayong rasa nak beli cincin dekat Pandora ke Swarovski??"

Ayreen menjeling. "Beli cincin tikam sudah la. Kau tu bukannya banyak duit sangat. Tengok tadi pun shopping dah berapa ribu habis" bebel Ayreen.

"Tak kira adik nak beli cincin juga. Sekarang ayong diam. Ikut adik. Kita pergi tengok dekat Swarovski dulu. Kalau takde kita pergi Pandora"

"Kalau takde juga??"

"Kedai emas. Ehh tak payah banyak tanya. Jom cepat. Tak sabar nak tengok cincin" Adleena mula menarik tangan Ayreen melangkah ke sebuah kedai cincin berdekatan dengan mereka.

Sambil sambil Adleena melihat cincin disitu, Ayreen turut memandang cincin cincin yang dijual di kedai itu. Terbutang matanya melihat harga cincin disitu. Boleh tahan mahal.

Ayreen mula mencuit adiknya disebelah. "Mahal la dekat sini. Kau ada duit ke??"

"Mesti la ada. Kalau takde , buat apa adik datang kedai cincin ni" jawab Adleena sambil memilih cincin disitu.

Berkerut wajah Ayreen melihat adiknya itu. "Mana kau dapat duit banyak banyak ni?? Kau rompak bank ehh?? Ini kalau mama tau ni , memang kena pancung kepala kau nanti dik. Baik kau bagitau ayong" lantang Ayreen berkata.

Laju Adleena menekup mulut kakaknya itu. Pandangan teralih ke arah pengunjung disitu. Masing masing memandang ke arah mereka berdua.

"Ayong ni , tak baik cakap adik mencuri. Mana ada adik curi. Ini semua hasil daripada adik bekerja" tipu Adleena.

"Kerja?? Kau kerja apa?? Cup cup bila masa kau kerja?? Kau jangan buat pasal adik" Ayreen mula curiga.

"Kerja online. Ishh nanti la adik cerita. Ayong ni , adik nak pilih cincin pun susah" marah Adleena.

"Kau takde buat bende buruk kan??" Dahi Adleena berkerut lalu menggeleng laju.

"Adik nak pilih cincin ni. Ayong tolong senyap kejap boleh?? Tak tenang adik nak mencarinya" arah Adleena. Jari telunjuknya juga diletakkan di bibir kakaknya itu.

Ayreen menepis lalu memuncungkan bibirnya. Sempat dia menjeling ke arah adiknya itu.

"Ayong , adik tak tau nak pilih yang mana. Apa kata kalau ayong pilih. Yang mana cantik??"

"Mana mana je" ringkas Ayreen menjawab.

Adleena mendecis. "Ayong , betul betul la. Yang mana cantik??"

Ayreen menjeling. "Eyy kau ni. Kau yang nak beli pastu paksa paksa orang pilih pula" dingin Ayreen. "Yang ni cantik" Jari telunjuknya ditunjuk ke arah salah satu cincin disitu.

Berkerut wajah Adleena melihat cincin itu. "Eyy buruk gila. Ayong ni takde taste ke?? Sini la biar adik yang pilihkan. Tak boleh harap" marah Adleena.

"Tadi suruh pilih. Pastu marah marah pula. Kau jangan sampai aku pajak kau dekat sini" Ayreen menjeling. Tangannya juga sudah mencekak pinggangnya. Ikutkan hati mahu sahaja dia mencekik adiknya disitu.

PUJAAN HATI ENCIK TERUNA [COMPLETED]Where stories live. Discover now