BAB 38

12K 601 49
                                    

"Ayong nak makan??"

Suara Puan Athirah memecah suasana bilik itu. Ayreen menggeleng perlahan. Puan Athirah mengeluh kecil apabila melihat anak sulungnya begitu.

"Ayong. Dari pagi tadi ayong tak makan. Makan la sikit nak. Nanti sakit macam mana?? Ke ayong nak mama beli makanan lain"

Ayreen masih menggeleng perlahan. Matanya tepat memandang ibunya itu. "Kenapa nasib ayong selalu macam ni mama?? Bila ayong nak bahagia mesti jadi macam ni. Ayong tak layak bahagia ke??" Ayreen mula bersuara.

"Ayong , jangan cakap macam tu nak. Maafkan mama. Mama yang salah. Maafkan mama" Laju air mata Puan Athirah mengalir. Perasaan bersalah masih terbuku dihati.

"Dulu papa , lepastu ayah. Dan sekarang Tengku Darwish. Macam mana lagi ayong nak percaya yang lelaki tak semua sama?? Sama je mama. Semua yang datang semua sakitkan ayong"

Puan Athirah memeluk erat tubuh anaknya itu. Sedaya upaya cuba untuk memujuk Ayreen yang sudah menangis teresak esak.

"Ayong , tak baik cakap macam tu. Dekat luar tu masih ramai lagi lelaki yang baik. Tak semuanya jahat , nak"

"Iman, dia baik sangat. Semalaman dia tunggu ayong sedar. Dia asyik salahkan diri dia sebab gagal jaga ayong. Mama yakin dia lelaki yang baik. Ayong pun cintakan dia kan??" pujuk Puan Athirah.

"Boleh tak mama jangan sebut nama dia?? Jangan cakap pasal dia. Ayong benci" dingin Ayreen.

Iman yang baru sahaja ingin melangkah masuk ke dalam bilik itu, terdengar perbualan mereka anak beranak. Dia mula mencuri dengar.

"Ayong , tak baik cakap macam tu. Apa salah dia?? Dia dah selamatkan ayong tau tak??" tegas Puan Athirah.

"Selamatkan??" Ayreen ketawa sinis. "Sebab dia ayong jadi macam ni, mama tau tak?? Sebab dia ayong diperkosa. Ayong benci penipu macam dia"

"Ayong!!"

Pintu bilik itu dibuka mula menarik perhatian mereka berdua. Masing masing memandang ke arah Iman yang sudah terpacak berdiri di hadapan pintu bilik itu.

"Mama , Ayreen" sapa Iman.

Puan Athirah hanya tersenyum kelat. Pandangannya tertumpu ke arah Ayreen semula. "Mama nak pergi cafe kejap. Ayong jangan buat perangai yang bukan bukan pula" pesan Puan Athirah.

Tangannya mula mencapai beg tangannya lalu melangkah keluar dari bilik itu. "Im , banyakkan bersabar ye. Emosi Ayreen masih tak stabil. Bincang dengan Ayreen elok elok" pesan Puan Athirah sebelum melangkah keluar dari bilik itu.

Iman hanya tersenyum tipis. "Insyaallah. Doakan Im dapat lembutkan hati Ayreen"

Puan Athirah mengangguk perlahan lalu melangkah keluar dari bilik itu. Sempat tangannya menepuk bahu Iman.

Mata Iman tertumpu ke arah kelibat Puan Athirah yang sudah jauh meninggalkan bilik itu. Dia memandang ke arah Ayreen.

Ayreen langsung tidak memandang ke arahnya. Pandangan Ayreen tertumpu ke arah tingkap bilik itu.

Iman tersenyum tawar. Kakinya mula melangkah mendekati Ayreen. "Dear , aku ada bawakan makanan untuk kau. Kau mesti tak makan lagi kan??" Iman cuba menceriakan suasana.

Namun Ayreen hanya mendiamkan diri. "Kau nak aku suap kau ke?? Aku boleh je nak suap"

Ayreen masih membisu. Iman mengeluh kecil. 'Jangan putus asa Iman. Kau boleh' bisik hati Iman.

Tangannya mula membuka bungkusan makanan itu. Nasi goreng itu digaul rata. "Aku ingat lagi masa dekat kedai makan , aku suap kau sebab time tu kau gastrik. Kau cakap kau taknak makan nasi , kau nak makan roti. Terus aku bergegas beli roti dekat kau semata mata nak kau makan. Aku taknak kau sakit"

PUJAAN HATI ENCIK TERUNA [COMPLETED]Where stories live. Discover now