BAB 48

12.2K 582 32
                                    

Ayreen mula termenung jauh. Mi segera yang dimasak sebentar tadi hanya dibiar terhidang di atas meja. Sikit pun dia tidak menyentuh makanan itu.

Difikirannya kini hanyalah mimpi ngeri yang dialaminya sejak beberapa hari ini. Pada awalnya dia cuba positifkan dirinya namun apabila hari ini adalah hari ketiga dia mendapat mimpi yang sama , membuatkan dia mula berfikir. Adakah mimpi itu adalah satu petanda?? Ataupun sekadar mainan tidur??

Adleena mula melangkah ke dapur. Matanya tertumpu ke arah kelibat Ayreen yang termenung jauh itu. "Ayong??" sapa Adleena.

Lamunan Ayreen terhenti. Satu senyuman kelat terukir di bibirnya apabila melihat Adleena duduk disebelahnya.

"Ayong termenung apa?? Tengok. Meggie ayong pun sampai dah kembang. Apa yang ayong fikir??"

Pertanyaan Adleena dijawab dengan senyuman kelat. "Ayong gaduh dengan abang Im ehh?? Eyy ayong ni. Asyik gaduh je. Ayong tu dah nak kahwin tau. Cuba berdamai dengan abang Im sikit. Ini sikit sikit nak merajuk. Mengada"

Ayreen menjeling. "Bila masa ayong gaduh dengan dia?? Ayong tak gaduh pun la"

"Kalau tak gaduh , kenapa ayong termenung?? Haa biar adik teka. Ayong rindu abang Im ehh?? Elehh mengaku je la rindu. Betul tak??" usik Adleena.

Sekali lagi Ayreen menjeling. Ikutkan hati mahu sahaja dia memukul adiknya itu. "Kalau rindu , call la. Takkan asyik abang Im je nak call ayong. Sesekali cuba rendahkan ego tu"

Ayreen mencebik. "Ayong baru je lepas call dia. Dia sibuk la adik. Bukannya boleh selalu selalu call" kata Ayreen.

Puan Athirah melangkah mendekati mereka berdua. "Haii bergosip apa dekat dapur ni??" tegur Puan Athirah.

Mereka berdua tersengih lalu menggeleng laju. "Ayong jadi ke nak pergi ambik kad kahwin harini??" Laju Ayreen mengangguk.

"Ni untuk makan nanti dah bincang dengan Im??"

Ayreen mengangguk lagi. "Ayong dah bincang dengan dia. Untuk makan lepas nikah just masak masakkan kampung. Nanti kan maklong , maksu semua datang. Kita masak la ramai ramai. Jimat sikit"

"Masa bersanding je kitorang tempah katering. Esok ayong keluar dengan mummy. Nak pergi tengok makanan katering macam mana" terang Ayreen.

Puan Athirah mengangguk faham. "Im dekat sana macam mana?? Cakap dekat dia, kerja kerja juga. Kena jaga kesihatan juga. Keselamatan tu penting. Waktu waktu sekarang ni macam macam boleh jadi. Nak nak lagi dah nak kahwin ni. Macam macam boleh jadi"

Ayreen terdiam. Tiba tiba fikirannya teringatkan mimpi ngeri itu. Sejujurnya dia pun takut jika mimpi itu menjadi kenyataan. Dia belum bersedia untuk kehilangan Iman.

"Mama , ayong selalu mimpi yang Iman nak tinggalkan ayong. Kenapa ehh??"

Puan Athirah tersenyum. "Takde apa la tu. Mainan tidur je tu. Tak payah fikir sangat ye. Biasa la syaitan waktu waktu macam ni la dia nak hasut ayong. Banyakkan berdoa. Mudah mudahan Allah permudahkan urusan korang berdua. Aminn"

Ayreen tersenyum kelat. 'Macam mana kalau bende tu terjadi ma?? Ayong masih belum bersedia. Ayong tak sekuat mama' bisik hati Ayreen.

Teringat pula dia sewaktu arwah ayah kandungnya meninggal dunia. Ibunya kelihatan begitu tenang. Walaupun dia tahu hati ibunya hancur ketika itu , namun ibunya masih mampu tersenyum. Mampukah dia menjadi sekuat ibunya andai Allah SWT mengambil Iman daripadanya??

•••

Gambar gambar Ayreen serta beberapa video dia bersama Ayreen dilihatnya sambil tersengih. Jujur dia merindui gadis itu.

PUJAAN HATI ENCIK TERUNA [COMPLETED]Where stories live. Discover now