BAB 28

13K 624 41
                                    

Ayreen terjaga dari tidurnya. Sempat dia menggeliat kecil sebelum mencapai telefon pintar Iman. Terbeliak mata melihat jam sudah menunjukkan pukul 8 pagi.

"Ya Allah, aku dah terlajak tidur. Tak sempat aku nak solat Subuh" Ayreen mengigit bibirnya.

Matanya tertumpu ke arah beg kertas yang terletak elok di atas meja kecil. Lantas dia mencapai beg kertas itu. Isi dalam beg itu dikeluarkan.

Bibirnya lantas mengukur senyuman. "Cantiknya telekung ni" puji Ayreen.

"Sebelum kau masuk , aku ada hadiah untuk kau" Beg kertas ditangannya dihulurkan ke arah Ayreen.

"Apa ni??"

"Nanti bukak la"

Ayreen tersenyum. "Pandai awak pilih telekung ni, Iman. Terima kasih" ucap Ayreen.

Lantas Ayreen bangun daripada tempat duduknya lalu menuju ke tandas. Walaupun cuaca sejuk , terpaksa juga la dia mandi. Nasib baik ada water heater. Kalau tak , memang mengigil la jawapannya.

Selesai sahaja Ayreen membersihkan dirinya , tudungnya disarung kemas. Kakinya mula melangkah keluar dari bilik penginapannya.

Pintu bilik penginapan Iman direnungkan. "Takkan aku nak ketuk pintu bilik anak teruna pula?? Tak manis la kan. Ahh biar la dia. Baik aku jalan jalan dekat sini dulu"

Kaki Ayreen mula melangkah menuju ke halaman penthouse itu. Dia mula menghirup udara segar disitu. Tenang. Matanya turut teralih ke arah pemandangan dari atas bukit itu.

Tiba tiba matanya tertumpu ke arah kelibat Iman yang berjalan dari bukit bawah. Dahi Ayreen berkerut melihat pakaian Iman yang hanya bersinglet dan berseluar pendek paras bawah lutut.

"Tak sejuk ke mamat ni??"

Iman mendekati Ayreen. "Morning dear" sapa Iman.

"Awak tak sejuk ke??"

Iman memandang ke arah pakaiannya. "Tak. Aku baru balik jogging. Takde la sejuk mana pun"

Dahi Ayreen berkerut. "Jogging??"

"Apa?? Ingat pakai macam ni tak boleh jogging ke?? Pakai apa pun boleh la. Janji tutup aurat. Betul tak dear??" Dengan selamba Iman mencuit hidung Ayreen.

Ayreen tergamam. "So macam mana malam tadi?? Nyenyak tidur??"

Ayreen mengangguk. Tiba tiba Ayreen memetik jarinya. "Sebelum saya terlupa...nahh" Ayreen menghulurkan telefon pintar pada Iman. "Terima kasih sebab bagi saya pinjam telefon awak"

Iman hanya tersenyum manis. "Lapar tak?? Kalau lapar , tunggu kejap. Aku nak mandi , bersiap handsome handsome, lepastu kita pergi breakfast. Sambil sambil tu kita jalan jalan pusing satu Cameron ni nak?? Kalau cik adik manis sudi"

Ayreen tersenyum lalu mengangguk. "Ya saya sudi"

"Bagus. Tunggu kejap ye dear. Jangan pergi mana mana pulak" Ayreen mengangguk. Laju langkah Iman melangkah masuk ke dalam penthouse itu.

•••

Tengku Darwish mengenggam penumbuknya. Masih segar diingatannya tentang peristiwa kelmarin.

"Aunty , Ayreen ada cakap ke dia kemana?? Aunty dah pujuk dia ke untuk balik sini??" soal Tengku Darwish bertubi tubi.

Puan Athirah hanya tersenyum kelat. "Tengku , saya minta maaf banyak banyak pasal anak perempuan saya tu. Saya tak sangka dia boleh bertindak sampai macam ni" ucap Puan Athirah pada Tengku Falisha.

Tengku Falisha hanya mengangguk faham sambil tersenyum. "Takpe. Anggap la diorang takde jodoh"

Tengku Darwish mencuit ibunya itu lalu menayangkan wajah bengis pada ibunya itu. "Apa ni??"

PUJAAN HATI ENCIK TERUNA [COMPLETED]Where stories live. Discover now