BAB 12

15K 699 23
                                    

Ayreen mencapai diarinya yang berada dalam sebuah kotak sederhana besar. Lantas dia membaca satu persatu helaian diari itu. Bibirnya tidak lekang dengan senyuman. Maklumlah semua tentang pujaan hatinya itu semuanya tertulis di diari itu. Satu helaian kosong diselak lalu dia mencapai pen.

Harini genap sebulan aku bergelar sebagai rakan baik kepada seorang insan yang bernama Iman Rizq selepas beberapa tahun kami terpisah.

Aku akui aku bahagia bersamanya walaupun kami sekadar seorang kawan istimewa. Dia selalu membuatkan aku bahagia , ketawa. Walaupun kadang kadang kami selalu juga berdebat mulut.

Usikannya juga kadang kadang membuatkan aku tertanya tanya. Adakah dia mencintai aku?? Ataupun itu hanya sekadar permainan dibibirnya sahaja?? Maklum la dia kan sweet talker.

Alhamdulillah selama sebulan juga , aku tak diganggu oleh Tengku Darwish. Mungkin dia sudah mengalah. Bagus juga dia hilangkan diri. Takde la otak aku serabut.

Dahlia pula masih lagi dengan sikap perasan bagus. Tak habis habis berangan yang Iman itu adalah kekasihnya.

Apa pun aku percaya pada Iman. Jika benar , Iman adalah kekasihnya, kenapa Iman rapat dengan aku bukan dengan dia?? Setiap kali mereka bertembung pun Iman langsung menghiraukan kehadiran Dahlia. Nampak sangat la perasan tu.

Apa pun aku bahagia sangat dengan Iman. Semoga dia adalah kawan yang terbaik aku. Kawan yang akan memimpinku ke syurga.

Mudah mudahan....

Buku diari itu ditutup lalu diletakkan ke dalam kotak semula. Kotak itu disimpan semula di atas almari lalu Ayreen menuju ke almarinya.

Malam ini merupakan majlis makan malam syarikat Thaqif. Dia kena bersiap segera sebelum jam 8 malam. Dress muslimah yang tergantung elok dalam almari itu dicapai sebelum dia melangkah menutup pintu bilik tidurnya itu.

•••

Semua staff sudah memasuki hotel untuk majlis makan malam. Bukan main cantik dan segak lagi masing masing. Ada juga yang sudah menjamu selera. Ada yang melayan perasaan dengan melihat persembahan.

Ayreen juga tidak terlepas dengan menjamu selera bersama beberapa orang staff disitu. Dahlia memandang sinis ke arah Ayreen yang seronok bergelak tawa bersama staff staff disitu.

Lantas dia mendekati Ayreen. "Oii perempuan"

Ayreen menoleh lalu melemparkan senyuman manis ke arah Dahlia. "Kalau Cik Dahlia rasa macam nak berperang mulut dengan saya , baik Cik Dahlia lupakan je. Sebab saya harini rasa macam nak seronok seronok je dengan diorang"

Dahlia memeluk tubuhnya. "Kau ingat aku nak sangat bergaduh dengan kau?? Aku pun tak hingin la bertentang mata dengan kau"

Ayreen bingkas bangun daripada tempat duduknya lalu menepuk bahu Dahlia. "Bagus la macam tu. Saya pergi ambik makanan kejap ye. Lapar" kata Ayreen lalu melangkah meninggalkan kawasan itu.

Dahlia mendengus kasar. "Kau tengok la kawan kau tu. Dia ingat dia pakai baju cantik , dia cantik sangat la?? Buruk je aku tengok" kutuk Dahlia.

"Biar la dia. Yang kau tu asyik nak cari pasal dengan Ayreen tu kenapa?? Kau frust ehh sebab tak dapat jadi PA kepada Encik Iman Rizq??" Elisa bersuara.

Dahlia tidak menjawab. Laju langkahnya meninggalkan kawasan itu. Buat sakit hati je kalau terus berdebat mulut dengan staff staff disitu.

Selesai sahaja ucapan daripada Thaqif dan aktiviti cabutan bertuah, masing masing mula bergerak pulang ke rumah. Ada juga yang masih bergambar tanda kenangan.

PUJAAN HATI ENCIK TERUNA [COMPLETED]Where stories live. Discover now