BAB 8

17.6K 797 61
                                    

Tekun Ayreen melakukan kerjanya. Jarinya juga laju menaip di atas papan kekunci. Tiba tiba matanya teralih ke arah bilik Iman.

Matanya tertumpu ke arah Iman dari balik cermin kaca bilik itu. Boleh tahan rancak juga Iman berbual dengan client mereka itu.

Ayreen menongkat dagunya sambil memandang ke arah Iman. Tanpa sedar bibirnya mengukir senyuman manis. "Handsome juga mamat ni. Nampak smart bila dia pakai formal macam tu"

Iman terasa dirinya seperti diperhatikan lantas dia memandang ke arah Ayreen. Senyuman manis dilemparkan ke arah Ayreen. Sempat dia mengerdip mata kirinya ke arah gadis itu.

Terbutang mata Ayreen. Terus dia larikan pandangannya. Rona wajahnya kini juga sudah kemerah merahan. "Aghhh Ayreen kot ye pun kalau nak usha dia cover la sikit. Kan dah dapat malu" omel Ayreen.

Dia memandang ke arah Iman semula. Bibirnya mengukir senyuman kembali. Bingkas dia bangun daripada tempat duduknya lalu menuju ke pantri.

Cawan dan sudu disitu dicapai. Dahlia entah dari mana munculnya mula menghampiri Ayreen. Dia merenung tajam ke arah gadis itu.

"Oii perempuan"

Ayreen menoleh. "Yes , Cik Dahlia. Nak air ke?? Kalau nak air nanti saya panggilkan tea lady. Takut juga kalau kalau saya buatkan air untuk Cik Dahlia, tak kena dengan tekak Cik Dahlia ke"

Dahlia memeluk tubuhnya. "Ehh setakat air coffee macam tu , aku boleh je la buat sendiri. Tak perlu pun panggil tea lady bagai" dingin Dahlia menjawab.

"Bagus la macam tu. Saya minta izin untuk keluar dulu"

Baru sahaja Ayreen mahu melangkah, Dahlia menahannya. "Kejap. Aku nak tanya kau sikit. Apa kau buat dengan Encik Iman pagi tadi dekat dalam bilik dia??"

"Tak buat apa apa. Cuma sesi pengenalan lepastu dia bagi saya kerja. Dan saya buat la. Kenapa Cik Dahlia?? Ada masalah ke??"

"Aku just nak ingatkan kau. Iman Rizq tu bukan lelaki yang baik. Dia tu playboy. Perempuan keliling pinggang. Setakat muka macam kau ni better kau lupakan niat kau untuk goda dia"

Ayreen ketawa sinis. "Cik Dahlia , tengok muka saya ni. Nampak muka saya ni macam hadap sangat ke dengan lelaki macam tu?? Untuk pengetahuan Cik Dahlia, saya tak berminat untuk goda mana mana lelaki dalam office ni termasuk Encik Iman. Sekarang ni bagi saya laluan"

Laju langkah Ayreen meninggalkan pantri itu. Dahlia mendengus. "Kau ingat kau bagus sangat ke perempuan. Aku akan buat kau tinggalkan syarikat ni" tekad Dahlia. Amukkan Dahlia itu langsung tidak dihiraukan. Biar la perempuan itu meroyan sorang sorang.

Kelibat Thaqif dan Iman keluar daripada bilik Iman itu menarik perhatiannya. "Hi bos" sapa Ayreen.

Iman disebelah hanya dipandang sekilas. "Haii , dekat bos je ke?? Dekat kesayangan awak ni tak nak hi??" tegur Iman.

Ayreen menjeling. "Hi Encik Iman" sapa Ayreen dengan lemah.

Thaqif tersengih melihat kerenah mereka berdua. Cara layanan Ayreen pada Iman membuatkan dia teringatkan isterinya di rumah.

"Ehh Im , aku dah nak balik ni. Kau nak ikut aku balik tak?? Kau kan dah lama tak rasa masakan ibu"

Iman mengosok lehernya. Dia berdeham kuat. "Aku rasa aku tak boleh ikut kau la. Aku ada hal" tipu Iman sambil lirik matanya ke arah Ayreen.

Thaqif mengangguk faham. Ada hal la sangat padahal nak mengayat. "Apa apa la. Asalkan kau bahagia. Aku gerak dulu. Bye" Iman tersengih saat melihat kelibat Thaqif sudah jauh meninggalkan mereka berdua.

Iman menoleh ke arah Ayreen semula. "So , jom"

Dahi Ayreen berkerut. "Jom?? Pergi mana??"

Iman tersenyum nakal. "Kita pergi satu tempat nak??" Terbutang mata Ayreen. Air liurnya juga diteguk kesat. Melihat wajah cuak Ayreen itu membuatkan Iman terhibur. Automatik ketawanya dilepaskan. Dahi Ayreen berkerut. "Aku nak ajak kau pergi lunch la sayang. Sekarang kan waktu lunch hour. Come"

PUJAAN HATI ENCIK TERUNA [COMPLETED]Where stories live. Discover now