BAB 33

11.9K 617 61
                                    

Ayreen mencapai telefon pintarnya itu. Dia mengeluh kecil. Langsung tiada sebarang notifikasi dari Iman. Hampir seminggu Iman tidak menghubunginya. Merajukkah dia??

Ayreen menggeleng kepala perlahan. Cuba menghalang daripada perasaan curiga timbul. "Tak mungkin la dia merajuk. Kan bos sendiri cakap yang ada masalah dekat tapak projek. Mungkin dia tengah sibuk sekarang ni"

"Tapi takkan la sampai takde masa untuk contact aku. Sekurang kurangnya chat la. Ini gone terus" omel Ayreen. Bibirnya dimuncungkan.

Pandangannya teralih ke arah bilik Iman. Kerusi Iman dipandang kosong. Tiba tiba bayang Iman muncul. Terbeliak mata Ayreen melihat Iman sudah duduk di atas kerusi itu. Siap tersengih melihatnya lagi.

Ayreen mengosok matanya berkali kali. Mungkin itu hanya khayalannya sahaja. Namun bayang Iman masih berada disitu. Sempat Iman mengerdipkan mata kirinya ke arah Ayreen. Ayreen tersentak.

Elisa melihat wajah Ayreen yang sudah merah padam itu, lantas dia menepuk bahu Ayreen. "Ayreen, awak okay tak??"

Ayreen memandang ke arah Elisa lalu tersenyum kelat. "Kot ye pun rindu Encik Iman, tak payah la tenung bilik dia macam nak tembus cermin bilik ni"

Ayreen tersengih. Dia memandang ke arah bilik itu semula. Bayang Iman sudah hilang dari pandangan. 'Bukan tadi....' Terkedip kedip matanya memandang ke arah bilik itu.

"Ayreen, dengar tak ni??"

Lamunan Ayreen terhenti. "Apa tadi??" Ayreen tersengih.

"Jom la pergi lunch. Tak kenyang la kalau asyik tenung bilik Encik Iman. Saya tau awak rindu dekat Encik Iman. Sabar ye. Lagi seminggu dia balik la" usik Elisa.

"Ma...mana ada saya rindu dia. Jom la pergi lunch" Lantas Ayreen mencapai beg tangannya lalu menarik lengan Elisa dan bergerak keluar dari pejabat itu. Sempat lagi matanya memandang ke arah bilik Iman. Mana la tau Iman betul betul ada dalam bilik itu. Namun hampa.

Sampai sahaja di lobi syarikat itu, pandangan Ayreen tertumpu ke arah sofa yang tersedia di situ. Matanya tertarik melihat kelibat seorang lelaki yang sibuk bermain dengan telefon pintarnya.

Lelaki itu mengangkat wajahnya. Ayreen mula tergamam. 'Iman??'

Iman tersenyum ke arah Ayreen. Sempat dia mengerdipkan mata kirinya ke arah Ayreen. Ayreen mula terkedu.

"Ayreen, dengar tak saya cakap ni??"

Ayreen memandang ke arah Elisa. "Ap..apa tadi??"

"Ish awak ni banyak berkhayal betul la. Saya tanya awak nak makan dekat mana??"

"Tak kisah" jawab Ayreen dengan ringkas. Dia memandang ke arah sofa itu semula. Kelibat Iman sudah hilang dari pandangan. Melilau matanya mencari kelibat Iman.

'Fuhh parah kau ni. Jangan cakap yang kau dah angau dengan dia. Aghhh tak mungkin tak mungkin' Ayreen mula berperang dengan perasaannya sendiri. Perbualan Elisa juga tidak didengarinya.

"Ayreen, hello"

Lamunan Ayreen terhenti. "Apa??"

"Jom la. Termenung apa lagi??" Ayreen tersengih. Kakinya mula melangkah mendekati Elisa.

Mereka mula menuju ke kedai makan berhampiran dengan pejabat mereka itu. Kata Elisa , nanti takde la terkejar kejar nak ke pejabat.

Sepanjang mereka di kedai makan itu , Ayreen asyik termenung jauh. Makanan dihadapannya itu langsung tidak dijamah.

Elisa memandang ke arah Ayreen. Dahinya juga berkerut. "Ayreen" panggilnya. Lamunan Ayreen terhenti. "Saya tengok harini berapa kali awak asyik termenung je. Apa yang awak fikir?? Awak ada masalah ke?? Kalau ada masalah cuba cerita"

PUJAAN HATI ENCIK TERUNA [COMPLETED]Where stories live. Discover now