BAB 10

17.4K 760 28
                                    

Pandangan Adleena tertumpu ke arah kakaknya itu. Mula timbul tanda tanya difikirnya. Mana taknya, kakaknya itu seorang yang malas keluar rumah jika hari cuti begini. Kalau keluar pun bersebab. Tidak pun keluar dengannya.

Dia mula mendekati kakaknya itu. "Ayong nak pergi mana??"

Ayreen mengangkat wajahnya selepas selesai memakai kasut sukannya itu. Nasib baik masih muat. "Ayong nak pergi hiking. Nak ikut tak??"

Laju Adleena menggeleng. "Tak nak la. Panas. Nanti gelap la muka adik yang cantik macam Uqasha Senrose ni"

Ayreen menjeling. "Kan ada sunscreen. Tu la kau nak jaga muka tapi skincare malas nak pakai. Banyak je alasan. Ayong gerak dulu tau"

Laju tangan Adleena menarik lengan kakaknya itu. "Sabar la ayong. Adik tak habis cakap lagi ni. Hmm tak pernah pernah pun ayong pergi hiking. Kenapa tiba tiba ni??"

Ayreen mencekak pinggangnya. "Kau tanya banyak soalan macam polis ni kenapa??"

Adleena mencebik. "Tanya je pun. Ni ayong pergi hiking ni mesti dengan mamat seringgit tu kan?? Sebab tu ayong beria sangat pagi pagi ni"

Laju Ayreen menekup mulut adiknya itu. "Shuttt , jangan cakap kuat kuat. Mama dengar nanti macam mana??" marah Ayreen.

"Ala betul la kan??" Ayreen sekadar menjeling.

Bunyi hon kereta dari luar pagar rumah itu , mematikan perbualan mereka. Lantas pandangan mereka tertumpu ke arah kereta itu. Kelibat Iman keluar dari kereta itu kelihatan.

"Adik , ayong pergi dulu" Laju kakinya berlari masuk ke dalam kereta itu.

Adleena sekadar memerhati. Sempat dia melambai ke arah Iman. "Haiii handsome juga. Itu kalau ayong taknak. Lebih baik dia bagi dekat aku"

•••

Pandangan Ayreen teralih ke arah hutan itu. Kata Iman mereka akan mendaki bukit di kawasan itu. Dia pun sudah tidak sabar. Maklumlah tak pernah pergi hiking.

Mereka mula mendaki bukit itu. Sambil sambil itu , Iman dan Ayreen sempat berbual kosong. Macam macam kisah yang keluar dari mulut Iman. Ayreen sekadar mendengar dan mengangguk faham.

Sambil sambil itu, Ayreen menikmati keindahan alam semulajadi di situ. Angin yang sepoi sepoi bahasa menyapa tubuh mereka. Telinga Ayreen juga dapat mendengar bunyi hempasan air terjun. Mesti air terjun itu tidak jauh dari mereka.

Bunyi burung berkicauan juga kedengaran. Tenang. Perasaan tenang sahaja dapat Ayreen ungkapkan. Tidak pernah dia setenang ini. Ada bagus juga dia mengikuti Iman.

Selepas beberapa minit mereka mendaki , akhirnya mereka sampai ke puncak. Ayreen mengambil tempat duduk berdekatan dengan kawasan cerun. Nak melihat suasana dari atas bukit itu la katakan.

Dia menghirup udara segar. Dari atas bukit itu dia dapat melihat bangunan bangunan yang berdekatan dari situ. Semuanya kecil kecil.

Dia mengalih pandangan ke arah Iman yang rancak berbual dengan seorang gadis. Terbit rasa cemburu dihati. 'Cemburu?? Ishh tak la. Aku tak cemburu pun. Lagipun kitorang cuma kawan biasa' gumam Ayreen.

Satu keluhan kecil dilepaskan. Pandangannya teralih ke arah pemandangan dihadapannya semula. Dia cuba sembunyikan rasa sedih yang terbuku dihatinya.

Iman menghampiri Ayreen saat selesai berbual dengan gadis itu. "Dear , nah air" Iman menghulurkan botol mineral ke arah Ayreen.

Ayreen memandang ke arah botol mineral itu. Lambat lambat dia mencapai botol mineral itu. Pandangannya teralih ke arah gadis itu semula.

"Cantikkan perempuan tu. Rambut dia pun cantik" puji Ayreen.

PUJAAN HATI ENCIK TERUNA [COMPLETED]Where stories live. Discover now