BAB 37

11.8K 593 30
                                    

Laju kaki Datin Saleha mendekati Puan Athirah. Terkejut juga dia apabila mendengar berita tentang Ayreen. Terus dia bergegas je hospital. "Tyra" sapa Datin Saleha.

Puan Athirah hanya mengangkat wajahnya lalu tersenyum tawar dilemparkan. "Macam mana keadaan Ayreen?? Semuanya okay ke??" resah Datin Saleha.

"Alhamdulillah, doktor cakap tiada kecederaan di bahagian kepala ayong. Cuma sekarang ni ayong masih lagi trauma dengan apa yang dah jadi" celah Adleena.

Datin Saleha mengangguk faham. Matanya memandang sekeliling mencari kelibat anak lelakinya itu. "Iman mana??"

"Abang Im ada dekat dalam. Dia nak tunggu ayong sampai ayong sedar. Kitorang buat keputusan untuk tunggu dekat luar je sebab nak bagi ruang dekat abang Im dengan ayong" kata Adleena lagi.

Pandangan mereka teralih ke arah cermin kaca bilik itu. Kelihatan Iman sedang menunduk sambil menanti Ayreen sedarkan diri.

"Masa kitorang sampai dekat rumah Tengku Darwish, ayong dah tak sedarkan diri. Baju dia dah koyak rabak. Darah pun penuh dekat kepala ayong. Masa tu juga abang Im dah bertumbuk dengan Tengku Darwish. Nasib baik la kitorang datang cepat kalau tak mungkin ayong dah...." Adleena cuba menahan sebak.

"Dari tadi abang Im tak habis habis salahkan diri sendiri. Dia rasa diri dia gagal untuk jaga ayong"

"Untung ayong dapat lelaki macam abang Im. Abang Im jaga ayong lebih daripada nyawa dia sendiri" panjang lebar Adleena bercerita.

Datin Saleha tersenyum tipis. Dia bersyukur kerana berjaya mendidik Iman menjadi manusia yang berguna. Dia akui Iman memang anak yang baik walaupun sedikit nakal.

"Akak" panggil Puan Athirah.

Datin Saleha menoleh. Kakinya perlahan lahan menghampiri Puan Athirah. Tangannya mula memeluk tubuh Puan Athirah yang sudah menangis teresak esak.

"Saya menyesal sangat tak dengar cakap anak anak saya. Kalau saya tau perangai jantan tu macam tu , saya takkan jodohkan mereka berdua. Semua yang berlaku ni semuanya salah saya" teresak esak Puan Athirah menangis.

"Saya nak buat yang terbaik untuk anak saya tapi hakikatnya mendatangkan keburukan dekat dia. Saya ni memang mak yang tak guna. Saya gagal"

Datin Saleha cuba menenangkan Puan Athirah. "Tyra , dah tak guna kalau kita nak menyesal. Bende pun dah jadi. Masa pun dah tak boleh diputarkan kembali. Sekarang ni tugas kita bantu Ayreen keluar daripada trauma dia ye" Puan Athirah mengangguk perlahan.

"Buat masa ni kita tak payah ganggu mereka berdua. Emosi mereka berdua masih tak stabil" Adleena mengangguk setuju.

•••

Iman masih berteleku disisi Ayreen. Matanya tidak lekang memandang lebam lebam di kawasan wajah Ayreen. Dia mengeluh hampa.

"Maafkan aku , Ayreen. Aku gagal jaga kau. Aku gagal lindungi kau. Aku mungkiri janji aku. Aku memang tak guna kau" Laju air matanya mengalir.

"Jangan benci aku , Ayreen. Jangan tinggalkan aku lagi. Aku tak sanggup hilang kau , Ayreen. Tolong maafkan aku. Tolong bagi aku peluang untuk jaga kau" teresak esak Iman menangis.

Sejujurnya dia cuba mengawal perasaannya itu namun gagal. Lebih sebak apabila melihat keadaan Ayreen begitu.

Telinga Iman tiba tiba disapa dengan suara tangisan halus dari arah Ayreen. Iman mula mengangkat wajahnya dan memandang ke arah gadis itu.

"Jangan!!! Pergiii!!! Tolong jangan!!!! Tak nak!!!!"

Iman mula mendekati Ayreen. "Dear , aku dekat sini. Dear , please sedar. Kau dah selamat. Kau dengan aku"

Ayreen membuka matanya. Laju kepalanya menggeleng. "Jangan apa apakan saya. Tolong. Saya merayu. Tolong jangan sentuh saya" Ayreen mula meracau.

"Dear , ni aku. Kau selamat. Jangan takut. Aku ada. Aku dah janji nak jaga kau kan" pujuk Iman.

Ayreen menekup telinganya dan menutup rapat matanya. Badannya juga sudah mengigil gigil ketakutan. "Pergi!!!! Tolong pergi!!!! Jangan sentuh aku!!!!" amuk Ayreen.

"Ayreen, ni aku. Bawa mengucap Ayreen. Lelaki tu dah takde. Jangan macam ni please"

"Pergi la!!!! Aku benci kau!!!! Aku taknak tengok muka kau!!! Pergi!!!!" amuk Ayreen lagi.

Pintu bilik itu terbuka. Kelihatan Puan Athirah dan Adleena menghampiri mereka. "Ayong. Ayong. Ni mama. Jangan takut sayang. Mama dekat sini" pujuk Puan Athirah.

"Mama , ayong takut. Suruh dia keluar ma. Ayong taknak tengok muka dia" kata Ayreen sambil memeluk erat tubuh ibunya itu.

Pandangan mereka teralih ke arah Iman. "Ayreen..."

"Abang Im. Lebih baik abang Im keluar dulu. Takut ayong makin teruk nanti. Tolong ehh abang Im" pinta Adleena.

Iman mengeluh kecil. Pandangannya teralih ke arah Ayreen. Jelas di wajah gadis itu sedang ketakutan. Dia kembali mengeluh hampa.

Perlahan lahan kakinya melangkah keluar dari bilik itu. Punggungnya direbahkan ke atas kerusi yang disediakan.

Datin Saleha mula mendekati anak lelakinya itu. Nampak seperti sedang kecewa. Mungkin sebab Ayreen menghalaunya keluar dari bilik itu.

"Im , kita balik dulu ye nak?? Esok kita datang lagi" pujuk Datin Saleha.

"Im gagal mummy. Im gagal lindung Ayreen. Im mungkiri janji Im"

Datin Saleha mengusap lembut belakang badan anaknya itu. "Mesti Ayreen bencikan Im kan?? Im ni teruk"

"Im , emosi Ayreen masih belum stabil. Kita bagi dia masa ye?? Mummy yakin dia tak bencikan Im. Lagipun Im dah cuba buat yang terbaik untuk Ayreen kan?? Mummy yakin Ayreen sayangkan Im sangat sangat. Dah jangan salahkan diri sendiri"

Iman mengeluh hampa. Thaqif dan Uqasha mula mendekati mereka. "Aunty , Im. Macam mana keadaan Ayreen??" sapa Uqasha.

Datin Saleha menggeleng perlahan. Pandangan mereka teralih ke arah Iman yang menunduk hampa.

"Sabar ye Im. Kita bagi Ayreen masa" pujuk Thaqif.

"By the way, jantan tak guna tu dah berjaya ditangkap. Bila bila masa dia akan dapat hukuman. Memang patut pun dia tu kena hukuman berat. Ada ke patut bunuh perempuan. Dia ingat dia kuat ke??" omel Uqasha.

"Dia bukannya bunuh Dahlia je. Dia bunuh bekas isteri dia juga. Alasan sebab curang padahal semua tu hanya salah faham. Ayreen pun hampir...."

"Dibunuh" celah Iman. "Aku tau dia nak bunuh Ayreen. Aku pernah mimpi. Dan aku tau bende ni akan berlaku. Sebab tu aku nak sangat lindungi dia. Aku taknak hilang dia. Tapi sekarang dia dah benci aku" sayu Iman.

Uqasha dan Thaqif memandang sesama sendiri. "Sabar ehh Im. Macam aku cakap, bagi Ayreen masa" pujuk Thaqif.

"Jom kita balik dulu nak. Esok kita datang lagi ye. Harini biar mama yang jaga Ayreen dulu. Lagipun emosi Ayreen kan masih belum stabil" pujuk Datin Saleha.

Iman mengeluh kecil. Dia bingkas bangun daripada tempat duduknya. Air matanya juga dikesat kasar. "Jom Im hantar mummy balik. Lepastu Im nak solat Asar. Im belum solat lagi" tenang Iman berkata.

Datin Saleha tersenyum. "Macam ni la anak mummy. Dengar cakap. Jom kita balik ye" Mereka mula melangkah keluar daripada hospital itu.






























PUJAAN HATI ENCIK TERUNA [COMPLETED]Where stories live. Discover now