BAB 13

13.9K 703 63
                                    

Uqasha memandang ke arah Iman yang tersengih sengih sambil mata lelaki itu tertumpu ke arah telefon pintarnya. Dia mula menyiku Thaqif disebelahnya. Thaqif sekadar menjongket bahunya.

"Wehh Im. Bukan main happy kau harini. Ada apa apa ke??" tegur Uqasha.

"Haah la. Aku perasan juga. Sejak akhir akhir ni kau macam pelik sikit. Happy kau lain macam. Lepastu kan qasha , kalau kau nak tau kawan kau sekarang ni bukan main rajin lagi dapat office. Bilik aku pun dah lama dia tak jejak. Asyik melekat dekat bilik dia je. Ada apa ehh rasa rasa??"

Iman mengangkat wajahnya. Dia mula tersengih. "Mana ada apa apa. Aku memang macam ni apa. Seorang yang ceria. Takkan la korang tak kenal aku kan"

"Pasal selalu pergi office tu , alah biasa la manusia kan. Bila bila je boleh berubah kan?? Lagipun umur aku dah 33 tahun , mesti la time macam ni aku kena serius dengan kerja. Betul tak Qiff?? Qasha??"

Thaqif mencebik. "Serius kerja konon. Padahal sebab budak PA tu kan??"

Dahi Uqasha berkerut. "Budak PA mana pulak ni?? Aku ni banyak ketinggalan sangat ke??" Kepalanya yang tidak gatal itu digaru.

"Budak tu baru je kerja sebagai PA Iman. Selalu juga aku nampak diorang berdua. Korang ada apa apa ke Im??"

Iman tersengih. "Kitaorang cuma kawan. Tapi....aku rasa....aku dah jatuh cinta"

Uqasha menghamburkan tawanya. "Iman , ini kali ke 2042 kali yang kau cakap kau jatuh cinta tapi satu pun tak melekat. Aku rasa kau kena berubat la" usik Uqasha.

"Tapi kalini lain Qasha. Aku tak pernah rasa macam ni dengan mana mana perempuan. Kau faham tak??"

"Cantik sangat ke perempuan tu?? Aku nak usha juga" uji Uqasha.

Iman menjeling. "Kau jangan macam macam Qasha. Ayreen tu aku punya. Jangan sampai penumbuk ni melayang dekat muka kau. Kau lupa ke aku pernah tumbuk kau dulu?? Nak rasa lagi sekali??" dingin Iman.

Uqasha tersengih. "Jadi kau taknak ke luahkan perasaan kau dekat budak PA tu??" Thaqif bersuara.

Iman berfikir sejenak. "Aku sebenarnya dah pernah luah apa yang aku rasa tapi dia anggap aku ni main main. Tapi takpe. Iman Rizq takkan berputus asa. Aku decide untuk confess lepas je aku balik dari Sabah"

Dahi Uqasha berkerut. "Kau handle project dekat Sabah tu?? Aku ingatkan Qiff yang handle" pelik Uqasha.

"Kausar kan baru lepas bersalin. Aku tau Kausar perlukan Qiff. Jadi biar aku yang handle. Lagipun aku nak juga usha awek Sabah. Mana la tau dapat yang cun cun ke kan" Iman tersengih.

Uqasha menggeleng kepala perlahan. Masih ada sisa buaya dalam diri Iman rupanya. Ingatkan dah hilang sejak "jatuh cinta".

"Sebab tu aku sayang kau , Im. Kau la kawan terbaik aku" ucap Thaqif sambil mengusap lembut tangan Iman.

Lantas Iman menepis. "Geli bodoh!! Dah macam gay pula. Kau jangan macam macam Qiff. Takkan Kausar tengah pantang sekarang kau jadi gay pula"

Uqasha disitu hanya ketawa melihat telatah mereka. "Pergi pasar tercicir dompet, ala nak manja manja sikit ja" Kedua dua belah matanya dikerdip berkali kali.

Iman menjeling. "Kau kalau nak pantun , pantun dengan Kausar je. Jangan dengan aku. Kembang telinga aku dengar pantun tak jadi kau tu" Uqasha yang memerhati karenah mereka hanya menggeleng kepala sambil ketawa kecil.

Selesai sahaja mereka menjamu selera, masing masing menuju ke pejabat mereka. Iman mengambil kesempatan untuk merayap sebelum menuju ke pejabat. Dia menuju ke sebuah kedai bunga.

PUJAAN HATI ENCIK TERUNA [COMPLETED]Where stories live. Discover now