BAB 22

12.5K 607 126
                                    

Dahlia melangkah masuk ke dalam lift pejabat itu. Jam tangannya dipandang sekilas. Sudah pukul 11 pagi. Memang sudah menjadi kebiasaannya datang lewat ke pejabat. Lagipun datang ke pejabat adalah satu bende yang membosankan baginya.

Dia melangkah keluar daripada lift tersebut lalu melangkah ke mejanya. Matanya memandang ke arah meja Ayreen. Kosong. Mungkin Ayreen berada di pantri.

Sempat matanya mengintai ke arah bilik Iman. Kelihatan Iman sedang tekun melakukan kerjanya.

"Pelik. Sejak Ayreen jadi PA dia, selalu betul dia duduk dekat office. Haihh tak boleh jadi ni. Aku kena buat sesuatu. Kalau tak confirm , Tengku Darwish tu bunuh aku" omel Dahlia.

Kakinya mula melangkah menuju ke meja kerjanya. Sempat dia memandang staff staff disitu yang memandang ke arahnya. "Apa pandang pandang?? Tak pernah tengok perempuan seksi ke apa??" dingin Dahlia.

Matanya tertumpu ke arah sampul surat yang terletak elok diatas mejanya. Lantas dia mencapai sampul surat itu. "Surat apa ni??" Isi sampul surat itu dibuka.

PENAMATAN PERKHIDMATAN SEBAGAI STAFF SERTA MERTA

Terbutang mata Dahlia membaca satu persatu tulisan di surat itu. Meja kerjanya dihempas sebelum dia melangkah masuk ke dalam bilik Iman.

Tanpa mengetuk pintu bilik itu, dia membuka pintu bilik Iman lalu menghampiri lelaki itu. Surat itu dicampakkan ke atas meja lelaki itu.

"Apa ni?? Apa semua ni?? Korang tak boleh buat I macam ni!!" amuk Dahlia.

Iman mengambil surat itu lalu membaca. "Surat penamatan perkhidmatan. Maksudnya diberhentikan kerja serta merta" sinis Iman berkata sambil mengangguk faham. "Memang layak pun surat ni untuk orang macam kau"

"Memang layak?? Apa salah I?? I dengan Ayreen gaduh kecik je. Takkan sampai nak buang I?? Kenapa tak buang Ayreen sekali?? Tak adil semua ni"

"Kau nak tau apa salah kau?? Salah kau adalah yang pertama, attitude fail. Suka serang orang sana sini. Yang kedua , datang kerja lambat. Ikut suka hati kau je kan nak datang pukul berapa. Kau ingat kau ada share dekat syarikat ni??"

"Last , kau buat kerja haram kau. Jual beli proposal kita dekat syarikat lain?? Patut la sekarang ni kau kaya semacam"

Dahlia tersentak. Terus terdiam dibuatnya apabila Iman sudah mengetahui kerja haramnya itu. "Berapa banyak kau dapat?? RM10 000?? Ataupun lebih daripada tu??"

Dahlia masih terdiam. Lidahnya menjadi kelu untuk berbicara. Iman bingkas bangun daripada tempat duduknya lalu menghampiri Dahlia. Dia berjalan kelilingi Dahlia.

"You know what, Thaqif taknak aku simpan toksik dalam syarikat dia. So aku terpaksa la buang toksik tu jauh jauh dari syarikat ni. Kau faham kan??"

Dahlia lantas memegang tangan Iman. "Please Iman. Jangan buang I. I janji I takkan buat macam tu dah. I akan jadi orang paling baik dalam office ni. Give me second chance"

"Macam aku cakap. Semuanya atas arahan Thaqif. Yang buang kau pun Thaqif. Aku tak boleh buat apa apa. Kalau kau nak merayu , pergi la jumpa Thaqif. Pergi goda dia. Tapi aku takut nanti kau makan penampar dia je la"

Dahlia meneguk air liurnya. Bertentang mata dengan Thaqif pun sudah gerun inikan pula mahu merayu. Memang menempah maut.

Dahlia memandang ke arah Iman yang tersenyum sinis. Lantas dia mendengus lalu melangkah keluar dari bilik itu dan menuju ke mejanya. Surat ditangannya itu dihempas ke atas mejanya.

"Korang sengaja kan nak kenakan aku?? Okay takpe. Kau ingat aku hamak sangat kerja dekat sini?? Banyak lagi syarikat yang nakkan pekerja macam aku ni"

Dahlia perasan dirinya seperti dipandang. Lantas dia memandang ke arah staff staff yang memandang ke arahnya. Pinggangnya dicekak.

PUJAAN HATI ENCIK TERUNA [COMPLETED]Where stories live. Discover now