SPECIAL CHAPTER 1

9.2K 407 46
                                    

Pagi pagi hari lagi Ayreen sudahpun bertungkus lumus menyediakan makanan di dapur. Sudah tentu la dia sedang menyediakan karipap untuk suaminya itu. Tiada karipap tiada la sarapan. Mengada!!

Sempat matanya mengerling ke arah pintu bilik tidur mereka. Kepalanya digeleng perlahan. Bukannya dia tidak tahu suaminya masih lagi belum bangun daripada tidur.

Siap sahaja Ayreen mengoreng karipap, langkahnya menuju ke arah bilik tidur mereka itu.

Pintu bilik itu ditolak perlahan. Sempat matanya mengintai ke arah suaminya yang masih nyenyak tertidur. Ayreen tersenyum nakal.

Terus dia berlari menuju ke katil. Dia mula melompat lompat di atas katil itu untuk mengejutkan suaminya itu. "Abang!!! Abang!!! Bangun!!" kejut Ayreen.

Iman terasa tidurnya diganggu, terus memisat matanya. Pandangannya tertumpu ke arah isterinya yang masih lagi melompat lompat. "Dear!! Awal lagi la. Abang nak tidur kejap"

Selimutnya ditarik hingga ke hujung rambut. "Abang!! Bukan ke abang cakap tak elok tidur lepas subuh. Nanti rezeki susah nak masuk. Tapi abang dua kali lima je" sindir Ayreen.

Iman bangun daripada tempat tidurnya itu sambil matanya masih dipejam. "Kan semalam abang tak dapat tidur. 5 kali ulang alik masuk tandas sebab muntah"

"Abang sakit ke?? Dah pergi klinik??"

Iman mengangguk kecil. "Tapi doktor cakap angin. Masalahnya dah seminggu abang macam ni tau"

"Abang ada rasa nak muntah lagi ke?? Kalau ada, jom je la pergi hospital. Saya call adik kejap suruh bawa kereta. Maklumlah saya kan tak pandai bawa kereta" kata Ayreen sambil tersengih.

Iman menggeleng. "Abang cuma nak ubat"

Dahi Ayreen berkerut. "Ubat?? Hmm okay la. Kejap saya ambikkan ubat untuk abang"

Baru sahaja Ayreen mahu melangkah, laju Iman menarik lengan Ayreen lalu dibawa ke pelukannya itu. Tubuh Ayreen dipeluk dengan lebih erat. Selesa.

"Abang?? Tadi abang suruh saya ambikkan ubat tapi kenapa sekarang abang peluk saya?? Macam mana saya nak ambik ubat??"

Iman tersenyum nakal. "Ini la ubat abang" Iman menggeselkan hidungnya di leher isterinya itu.

Laju Ayreen mencubit dada Iman. "Tak payah nak mengada. Cepat bangun. Saya ada masakkan abang karipap. Panas panas lagi tu. Sedap tau"

Bingkas Iman bangun daripada baringannya itu. "Karipap??" Kecur liurnya itu. Makanan kegemaran la katakan. "Nak nak. Kejap abang pergi mandi. Dear nak ikut sekali tak??" usik Iman.

Ayreen menjeling. "Hello. Saya dah mandi okay. Abang tu bau kepam!!" ejek Ayreen lalu menjelirkan lidahnya ke arah Iman.

"Ohh kepam ehh??" Laju Iman mendukung Ayreen lalu dibawa masuk ke dalam bilik air itu. Ayreen sudahpun menjerit kecil.

"Abang!!!!"

Selesai sahaja mereka membersihkan diri, mereka menuju ke ruang makan. Ayreen malu mencedok nasi goreng ke dalam pinggannya. Iman awal awal lagi sudah mencapai karipap.

"Ermm sedapnya. Terima kasih kesayangan abang" ucap Iman sambil mengusap lembut pipi isterinya itu. Ayreen hanya tersengih.

"Dear..." meleret Iman memanggil isterinya itu. "Abang kan teringin sangat nak makan karipap pusing. Kalau dear tak pandai buat pun takpe, kita pergi beli. Boleh kan??"

Ayreen sekadar mengangguk lemah. Dahinya turut berkerut. Hairan dengan sikap suaminya itu. "Sejak dua menjak ni kan, saya tengok selera makan abang lain macam la"

PUJAAN HATI ENCIK TERUNA [COMPLETED]Where stories live. Discover now