EPILOG

26.3K 885 525
                                    

SEBULAN KEMUDIAN,

Ayreen mula melangkah ke arah kubur yang sudah tumbuh rumput rumput hijau. Tikar yang dibawanya dihampar lalu dia duduk bertentangan dengan kubur itu.

Yassin ditangannya mula dibuka lalu dibacanya. Hanya angin sepoi sepoi bahasa menyapa tubuhnya saat dia membaca surah Yassin.

Selesai sahaja dia membaca Yasin , tangannya mula membersihkan kubur itu. Daun daun kering dikubur itu dibuang.

Matanya tertumpu ke arah batu nisan itu. Bibirnya turut mengukir senyuman. Tangannya mula mengusap batu nisan itu.

"Assalamualaikum, bidadaraku. Maaf sebab dah lama tak datang sini" ucap Ayreen sebelum dia menunduk.

"Tak pernah terlintas pun untuk saya membenci atau marah. Maafkan saya sebab terlalu membenci. Terima kasih sebab banyak sangat ajar saya tentang kehidupan. Jelas harini tak semua lelaki sama. Dia banyak ajar saya untuk tidak terus berdendam. Terima kasih sebab pernah bahagiakan saya walaupun sekejap. I love you. Semoga tenang disana. Tunggu saya ye....papa" ucap Ayreen lalu tersenyum lebar.

Matanya masih tertumpu ke arah nama yang terukir di batu nisan itu.

MOHD AATIF BIN RAHIM

LAHIR : 20 APRIL 1964
WAFAT : 4 JULAI 1999

Ayreen tersenyum kelat. "Ayong" sapa Adleena. "Ayong!! Cakap kejap je. Ini macam lama je. Ni kalau mama tau ayong dekat kubur , bising mama nanti. Dah la pakai baju putih nanti kotor macam mana"

Ayreen bingkas bangun daripada tempat duduknya. Laju tangannya menekup mulut adiknya itu. "Shutttt!!! Kau tak reti hormat ke?? Ini kubur tau. Sekali Allah tarik nyawa kau. Kau nak"

Adleena menepis tangan Ayreen. "Eyyy berpasir la mulut adik. Habis makeup adik. Adik baru je nak cantik cantik"

Ayreen menjeling. "Jom la ayong. Rasanya diorang dah sampai" Laju Adleena menarik lengan Ayreen.

"Ya Allah, cuba sabar. Ni tikar ni. Kang tak pasal pasal jadi barang wakaf dekat masjid ni" Adleena tersengih.

"Sorry la. Over excited" Ayreen menggeleng kepalanya. Tikar itu digulung. Sebelum Ayreen melangkah sempat dia mengusap batu nisan itu. "Kita jumpa lagi ye , papa?? Assalamualaikum" ucap Ayreen sebelum melangkah keluar dari kubur itu.

Matanya tertumpu ke arah Adleena yang sudah menunggunya di ruang kereta. "Cepat la ayong!!!"

"Sabar la budak. Tak menyabar betul" marah Ayreen. Kakinya laju melangkah memasuki kereta itu.

•••

Para tetamu sudah memenuhi ruang masjid itu. Lampu kamera juga berkelipan. Mata Ayreen tertumpu ke arah satu susuk tubuh lelaki yang membelakanginya. Bibirnya turut mengukir senyuman manis.

"Boleh kita mulakan?? Bismillah"

"Muhammad Iman Rizq Bin Firman"

"Ye saya"

"Aku nikahkan engkau dengan Nur Ayreen Ladeena Binti Mohd Aatif dengan mas kahwinnya RM1000 tunai"

"Aku terima nikahnya , Nur Ayreen Ladeena Binti Mohd Aatif dengan mas kahwinnya RM1000 tunai"

"Sah??"

"Sah"

"Alhamdulillah" Masing masing mula menadah tangannya. Sempat Iman menoleh ke arah Ayreen lalu mengerdipkan mata kirinya ke arah Ayreen.

Iman mula mendekati Ayreen saat selesai bacaan doa. "Assalamualaikum, cik isteri"

Ayreen tersengih. "Waalaikumussalam, encik suami"

PUJAAN HATI ENCIK TERUNA [COMPLETED]Where stories live. Discover now