BAB 39

11.5K 597 67
                                    

Pandangan Ayreen tidak lekang memandang ke arah pintu bilik itu. Hari ini langsung tidak kelihatan kelibat Iman. Sudah putus asakah dia??

Ayreen mendecis. "Aku nak kisah apa?? Bukan ke aku sendiri yang halau dia. Kalau dia taknak datang pun , alhamdulillah la kan??" omel Ayreen.

Satu keluhan berat dilepaskan. "Tapi aku nak dia..." Ayreen menunduk. Air matanya yang mengalir itu dikesat.

"Ahh Ayreen. Kau tak boleh macam ni. Kau kena belajar hidup tanpa dia. Dia tak boleh hidup dengan kau. Kau tak layak untuk dia. Cuba sedar diri sikit" omel Ayreen lagi.

Pintu bilik itu terbuka mula menarik perhatian Ayreen. Ayreen mengangkat wajahnya. Yang disangkakan adalah Iman namun hampa. Itu adalah Datin Saleha.

"Morning, Reen" sapa Datin Saleha. Kakinya melangkah menghampiri Ayreen. Ayreen mengucup lembut tangan wanita itu lalu mereka berpelukan.

"Reen sihat??" Ayreen mengangguk. "Reen dah makan??" Ayreen tidak menjawab. Takkan dia mahu menipu yang disudah makan. Makanan diatas meja itu jelas tidak disentuhnya.

Datin Saleha tersenyum lebar. "Mummy ada bawakan makanan. Nanti Reen makan ye. Mummy tau Reen takde selera nak makan makanan hospital kan?? Jadi mummy bawa dari rumah"

"Makanan ni Iman yang masak. Pagi pagi hari lagi dia dah bangun masak. Jarang tau dia nak bangun pagi , nak masak semua ni. Ni dia ada bekalkan roti juga. Dia cakap kalau Reen tak lalu makan nasi , Reen makan la roti. Reen ada gastrik kan?? Baik Reen makan. Mummy taknak Reen sakit"

Ayreen menggeleng perlahan. Dengar sahaja makanan itu dimasak oleh Iman, membuatkan dia hilang selera makan. "Reen takde selera"

"Tak boleh macam tu. Reen kena makan. Nanti perut tu masuk angin , siapa yang susah?? Lagipun Reen keluar hospital petang ni kan?? Macam mana kalau diorang tahan lagi?? Reen nak??" pujuk Datin Saleha.

Ayreen menggeleng. "Kalau macam tu Reen makan sikit ye?? Reen nak apa?? Nak roti ke nasi goreng ni??"

"Roti" jawab Ayreen dengan ringkas. Matanya memandang ke arah Datin Saleha. Roti ditangan wanita itu dihulurkan ke arah Ayreen.

Ayreen mencapai. Sesekali matanya memandang ke arah pintu bilik itu. Manalah tau Iman datang kan?? Datin Saleha tersenyum melihat Ayreen.

"Reen tunggu dia ke?? Dia tak datang pagi ni. Ada hal sikit katanya. Tapi Reen jangan risau. Mungkin petang ni dia datang"

Ayreen tersenyum kelat. "Takde la. Reen tak tunggu dia pun. Reen tunggu mama. Mama datang kan??"

Datin Saleha tersenyum. Ayreen memang tidak pandai menipu. Kepalanya digeleng perlahan. "Mama datang kejap lagi. Tadi dia cakap dekat mummy yang dia dah on the way" Ayreen mengangguk faham.

"Reen"

"Hmm"

"Reen gaduh dengan Im ke??" Ayreen tergamam. Laju kepalanya menggeleng. "Yeke?? Kalau tak , kenapa semalam Im tidur dekat kerusi luar?? Mama cakap dia nampak Im tidur dekat luar. Katanya nak tunggu Reen. Tapi dia boleh je kan tidur dekat sofa dalam bilik ni. Kenapa dia tidur luar?? Hairan mummy"

Ayreen tersentak. "Im tidur dekat kerusi luar?? Entah la mummy. Reen pun tak tau kenapa. Sebab Reen suruh dia balik. Kesian dekat dia tidur atas sofa tu. Nanti sakit badan" terang Ayreen.

Datin Saleha mengangguk faham. "Dia nak jaga Reen la tu" Ayreen tersenyum kelat. Datin Saleha mencapai tangan Ayreen lalu mengenggam erat.

"Reen , mummy tak pernah tengok anak mummy sayangkan perempuan sampai tahap macam tu sekali. Dia lebih sayangkan Reen daripada nyawa dia sendiri"

Ayreen terdiam. Dia akui Iman memang lain daripada lelaki lain. Seorang yang pentingkan kebajikan orang lain daripada diri sendiri. Iman memang seorang lelaki yang baik.

"Reen cintakan Im??" Ayreen tersentak. Kepalanya langsung tidak mengangguk dan menggeleng. Hanya senyuman kelat terukir di bibirnya.

•••

Iman melangkah masuk ke dalam bilik itu. Kelibat Ayreen langsung tidak kelihatan. Mungkin gadis itu berada di dalam tandas. Matanya tertumpu ke arah beg yang sudah siap dikemas.

Bunyi pintu bilik dibuka menarik perhatiannya. Lantas kepalanya diangkat. Kakinya melangkah menghampiri Ayreen. "Sini aku tolong"

Laju tangan Ayreen menepis. "Aku boleh jalan sendiri la. Aku bukannya lumpuh. Aku cuma kena perkosa je" sinis Ayreen.

Iman terdiam. Matanya memandang ke wajah Ayreen. Jelas mata Ayreen bengkak akibat seharian menangis. "Dah siap kemas??"

"Kenapa kau yang datang ambik aku?? Mana mama??" dingin Ayreen.

"Kereta mama rosak. Dia tak boleh nak ambik kau. So kau balik dengan aku. Kau tak payah risau , adik kau pun ada dalam kereta aku. Dia tunggu dekat situ" terang Iman.

Ayreen hanya mengekalkan riak wajah dingin. Langsung tiada senyuman terukir di bibirnya. "Okay" jawab Ayreen ringkas. Tangannya mula mencapai beg tangannya itu.

"Ayreen, kejap. Aku nak bincang something dengan kau"

Ayreen mendengus. "Bincang apa lagi?? Dah takde bende pun nak bincang , Iman"

"Please , Ayreen. Kalini je. Aku nak bercakap dengan kau" rayu Iman.

Ayreen merenung tajam ke arah Iman. "Hmm. Cakap la" Tangannya mula memeluk tubuh.

Iman terdiam sejenak. Wajah Ayreen ditenung lama. "Ayreen, sampai bila kita akan macam ni??"

"Maksud kau??"

"Bagi aku peluang Ayreen. Please. Aku rindukan Ayreen yang ceria , aku rindu ketawa dia. Aku rindu senyuman dia. Tolong kembalikan Ayreen yang dulu" rayu Iman.

Ayreen mendengus perlahan. "Ayreen yang lama dah mati sejak kau biarkan dia sorang sorang dekat rumah tu" dingin Ayreen.

"Tapi aku rindukan dia. Aku rindu dia sangat sangat. Aku mohon sangat. Jangan benci aku. Jangan tinggalkan aku lagi. Kau kebahagiaan aku , Ayreen. Mustahil aku boleh hidup tanpa kau" pujuk Iman.

"Boleh tak jangan nak mengarut?? Aku ni bukan perempuan suci lagi tau?? Kenapa kau masih nak dekat aku ehh?? Sebab kesian?? Aku tak perlukan simpati kau Iman. Aku boleh hidup sendiri" dingin Ayreen.

"Tapi aku cintakan kau. Aku sayangkan kau. Kau nyawa aku. Aku tak boleh lupakan kau , Ayreen. Tak boleh. Setiap masa , setiap detik , fikiran aku cuma ada kau. Aku tak boleh" Teresak esak Iman menangis.

Ayreen hanya memandang kosong. Air matanya turut mengalir. "Aku tak boleh, Iman. Maafkan aku. Aku tak boleh terima kau. Setiap kali mata aku tengok muka kau, hati aku sakit sangat. Aku jadi benci. Aku menyampah. Aku tak boleh, Iman"

Iman memandang ke arah Ayreen yang sudah teresak esak menangis. Ikutkan hatinya mahu sahaja dia memeluk gadis itu. Tetapi mereka masih belum halal.

"Jadi aku mohon sangat untuk kau tinggalkan aku. Aku dah tak perlukan kau. Tolong pergi dari hidup aku" rayu Ayreen.

"Ayreen..."

"Stop Iman. Aku dah taknak dengar apa apa. Telinga aku dah jijik nak dengar perkataan sayang , cinta. Aku jijik. Menyampah. Lepas je kau hantar kami balik , jangan berani tunjuk muka kau semula. Dan mulai hari ini aku berhenti kerja. Aku dah takkan kerja dekat situ lagi. Nanti aku akan buat surat. Jangan risau" dingin Ayreen.

"Ayreen..."

"Iman tolonglah. Aku taknak dengar apa apa dah. Tolong hormat keputusan aku" rayu Ayreen. Dia mula melangkah menuju ke pintu bilik itu. "Aku tunggu dekat lobi" kata Ayreen sebelum melangkah keluar dari bilik itu.

Iman menghempas punggungnya di atas katil bilik itu. Teresak esak Iman menangis. Sejujurnya dia tidak sanggup berpisah dengan gadis itu. Namun apakan daya , dia sendiri pun tidak mampu membuat apa apa. Benar kata Ayreen, dia perlu hormat keputusan gadis itu. Tetapi mampukah dia hidup tanpa Ayreen??










































PUJAAN HATI ENCIK TERUNA [COMPLETED]Where stories live. Discover now