BAB 42

12.7K 612 31
                                    

Ayreen membuka almari pakaiannya. Hari ini hari pertamanya bekerja semula selepas seminggu bercuti. Matanya tertumpu ke arah satu beg kertas. Lantas dia mencapai beg kertas itu.

Dia berfikir sejenak. "Bende apa ni??" Lantas dia memetik jarinya. "Macam mana aku boleh terlupa?? Ni hadiah yang Im bagi masa kitorang balik dari Cameron dulu"

Lantas Ayreen mengeluarkan isi dari beg kertas itu. Bibirnya mengukir senyuman. "Cantiknya tudung ni. Pandai awak pilih Iman" puji Ayreen.

Ayreen menuju ke arah almari pakaiannya. Baju kurungnya dicapai satu persatu. Bibirnya mengukir senyuman manis sebelum mencapai satu baju kurung yang berkenan di hatinya.

Sementara itu, Iman memberhentikan keretanya di hadapan rumah Ayreen. Tangannya mengerling ke arah jam tangannya. Cermin mata hitamnya diturunkan ke hujung hidung lalu matanya memandang ke arah halaman rumah Ayreen.

Kelibat Ayreen masih lagi belum kelihatan. Dia mengambil keputusan untuk keluar dari keretanya. Sambil itu tangannya bermain dengan telefon pintarnya.

Ayreen yang baru sahaja keluar dari rumahnya , tersenyum melihat kelibat Iman. Perlahan lahan kakinya melangkah menghampiri lelaki itu.

Ayreen berdeham kecil. "Assalamualaikum, bakal suami"

Iman menoleh. Tiba tiba dia terpaku apabila melihat Ayreen dihadapannya. "Waalaikumussalam" ucap Iman sambil matanya tidak lekang memandang Ayreen.

Ayreen hanya tersenyum manis. Dia perasan mata Iman tidak lekang memandang ke arahnya. Dia berdeham semula.

"Awak , awak tau tak , berdosa tau lelaki pandang perempuan lama lama macam tu. Apatah lagi kalau cara dia pandang macam awak pandang saya. Boleh jatuh zina mata" tegur Ayreen.

Iman tersedar. Lantas dia menutup matanya. "Kau yang goda aku Ayreen. Aku bawa kau jumpa tok kadi kang baru tau"

Laju tangan Ayreen menampar lengan Iman. "Mengada. Jom pergi office. Nanti kena terkam dengan bos singa. Baru tau" Mereka ketawa kecil lalu melangkah masuk ke dalam kereta.

Sepanjang perjalanan mereka ke pejabat , mereka sempat berbual kosong. Kadang kala Iman mengusik Ayreen.

"Ayreen, aku suka tengok pakaian kau. Kau nampak manis bila berbaju kurung. Bertudung labuh. Aku rasa aku belum pernah tengok kau pakai tudung bawal kan. Ini baru pertama kali kau pakai. Selalunya kau pakai tudung lilit lilit. Naik lemas aku tengok"

Ayreen ketawa kecil. "Saya saje nak pakai baju kurung. Saya rasa macam nak tutup aurat dengan sempurna. Saya nak belajar jadi perempuan yang baik. Jadi isteri yang baik dan taat pada suami saya"

"Comel je tunang aku ni. Tapi kau dah cukup baik dah Ayreen. Dah cukup sempurna untuk aku"

"Walaupun dah kotor??" uji Ayreen.

"Dear , aku kan dah cakap jangan cakap macam tu lagi. Jangan sampai aku stapler mulut kau nanti" Ayreen memuncungkan bibirnya tanda merajuk. Iman hanya tersengih lalu menggelengkan kepalanya perlahan.

•••

Kaki Ayreen melangkah menuju ke pantri pejabat itu. Kelihatan kelibat Elisa sudah berehat di situ. Elisa mengangkat wajahnya lalu tersenyum ke arah Ayreen.

"Amboi makin berseri seri ye. Maklum la pengantin baru" tegur Elisa.

Ayreen ketawa kecil. "Pengantin baru apanya?? Baru tunang la awak" Ayreen mengambil tempat duduk di sebelah Elisa.

Elisa mencebik. "Tapi saya nampak awak ni macam aura aura pengantin baru tau. Senyuman pun manis je. Sejuk mata saya memandang"

Ayreen tersengih. "Tapi awak ni tak baik la. Kenapa sorokkan hubungan korang berdua?? Saya dah agak. Awak dengan Encik Iman mesti ada apa apa. Sampai hati awak rahsiakan dari saya"

PUJAAN HATI ENCIK TERUNA [COMPLETED]Where stories live. Discover now