BAB 9

17.2K 773 36
                                    

Dari dalam bilik lagi , Adleena dapat menghidu bau sesuatu yang agak menyelerakan. Matanya memandang ke arah jam dinding. "Baru pukul 6 pagi. Siapa yang masak??" hairan Adleena.

Lantas dia menuju ke dapur. Matanya tertumpu ke arah kakak sulungnya itu. Bukan main memasak sambil tersengih sengih. Seperti orang sedang agau bercinta.

"Ayong , awal masak. Masak apa tu??" sapa Adleena.

Ayreen menoleh. "Kau ni buat terkejut aku la. Nasib baik tak tercampak kuali ni dekat kau"

Adleena mencebik. "Mana tak terkejutnya kalau seronok berangan. Ayong tengah teringatkan Tengku Darwish ekk??" usik Adleena.

Terus berubah riak wajah Ayreen. Dia menjeling ke arah adiknya itu. "Takde maknanya ayong nak teringatkan dia. Buang masa je" dingin Ayreen.

"Mana la tau. Tiba tiba berubah hati ke. Tiba tiba tersuka dekat Tengku Darwish ke. Apa salahnya. Tengku Darwish tu dah la handsome. Kaya. Untung tau ayong kahwin dengan dia. Anak ayong free free je dapat gelaran tengku"

Ayreen menjeling. Perbualan adiknya itu dihiraukan. Yang dia fikir sekarang adalah makanan makanan yang akan dibawa berkelah nanti. Rasa macam tak sabar pula. Maklumlah dah lama tak berkelah.

"Ayong , jawab la adik tanya ni"

Lamunan Ayreen terhenti. Bola matanya diputarkan. "Ayong nak keluar kejap lagi. Nak pergi picnic"

"Pergi picnic?? Nak ikut ayong. Please" rayu Adleena. Matanya dikerdip beberapa kali.

"Sorry adik tapi kalini memang tak boleh. Ayong nak keluar berdua dengan dia sahaja"

Dahi Adleena berkerut. "Keluar berdua?? Haa ayong dah ada boyfriend ekk. Siapa siapa?? Bagitau la adik. Adik nak tau" Tubuh kakaknya digoncang.

"Ish kau ni. Kitorang kawan je la"

"Mesti lelaki kan?? Sebab tu ayong taknak bagi adik ikut. Ayong suka dia kan??" usik Adleena.

"Dia perempuan la" tipu Ayreen. Melihat lirikan mata adiknya itu membuatkan Ayreen sedikit gerun. "Dia...dia perempuan jadian. Alaa yang macam ni" Sengaja dia lembutkan tangannya.

"Pondan?? Eyy apa ayong ni?? Takde taste langsung. Kot ye pun takde rasa suka dekat lelaki tak payah la suka pondan" marah Adleena.

Ayreen menahan tawanya. "Biar la ayong nak suka siapa pun. Sibuk je. Ni kau nak ikut ke tak?? Kalau kau nak ikut , pergi bersiap"

Laju Adleena menggeleng. "Taknak la. Geli je. Eyyyy nak muntah" jawab Adleena lalu berlari masuk ke dalam biliknya.

Ayreen ketawa kecil. "Itu la sibuk lagi. Padan muka" omel Ayreen. Beberapa ketul karipap dimasukkan ke dalam bekas makanan.

•••

Iman dan Ayreen melangkah menuju ke satu tempat. Kata Iman tempat special. Nak taknak Ayreen hanya menurut. "Jangan bukak mata lagi. Sabar sabar. Aku kira 123 baru kau bukak"

"Okay , 123 bukak mata"

Perlahan lahan Ayreen membuka matanya. Bibirnya mengukir senyuman saat melihat hiasan dihadapannya. "Cantik tak?? Semua ni aku yang setup tau"

Ayreen mengangguk. Dalam hatinya tidak berhenti memuji hiasan itu. Terlampau cantik. Dengan tikar terbentang diatas rumput itu. Dengan adanya tiga kuntum bunga mawar diatas tikar itu. Sedikit sebanyak membuatkan Ayreen sedikit terharu.

Mereka duduk diatas tikar tersebut. "Kau bawa apa??"

Ayreen tersenyum lalu menghulurkan bekas makanan pada Iman. "Saya bawa kuih kegemaran awak. Karipap"

PUJAAN HATI ENCIK TERUNA [COMPLETED]Where stories live. Discover now