BAB 50

13.6K 596 24
                                    

Bergegas mereka bergerak menuju ke wad kecemasan. Kelihatan Thaqif serta Uqasha sedang menanti di hadapan wad tersebut. Lantas mereka menghampiri mereka berdua.

"Qasha , Qiff. Macam mana boleh jadi macam ni??" soal Datin Saleha.

Uqasha memandang ke arah Ayreen yang menunduk. "Tengku Darwish" Ayreen tersentak. "Dia terlepas waktu polis nak bawa dia ke mahkamah untuk pembicaraan. Tapi jangan risau , polis dah dapat tangkap dia semula"

Ayreen menghampiri Uqasha. "Iman macam mana....??" Air matanya sudah bertakung.

Uqasha hanya menggeleng. "Kami masih tak tau. Doktor tengah rawat dia lagi. Don't worry, pretty. Trust him" pujuk Uqasha.

"Tapi I takut...." Laju air matanya mengalir. Yang dirisaukan adalah keselamatan Iman sekarang. Harap harap semuanya baik baik sahaja.

"Don't cry. I percaya Iman kuat untuk you. Dia kuat untuk kita semua. I kenal Iman" pujuk Uqasha.

Pintu wad itu terbuka. Kelihatan seorang doktor lelaki baru sahaja keluar dari bilik kecemasan itu. "Waris Encik Iman??"

Datin Saleha mendekati doktor itu. "Saya ibu dia. Macam mana keadaan anak saya??" Ayreen turut mendekati Datin Saleha. Lengan wanita itu dipeluk erat.

"Keadaan Encik Iman sekarang kritikal. Dia kehilangan banyak darah di bahagian kepala. Oksigen pun drop 60%. Jadi kami terpaksa masukkan dia ke ICU untuk sementara waktu sehinggalah status dia stabil" terang doktor itu.

"Dia akan okay kan doktor??" soal Ayreen.

Doktor itu terdiam seketika. "Insyaallah. Banyakkan berdoa"

"Boleh kami melawat Iman??" soal Uqasha pula.

"Boleh tapi jangan ramai ramai ye. Hanya 2 orang sahaja. Kalau takde apa apa saya minta diri dulu" Doktor itu mula melangkah meninggalkan kawasan itu.

"Mummy, Reen nak tengok Im" pinta Ayreen.

Datin Saleha mengangguk. "Mari mummy teman" Mereka mula melangkah menuju ke wad tersebut.

Mata Ayreen tertumpu ke arah wayar yang berselirat di tubuh Iman. Bunyi mesin memecah suasana sunyi bilik itu. Ayreen menghampiri Iman.

Air matanya bertakung saat melihat Iman yang sudah terbaring kaku. "Iman , saya datang. Saya dah datang. Bangun la" separuh bisik Ayreen berkata.

"Saya tunggu awak tadi. Tapi awak tak datang. Yang datang hanyalah khabar buruk tentang awak"

"Kenapa sampai tahap macam ni Allah uji kita?? Lepas satu , satu ujian yang kena hadap. Saya tak kuat Iman. Tengok tubuh awak yang terbaring kaku. Dengan wayar memenuhi badan awak. Saya tak kuat"

Datin Saleha mengusap belakang badan Ayreen. "Reen, tak baik cakap macam tu nak?? Sabar ye. Kita sama sama doakan Iman ye. Mudah mudahan, Iman cepat sembuh"

"Macam mana kalau Im tinggalkan Reen my??"

"Jangan cakap macam tu , Reen. Kita doakan yang baik baik. Mummy tau anak mummy kuat. Reen pun kuat kan??" pujuk Datin Saleha.

"Macam mana Reen nak kuat kalau kekuatan Reen tengah terbaring macam ni mummy??"

Pertanyaan Ayreen tidak dijawab. Tubuh Ayreen dipeluk erat oleh wanita itu. Air matanya juga mengalir lebat apabila melihat anaknya itu terbaring kaku. Ibu mana yang tak sedih melihat keadaan anak begitu??

•••

Puan Athirah melangkah masuk ke bilik wad itu selepas Datin Saleha keluar dari bilik wad tersebut. Matanya tertumpu ke arah anak sulungnya yang sudah merebahkan kepalanya di sisi Iman.

"Ayong" panggil Puan Athirah namun panggilan itu tidak disahut. Dia melangkah menghampiri anaknya itu. "Ayong"

Tangannya mula memegang tangan anaknya itu. Dahinya mula berkerut. Dahi Ayreen disentuh. Panas. "Ya Allah, ayong. Ayong demam ni nak. Kita keluar dulu. Ambik ubat lepastu kita balik ye. Seharian ayong dekat sini. Mari nak"

Laju Ayreen menggeleng. "Taknak. Ayong nak duduk sini. Ayong nak teman Iman"

"Tapi ayong demam. Kita kena pergi check. Ambik ubat. Ayong kena rehat"

Teresak esak Ayreen menangis. "Ayong tak nak pergi. Ayong nak duduk sini" berkeras Ayreen.

"Jangan macam ni sayang. Ayong kena rehat. Nanti demam ayong makin melarat macam mana?? Jom ayong" pujuk Puan Athirah.

Ayreen menggeleng. "Macam mana kalau Iman tinggalkan ayong?? Macam mana kalau ayong tak sempat jumpa Iman nanti??"

"Ayong jangan cakap macam tu. Iman kan kuat. Dia boleh lawan. Dia boleh. Ayong jangan macam ni. Ayong tak sihat. Mari kita balik dulu ye" pujuk Puan Athirah lagi.

"Ayong takut. Ayong takut hilang Iman. Ayong taknak pergi"

"Ayong tak boleh macam ni. Ayong kena bagi Iman rehat juga. Mari kita pergi jumpa doktor dulu. Nanti kita datang sini balik ehh??" pujuk Puan Athirah.

Ayreen hanya mengangguk setuju. Kaki mereka mula melangkah keluar dari bilik itu. Tiba tiba Ayreen rebah ke lantai. "Ya Allah, ayong!!!"

•••

Ayreen membuka matanya. Matanya memandang sekeliling. Kawasan itu dipenuhi dengan cahaya putih. Ayreen mula melangkah mencari jalan keluar dari kawasan itu.

Tiba tiba matanya tertumpu ke arah susuk tubuh seorang lelaki yang membelakanginya. "Iman??"

Lelaki itu langsung tidak menoleh malah lelaki itu mula melangkah meninggalkannya. Laju Ayreen mengejar lelaki itu. "Iman!!! Jangan tinggalkan saya"

Tiba tiba bayangan Iman hilang dari pandangannya. Ayreen mencari kelibat Iman di sekeliling kawasan itu namun tiada. "Iman?? Iman!!! Mana awak?? Iman , jangan tinggalkan saya" teresak esak Ayreen menangis.

"Ayong??"

Ayreen tersedar dari tidurnya. Matanya memandang sekeliling sebelum dia memandang ke arah Adleena. "Ayong dekat mana ni?? Abang Im mana?? Ayong nak jumpa dia"

"Ayong. Ayong dekat hospital sekarang. Ayong ingat tak?? Tadi ayong pengsan. Ayong rehat ehh. Ayong demam ni"

Laju Ayreen menggeleng. "Taknak. Ayong nak jumpa abang Im. Ayong taknak hilang abang Im. Ayong nak ada disisi abang Im"

"Ayong jangan risau. Dekat sana ada abang Qasha , abang Qiff , mummy, mama semua ada. Diorang boleh jaga abang Im. Sekarang ni ayong rehat. Badan ayong panas sangat ni" pujuk Adleena.

"Tapi ayong nak jaga abang Im"

"Ayong. Ayong kena rehat. Ayong ingat ayong boleh masuk bilik abang Im ke kalau keadaan ayong macam ni?? Silap silap kena halau dengan nurse tau. Ayong rehat dulu ehh. Sini , kita makan. Seharian ayong tak makan. Perut tu dah kosong. Nanti gastrik datang macam mana??"

Ayreen merebahkan kepalanya semula. Air matanya jatuh ke pipinya. "Ayong , makan la sikit"

Ayreen hanya menggeleng. "Ayong jangan macam ni. Jangan degil boleh tak?? Ayong tau tak semua orang risaukan ayong sekarang ni. Ayong ingat abang Im akan suka ke kalau sikap ayong macam ni"

Ayreen tersentak. Teresak esak dia menangis. "Kau tak faham , adik. Kau takkan faham. Abang Im adalah nyawa ayong. Macam mana ayong nak hidup kalau nyawa ayong...." Ayreen gagal menahan sebak. Semakin lebat tangisannya dilepaskan.

"Ayong memang tunang yang tak guna. Dia sakit , terlantar dekat sana. Tapi ayong masih tak buat apa apa. Ayong masih dekat sini"

"Sebab tu adik suruh ayong rehat. Makan ubat. Kalau ayong dah sihat, boleh la ayong jaga abang Im kan?? Ayong makan sikit ehh??" pujuk Adleena lagi.

Ayreen menggeleng. Matanya mula terpejam rapat. Dia masih berharap kejadian itu hanya la satu mimpi ngeri yang dialaminya. Harap harap bila dia sudah terjaga dari tidurnya, Iman sudah berada disisinya sambil mengukir senyuman manis. Tetapi itu hanyalah satu khayalannya sahaja. Kenyataannya, Iman masih terbaring di hospital itu.






























PUJAAN HATI ENCIK TERUNA [COMPLETED]Where stories live. Discover now