LAST SPECIAL CHAPTER

11.9K 477 47
                                    

Pandangan Ayreen tertumpu ke arah luar tingkap. Bibirnya turut mengukir senyuman lebar. Terasa tidak sabar pula ingin melihat semua kejutan Iman.

Kata Iman, dia ingin membawa Ayreen ke beberapa tempat. Bila ditanya hanya dijawab 'kejutan'.

Keretanya diberhentikan di kawasan Sekolah Kebangsaan Wangsa Maju Seksyen 1. Dahi Ayreen berkerut. "Sekolah?"

Iman tersengih. "Jom kita keluar" Mereka mula melangkah keluar daripada kereta itu. Pandangan Ayreen tidak lekang memandang sekolah itu.

"Ingat lagi tak sekolah ni?"

Laju Ayreen mengangguk. "Mestilah ingat"

Iman tersengih. "Dulu setiap kali pergi dan balik dari sekolah, mesti abang akan berjalan bersama seorang budak kecik ni. Namanya Ayreen Ladeena. Hampir setiap hari abang dengan dia. Berjalan sambil memimpin tangan. Sehinggalah dekat sini, tempat yang abang berdiri ni, tempat dimana abang luahkan rasa cinta abang pada seorang budak perempuan yang berumur 9 tahun dan namanya Ayreen Ladeena" kata Iman.

Ayreen tersenyum lebar. "Dan waktu tu juga kita sama-sama berjanji untuk membina sebuah mahligai bila usia kita sudah dewasa. Yes, we made it" kata Ayreen pula.

Mereka ketawa. "Bila dear dah tak bersekolah dekat sini, abang sedih sangat. Dah takde lagi budak kecik yang abang nak lindungi setiap kali dibuli. Dan lepas daripada tu abang pilih untuk jadi buaya. Tapi kejap je la. Sekadar main main"

Ayreen mencebik. "Jadi abang main main ke dengan saya?"

Iman tersengih. "Sejak abang lafaz nama dear sewaktu kita nikah, itu menandakan abang betul-betul serius dalam perhubungan kita"

Ayreen memutarkan bola matanya. Ayat la tu. Dia mengeluh kecil. "Rasa rindu pula dengan zaman sekolah. Pergi sekolah pagi-pagi. Pergi perhimpunan, belajar. Semua la rindu"

"Abang pun sama...Rindu nak buli orang, nak ayat budak perempuan. Memori betul"

Laju tangan Ayreen mencubit perut Iman. "Gatal!! Merajuk la!!" Ayreen memuncungkan bibirnya.

"Ala jangan la. Nanti siapa nak kawan dengan abang?" Kedua-dua belah mata Iman dikerdip berkali-kali. "Jom abang bawa dear jalan-jalan dekat kawasan sekolah ni. Dear mesti rindu kan?"

Laju Ayreen mengangguk. "Nak!! Tapi boleh ke?"

Iman tersengih. "Sebenarnya abang dah sewa sekolah ni untuk abang bawa dear jalan-jalan dekat sekolah ni. Alhamdulillah lepas. Jom masuk"

Mulut Ayreen melopong. "Abang sewa?"

Laju Iman mengangguk. "Sebab tu sekarang ni sekolah ni sunyi. Sebab abang dah sewa. Jadi diorang tak perlu la datang sekolah. Ala diorang mesti suka punya tak datang sekolah"

"Jom? Nak ikut abang tak?" Iman menghulurkan tangannya itu ke arah Ayreen.

Laju Ayreen mengangguk. Lantas tangannya mencapai tangan Iman lalu melangkah masuk ke dalam sekolah itu. Sempat Iman mengangkat tangannya pada pegawal keselamatan sekolah itu tanda hormat.

"Assalamualaikum, Encik Iman dan Puan Ayreen. Selamat menikmati honeymoon anda" ucap pegawal keselamatan itu lalu ketawa kecil.

Ayreen turut ketawa kecil. "Encik Iman ada cakap dia booking sekolah ni disebabkan nak honeymoon dengan Puan Ayreen. Bertuah Puan Ayreen sebab dapat suami macam Encik Iman ni"

Iman tersengih. "Kami masuk dulu ye?" Pegawal keselamatan itu sekadar mengangguk.

Iman mula membawa Ayreen bersiar-siar di kawasan sekolah itu. Pelbagai jenis tempat dibawa oleh Iman. Dari padang hinggalah ke bilik darjah.

PUJAAN HATI ENCIK TERUNA [COMPLETED]Where stories live. Discover now