BAB 16

13.2K 634 65
                                    

Iman melangkah keluar daripada bilik penginapannya itu. Pintu bilik itu juga dikunci sebelum dia keluar daripada kawasan penginapan itu. Sambil itu matanya tertumpu ke arah telefon pintarnya.

"Hi Iman"

Sapaan itu membuatkan Iman mengangkat wajahnya. Terkejut dibuatnya apabila melihat Dahlia berada dihadapannya. "Kau buat apa dekat sini??"

Dahlia tersenyum. Tangannya memeluk tubuh. "Saja. Nak bercuti. Hilangkan stress. Tak sangka kan kita boleh terjumpa dekat sini. Macam jodoh pula"

Iman merenung tajam ke arah Dahlia. "Are you sure?? Setiap kali aku pergi outstation mesti terserempak dengan kau. Kenapa ehh??"

"Like I said, maybe jodoh"

Iman ketawa sinis. "Jodoh ke bodoh?? Dah la tepi. Aku kena pergi side"

Baru sahaja Iman mahu melangkah pergi, tangan Dahlia mencapai tangan Iman. "Ala you ni. Boring la. Jom teman I. Kita jalan jalan, shopping ke. Kan best. Lagipun you bukannya suka serius sangat dalam bekerja kan?? Ala Thaqif mesti akan faham"

Iman meleraikan pegangan tangan Dahlia itu. "Ini amanah. Tanggungjawab aku. Mana boleh main langgar je. Kau ingat aku macam kau ke??"

Iman mencekak pinggangnya. "Aku perasan something tentang kau ni. Kau macam banyak sangat berubah. Dari segi pakaian kau, panggilan kau. Kau tak reti hormat aku sebagai bos kau ke??"

Dahlia tersenyum manis. "Ala kita kan dekat luar pejabat. Takkan nak panggil encik lagi kan??"

Iman mengeluh berat. "Ikut kau la. Aku gerak dulu" Sekali lagi Dahlia menghalang daripada Iman terus melangkah. Iman mendengus. "Kau nak apa lagi??"

"Kenapa ehh you tak pernah bagi I peluang macam perempuan perempuan lain?? I jadi macam ni sebab you tau. I nak perhatian you. Tapi you langsung tak pandang I. Why?? Apa lagi tak cukup??"

"Aku tak suka perempuan macam kau. Terkejar kejar lelaki sampai hilang maruah. Kau jangan ingat aku tak kenal kau siapa Dahlia. Last warning dari aku. Jangan ganggu aku lagi. Aku ni masih ada belas kesian dekat kau lagi tau" kata Iman sebelum melangkah keluar dari kawasan itu.

Dahlia mendengus. "Tak guna" Rambutnya diraup kasar. Bermacam macam masalah bermain difikirannya termasuklah peristiwa dia dirogol oleh Tengku Darwish. Apa yang ditakutkan adalah jika dia mengandung.

"Aku akan pastikan kau bertanggungjawab atas semua ni"

•••

Telefon pintar Ayreen berdering selepas Ayreen selesai memesan makanan. Siapa lagi yang call kalau bukan Iman. Ini masuk kali ke 10 , lelaki itu membuat panggilan.

Ayreen lantas menjawab panggilan video itu. "Assalamualaikum, ye awak. Ada apa call saya?? Siap video call lagi"

Iman tersengih. "Waalaikumussalam, aku rindu kau la, dear. Rindu pula aku nak tengok mata kau yang seksi tu"

Ayreen menjeling. "Ada ada je awak ni kan"

Iman tersengih. "Kau dekat mana?? Dah makan ke??"

"Dekat restoran ni haa. Tengah tunggu makanan sampai. Tengok ni. Saya makan sorang je tau"

Iman tersenyum. "Good girl. Tapi kenapa tak ajak Elisa teman?? Takde la kau bosan sangat"

"Elisa ada hal. Kejap lagi baru dia datang. Ala kalau ada dia , awak tak boleh nak video call saya kan kan??"

Iman tersengih. "Aku okay je. Tapi kau tu. Asyik nak sembunyikan dari orang je. Apa yang ditakutkan pun tak tah"

PUJAAN HATI ENCIK TERUNA [COMPLETED]Where stories live. Discover now