BAB 3

19.8K 867 22
                                    

Bunyi kekecohan dari dapur menarik perhatian Ayreen. Pasti Adleena mengacau ibunya. Mana boleh duduk diam.

Mata Ayreen tertumpu ke arah Adleena dan Puan Athirah sedang sibuk memasak. Adakalanya Adleena mengusik ibunya. Memang meriah la dapur itu dengan suara mereka berdua.

"Amboi bukan main meriah lagi. Ada apa apa ke??" tegur Ayreen sambil memeluk tubuh.

Puan Athirah menoleh. "Ehh ayong. Dah bangun?? Mari la kita breakfast sama sama. Makanan pun dah siap. Tunggu nak hidang je" pelawa Puan Athirah.

Dulang ditangannya dibawa ke meja makan. Ayreen turut membantu mereka berdua menghidang makanan. Siap makanan terhidang , masing masing mula menjamu selera.

"Ayong , bila nak pergi interview kerja?? Sempat ke makan tengahari??" Puan Athirah mula bersuara.

Ayreen tersentak. Bibir bawah digigit. Mana taknya. Semalam dia menipu ibunya bahawa dia mendapat kerja di sebuah syarikat. Semuanya kerana tidak mahu kerja bersama Tengku Darwish. Lelaki paling annoying dalam hidupnya.

"Ayreen dah dapat kerja ke?? Kalau belum , syarikat kawan Iman. Dengar cerita tengah cari pekerja" Datin Saleha mula bersuara saat masing masing mendiamkan diri.

Belum sempat Ayreen menjawab , Tengku Darwish menyampuk. "Ohh you tengah cari kerja ke?? Kalau macam tu apa kata you kerja dengan I je. Lagi best. Dan yang penting , I boleh tengok tengokkan you"

Ayreen tersenyum kelat. "Ermm tak kot. Sebenarnya saya dah dapat kerja dekat sebuah syarikat ni. Esok saya pergi interview" tipu Ayreen. Hakikatnya belum ada satu syarikat lagi yang di memohon. Baginya dia mahu berehat dahulu dari dunia pekerjaan.

"Kalau you kena reject nanti you kerja la dengan I. Pasal gaji jangan risau. You cakap je berapa. I boleh bayar"

"Walaupun 1juta?" uji Ayreen. Pertanyaan Ayreen itu hanya dibalas dengan ketawa.

"Haa ayong jangan cakap ayong tipu je semalam. Tak baik tau ayong. Kesian dekat Tengku Darwish tu. Dia nak tolong , ayong tolak pula" marah Adleena.

"Ayong bukan apa. Ayong tak selesa la dengan dia. Dia tu pandang ayong macam nak telan. Takut ayong. Buatnya dia ngap ayong macam mana??"

"Ayong ngap la dia balik" jawab Adleena lalu ketawa kecil. Ayreen merenung tajam ke arah adiknya itu. "Tapi kan mama. Tengku Darwish tu handsome juga kan. Untung siapa jadi isteri dia. Kalau ayong taknak apa kata mama pass je dekat adik"

Lantas Ayreen mencubit lengan Adleena. "Kau tak payah nak gedik sangat. Ingat. Kau baru je umur 21 tahun. Tak payah nak over nak bercinta. Masak pun terkial kial lagi. Ada hati nak kahwin" kutuk Ayreen.

Adleena menjeling. "Mama tengok ayong ni"

Puan Athirah menggeleng kepalanya. Matanya tertumpu ke arah anak sulungnya itu. "Ayong suka Tengku Darwish tak??" uji Puan Athirah.

Dahi Ayreen berkerut. Lantas dia menggeleng laju. "Dia tu macam sesuatu la. Taknak la suka. Lagipun mama lupa ke. Ayongkan anti lelaki. Ayong taknak ada kena mengena dengan kaum lelaki"

Puan Athirah menggeleng. "Sampai bila ayong?? Allah dah jadikan kita hidup berpasangan. Nak taknak nanti ayong kena terima pasangan hidup ayong. Sampai bila ayong nak jaga mama?? Jaga adik?? Ayong pun ada kehidupan ayong kan??"

Tangan Puan Athirah digenggamnya. "Mama , mama dan adik adalah kehidupan ayong. Ayong dah tak perlukan sesiapa. Ayong cuma perlukan korang berdua"

"Habistu Iman Rizq macam mana pula??" uji Puan Athirah. Kedua dua belah keningnya diangkat berkali kali.

PUJAAN HATI ENCIK TERUNA [COMPLETED]Where stories live. Discover now