BAB 2

22.4K 879 27
                                    

Khusyuk Dahlia menaip papan kekunci. Sesekali matanya tertumpu ke arah bilik kerja Iman. Matanya mengerling ke arah jam tangannya. Sudah pukul 10 pagi namun bayang Iman masih belum kelihatan.

Salima yang khusyuk melakukan kerjanya tiba tiba tertumpu ke arah Dahlia seperti cacing kepanasan. Lantas dia mendekati Dahlia. "Mencari pujaan hati ke tu??" sapa Salima. Dahlia tersengih.

Iman Rizq. Lelaki pujaan sejak dari bangku sekolah lagi. Wajah Iman yang putih melepak persis cina , mempunyai kening yang lebat serta hidung yang agak mancung membuatkan Dahlia tertarik dengan lelaki itu. Tambahan lagi ketinggian lelaki itu 185 cm. Memang cukup pakej menjadi lelaki pujaan para wanita.

Tetapi Iman langsung tidak pernah nampak kewujudannya. Pelbagai cara dia lakukan untuk menggoda lelaki itu namun semuanya tidak menjadi.

"Ermm mana dia??"

"Macam la kau tak kenal perangai Encik Iman. Dia mana pernah melekat dalam bilik dia. Tak ke bilik bos , dekat luar. Itu saja. Entah entah dia dekat luar tengah mengayat awek. Kau pun kenal kan perangai "buaya" Encik Iman tu macam mana"

Terus berubah riak wajah Dahlia. Perasaan cemburu mula timbul. Mana taknya , Iman tidak pernah melayan Dahlia seperti gadis gadis lain. Wajahnya juga tidak dipandang setiap kali bercakap.

"Sal" meleret Dahlia memanggil rakannya itu. Salima mengeluh. Dia tahu pasti ada udang disebalik batu. Bukannya dia tidak dapat membaca akal fikiran rakannya itu.

"Apa??"

"Ermm kau kan dah nak berhenti jadi PA Encik Iman kan?? Apa kata jawatan kau tu , kau pass dekat aku?? Tolong la. Aku nak sangat jadi PA dia" cadang Dahlia. Kedua dua belah matanya juga dikerdip beberapa kali.

"Kenapa kau beria sangat nak jadi PA dia?? Dari haritu lagi kau minta. Apa kerja kau tak menyeronokan ke??" hairan Salima. Mana taknya , ini kali ke 54 , Dahlia merayu.

Dahlia tersengih. "Best memang la best tapi....lagi best kalau nampak pujaan hati depan mata. Pergi mana mana dengan dia. Haihh" Dahlia menongkat dagunya sambil tersengih. Sempat lagi dia berangan angan dapat bersama Iman.

"Tak payah nak berangan sangat. Kalau kau nak tau , selama aku kerja dengan dia , aku tak pernah ikut dia pergi outstation ataupun keluar jumpa client. Selalunya dia yang pergi seorang. Dia bukannya suka keluar dengan pekerja dia"

"Ala takpe. Janji aku dapat bertentang mata dengan dia. Kau cakap la dekat dia yang aku nak jadi PA dia. Please" rayu Dahlia.

"Tak boleh jugak. Aku dengar bos nak open interview untuk jawatan aku tu. Kau tau kan bos dengan Encik Iman macam mana?? Kalau kau nak sangat jawatan tu apa kata kau jumpa bos sendiri. Aku taknak terlibat" Bukan apa sebenarnya dia gerun ingin bertentang mata dengan Thaqif Jabar. Tak pasal pasal dapat maki free.

"Ala kau cakap je la dengan Encik Iman. Mesti Encik Iman dengar cakap kau. Kau kan pekerja kesayangan dia. Kalau kau bagitau dia yang aku nak jadi PA dia , mesti interview tu dibatalkan kan?? Ala bos mesti takkan marah punya. Kan Encik Iman rapat dengan bos" pujuk Dahlia lagi.

Laju Salima menggeleng. "Taknak aku. Aku taknak ambil risiko. Kau nak , kau pergi cakap sendiri. Aku sambung buat kerja aku dulu. Bye" Lantas dia melangkah ke mejanya semula. Tidak sanggup duduk disitu lama lama. Makin merapu Dahlia nanti.

•••

Iman tersenyum sambil melihat sekeping gambar yang terpampar di skrin telefonnya. Ayreen Ladeena. Entah mengapa tiba tiba dia rindu pada gadis itu. Agaknya gadis itu masih bujang ataupun sudah berumah tangga?? Entah entah sudah mempunyai anak. Maklumlah sudah 21 tahun mereka berpisah. Semuanya tidak mustahil.

PUJAAN HATI ENCIK TERUNA [COMPLETED]Where stories live. Discover now