BAB 19

12.2K 619 38
                                    

Ayreen membetulkan tudungnya sebelum melangkah keluar dari bilik tidurnya itu. "Mama , ayong pergi kerja dulu tau"

"Ayong taknak breakfast dulu?? Mama dah masak ni" Kaki Puan Athirah mula melangkah mendekati anak sulungnya itu.

"Takpe la. Ayong takut nanti lrt ramai la. Tak pasal pasal jadi tin sardin nanti. Ayong pergi kerja dulu tau. Assalamualaikum"

Tangan ibunya dikucup lembut sebelum dia melangkah meninggalkan kawasan rumah itu. Sempat dia melambai ke arah ibunya itu.

Tiba tiba sebuah kereta berhenti dihadapan rumahnya. Terkedip kedip mata Ayreen memandang kereta itu.

Tengku Darwish keluar daripada kereta itu. "Ayreen, jom. Naik dengan saya" pelawa Tengku Darwish.

Puan Athirah menghampiri mereka. "Haa Awish. Dah lama aunty tak nampak kamu" sapa Puan Athirah.

"Ada je. Cuma sibuk sikit. Cantik aunty harini. Patutlah Ayreen cantik kan??" sempat Tengku Darwish memuji wanita itu.

Ayreen memutarkan bola matanya. Ambil hati la tu. Menyampah!! Dalam hati Ayreen sudah berbakul bakul memaki lelaki itu.

"Alang alang Awish datang ni. Jom la breakfast dulu. Lepastu Awish boleh hantar Ayreen. Bolehkan ayong??" pelawa Puan Athirah.

Sudah dipelawa takkan la lelaki itu menolak. Terlebih suka la dibuatnya. Ayreen pula menggeleng laju.

"Kalau mamat ni nak makan dekat rumah kita silakan. Tapi ayong taknak tumpang dia" tekad Ayreen. Tumpang Tengku Darwish?? Langkah mayat dia dahulu.

"Lahh kenapa??"

"Ayong nak pergi naik lrt je"

"Kan Awish nak tumpangkan ayong. Kenapa pula nak naik lrt?? Tadi pun ayong cakap lrt penuh kan?? Ha dah alang alang Awish ada dekat sini. Tumpang aje la. Lagipun ayong kan belum breakfast lagi. Lepas breakfast, baru la korang pergi office"

Ayreen mengeluh berat. "Ye la ye la"

Laju langkah Ayreen memasuki rumahnya semula. Terpaksa la dia menurut arahan ibunya itu. Jika tidak makin panjang bebelan ibunya itu. Tak sanggup dia mahu mendengar.

"Awish , jom masuk" pelawa Puan Athirah. Tengku Darwish dengan senyuman lebar melangkah masuk ke dalam rumah itu. Sempat dia memuji kecantikan dekorasi rumah itu.

Ayreen sekadar menjeling. Rasa menyampah membuak buak dihati. Ikutkan hati mahu sahaja dia memukul lelaki itu. Baru dia tahu langit tinggi rendah.

•••

Pintu lift terbuka. Kelibat Iman mula keluar dari lift tersebut. Matanya tertumpu ke arah meja Ayreen yang masih kosong. Jam tangannya dipandang sekilas.

Matanya mula melilau mencari kelibat gadis itu. Lantas dia menuju ke meja Elisa. Kebetulan pula jarak antara bilik Thaqif dan biliknya tidak jauh.

"Elisa" sapa Iman.

Elisa mengangkat wajahnya. "Ye Encik Iman. Nak jumpa bos ke?? Bos belum masuk lagi"

Mata Iman mengerling ke arah bilik Thaqif dari balik cermin. "Tak. Saya nak tanya , Ayreen belum masuk lagi ke??"

"Haah. Belum lagi encik"

Iman mengangguk perlahan. "Takpe la kalau macam tu. Saya masuk bilik saya dulu" Lantas Iman melangkah meninggalkan meja Elisa.

Dahi Elisa berkerut. "Pelik. Tak pernah pernah Ayreen datang lambat" omel Elisa sendiri. Bahunya juga dijongket sebelum dia menyambung kerjanya.

Saat Iman sudah berada di dalam pejabat itu , Iman menutup segala cermin dengan tirai berdekatan dengan meja Ayreen. Sengaja dia ingin mengejutkan Ayreen nanti.

PUJAAN HATI ENCIK TERUNA [COMPLETED]Where stories live. Discover now