BAB 24

11.5K 645 100
                                    

Hampir seminggu Iman menghilangkan diri. Kehilangan Iman membuatkan Ayreen mula tertanya tanya. Dimanakah Iman sekarang?? Sihat ke?? Selamatkah dia??

Kiriman kiriman nota kecil dari Iman dipandang. Hampir setiap hari dia menerima nota kecil itu. Sedikit sebanyak rasa bersalah dihati mula timbul. Puisi yang ditulis oleh Iman seperti orang kecewa.

Ayreen mencapai satu nota kecil. Bibirnya tersenyum tawar.

Thank you for being in my life once. Insyaallah in the future we will meet each other but with the best and better version of us .
Fi hifzillah , Fi amanillah .

-Encik Teruna-

Air matanya mula mengalir. Secara jujurnya, dia amat merindui lelaki itu. Kehilangan Iman membuatkan dia agak terkilan.

Air matanya dikesat kasar. Lantas dia mencapai telefon pintarnya. Keluhan kecil dilepaskan sebelum dia mendail nombor Iman. Dia membuat keputusan untuk merendahkan egonya kali ini.

Dia mahu bertentang mata dengan lelaki itu. Tak kisah la apa orang nak kata. Janji dia dapat hilangkan rasa rindunya pada Iman.

Ayreen menanti panggilannya itu dijawab namun hampa. Hanya pesanan suara sahaja kedengaran. Dia mencuba sekali lagi namun jawapannya masih sama.

Ayreen berfikir sejenak. Tiba tiba dia memetik jarinya sambil senyuman lebar dibibir. "Qasha"

Ayreen mengeluh kembali. "Macam mana aku nak jumpa dia?? Nombor dia pun takde" Ayreen kembali termenung. "Takkan la aku nak jumpa bos pula. Kang tak pasal pasal kena potong gaji pulak" omel Ayreen.

Ayreen mengeluh kecil. Beg tangannya dicapai lalu melangkah keluar dari pejabat itu. Butang lift ditekan.

Tiba tiba kelihatan kelibat tangan cuba menahan pintu lift itu daripada tertutup. Ayreen lantas mengangkat wajahnya lalu tersenyum ke arah Thaqif dan Uqasha.

"Ehh hai pretty" sapa Uqasha.

"Hi Qasha. Hi bos. Handsome bos harini" puji Ayreen.

Thaqif hanya mengekalkan wajah dingin. Berkerut wajah Ayreen memandang ke arah Thaqif. 'Dia ni tak de perasaan ke apa?? Macam mana la isteri dia hadap perangai dia kan??' kutuk Ayreen.

"I tak handsome ke??" Uqasha bersuara.

Ayreen ketawa kecil. "Mesti lah handsome. Kalau tak , takde la budak budak office suka kan you. Betul tak??"

Uqasha tersengih. "Haihh jangan cakap macam tu. Malu la I" Thaqif hanya menjeling ke arah Uqasha.

Ting!!!

Pintu lift itu terbuka luas. Lantas mereka bertiga melangkah keluar dari lift tersebut. "By the way, you nak pergi mana?? Jumpa Encik tunang ke??"

Ayreen tergamam. "You tau??"

"Iman bagitau I"

Thaqif mengerling ke arah jam tangannya. Dia mula berdeham. "Kau nak ikut aku balik ke tak??" Thaqif mula bersuara.

"Ye. Tak menyabar betul kau ni"

Baru sahaja Uqasha mahu melangkah, Ayreen menahan. "Kejap , Qasha. Boleh tak I nak tanya something dekat you??"

Thaqif dan Uqasha memandang sesama sendiri. Uqasha mengaru kepalanya yang tidak gatal sambil matanya memandang ke arah Thaqif.

"Wehh Qiff, kau gerak la dulu. Nanti aku pergi. Cakap dekat adik kesayangan aku tu yang aku datang lambat sikit"

Thaqif menjeling. "Kau dengan Im sama je kan. Pantang nampak perempuan lawa. Iye la aku gerak dulu. Jumpa dekat sana" sempat lagi Thaqif mengutuk mereka berdua sebelum melangkah meninggalkan mereka berdua.

PUJAAN HATI ENCIK TERUNA [COMPLETED]Where stories live. Discover now