Aku Bulan Dia Bintang 22

11 0 0
                                    

"KENAPA awak jadi jurnalis?" soal Fakhri tiba-tiba. Mereka ketika itu dalam perjalanan ke Pelabuhan Klang.

Kata Fakhri, dia ada perbincangan di sana. Darin sebagai PA tak rasminya cuma mengikut saja.

"Saya tak nak jadi journalis pun. Along yang cadangkan."

"So, awak nak jadi apa?"

Darin geleng kepala. "Entahlah. Saya tak terfikir habis lagi, apa yang nak saya buat lepas habis belajar. Saya ingat, saya akan kahwin macam Along. Kahwin awal, lepas tu, biar suami yang uruskan hal sara diri. Sebab tu, bila satu demi satu hubungan saya gagal, dan babah pergi tinggalkan kami, saya lost. Dah tak tahu nak buat apa."

Fakhri menggeleng tetapi Darin tidak perasan.

"Jurusan awak dulu, apa?"

"Bahasa Melayu Komunikasi."

"Bahasa Melayu? Oh...patutlah kadang-kadang awak nampak macam blur je bila orang ber BI?" Fakhri sengih seraya menoleh ke sisinya.

Darin mengetap gigi seraya menjeling Fakhri.

"Bila masuk jurusan ni, saya tak perlu gunakan BI selalu pun. Jadi, pendedahan semakin berkurangan bila masuk jurusan ni. Itu sebabnya jadi tak berapa reti walaupun konon seorang wartawan."

Fakhri tersenyum sinis. "Alasan je semua tu."

Darin menoleh pantas, dikecilkan matanya ke arah Fakhri.

"Awak bencilah tu, sebab tu awak tak ada usaha nak belajar lebih lagi. Kalau awak belajar, untungnya pada awak. Bukan orang lain. Apa salahnya belajar dan pandaikan diri awak?"

Darin memeluk tubuh. Dah mulalah tu Yang Berhormat Tengku Fakhri nak bersyarah!

"Yang awak nak sibuk fasal saya ni, kenapa?" Barannya sudah datang.

Fakhri masih tersenyum.

"Kenapa? Sebab saya bukan pakwe awak, saya tak boleh sibuk?"

Darin mencebikkan bibirnya. Dia terus memalingkan wajahnya.

"Sebab tu la awak kena tinggal dengan semua boyfriend awak tu. Awak ingat, lelaki suka ke perempuan yang nak rely dengan diorang macam ni? Rimas, tau? Semua benda tak tau. Semua benda tak faham. Semua harapkan lelaki. Melainkan lelaki tu memang betul sayangkan awak dan dia yang beria nakkan awak, itu lain cerita. Kalau awak baru nak mengenali hati budi masing-masing, jangan haraplah dia nak terima perempuan yang malas dan tak ada masa depan macam awak ni."

Darin terkedu. Fakhri benar-benar menyentap perasaannya kali ini. Itu dia yang dulu, bukan dia yang sekarang. Selepas babah pergi, Darin sudah sedar. Dia cuma perlu bergantung pada dirinya sendiri, bukan pada orang lain.

"Awak ni memang lelaki tak ada perasaan la! Tak perlu orang macam awak nak mengata saya macam tu. Saya tahu jaga diri saya la!"

Fakhri ketawa pula. Sinis saja tawanya kedengaran di telinga Darin.

"Now I remember. Padanlah awak tak nak terima bantuan saya dulu, kat Genting tu. Konon dah berdikari," perli Fakhri pula.

Darin sudah malas mahu membalas. Lagi dilayan, lagi sakit hatinya.

"Ada masanya, kita perlukan orang. Ada masanya, kita perlu sendiri. Awak kena tahu bezakan, antara bantuan ikhlas dan bergantung harap. Plus, saya tak kata saya nak dekat awak pun. Yang awak beria nak tolak tu, kenapa?"

Semakin panas hati Darin.

"Apa yang awak tak puas hati dengan saya ni?" Soalnya garang. Cerita lama tiba-tiba diungkit pula. Ini baru merimaskan! Dia atau aku yang merimaskan?

Aku Bulan Dia BintangWhere stories live. Discover now