Aku Bulan Dia Bintang 25

7 0 0
                                    

Hajah Faridah dipeluk kejap oleh Darin.

"Terima kasih nek, tumpangkan Darin kat sini. Darin pun dapat kenal dengan nenek." Saya pula hati Darin. Entah apa yang merasuk fikiran Fakhri, dia tiba-tiba saja menyuruh Darin berhenti bekerja dengannya semalam. Jadi, malam tadi merupakan malam terakhir dia tidur di rumah Fakhri.

"Nanti Darin datang lagi jumpa nenek?" Suara Hajah Faridah lirih bertanya, membuatkan dada Darin terasa sesak. Wanita itu benar-benar memberi peluang kepadanya untuk merasa kasih seorang ibu.

"Insya Allah. Kalau Fakhri benarkan, saya datang." Tiada niat mahu memerli, tetapi Darin tahu datang dan perginya dia, semuanya kerana kehendak Fakhri. Kehendaknya tidak pernah didengari.

Mereka berpisah dengan air mata, walaupun Darin memaksa dirinya untuk tidak menangis. Sepatutnya dia gembira kerana akhirnya dia bebas dari belenggu Fakhri.

Di dalam kereta, Darin cuma melayan perasaannya. Baik Fakhri mahupun dia, masing-masing berharap agar perjalanan mereka boleh sampai ke destinasi dengan lebih pantas. Darin tersentak apabila telefon di tangan bergetar kuat. Dia melepaskan keluhan panjang apabila nama pemanggil tertera di atas skrin.

Malasnya nak melayan call di masa-masa begini. Fakhri yang sempat memerhati tindakannya tika memandu itu, berdeham perlahan.

"Siapa? Ria?"

Darin tidak membalas. Akhirnya panggilan itu terbiar tidak berjawab.

Fakhri menghela nafas dalam. Hampir terlupa dia dengan tanggungjawab Darin dengan Elegan.

"Saya akan cakap dengan Ria nanti. Awak jangan risau. You just go to your office, as usual." Fakhri memberi janji.

"I don't think you fit to be a writer, yet. Saya pun tak nak kisah diri saya ditulis orang yang tak berpengalaman macam awak." Fakhri berkata sambil memandu tenang.

Darin kalih laju dengan bibir yang diketap. Geram. Fakhri yang berkaca mata hitam itu ditenung bagai mahu ditelan. Sesuka hati saja lelaki ini mengatanya dengan wajah selamba begitu. Tahulah dia belum pakar menulis lagi.

Fakhri tersenyum kecil. Lahar kemarahan Darin tidak langsung menjentiknya.

"Sorry. Saya tahu awak ni macam mana, sebab tu saya offer awak ikut saya. Kalau orang lain, saya tahu risikonya." Jelas Fakhri, masih lagi tenang.

Darin kerut dahi, nafasnya turun naik. Dihela nafas dalam, lalu dilepaskannya. Berkali-kali diulangnya bagi menenangkan dirinya kembali. Tiada guna naik marah dengan manusia macam Fakhri. Akhirnya, Fakhri juga menang.

Dengan bibir sedikit muncung, Darin bersuara pula.

"Apa maksud awak? Saya tak faham." Darin memeluk tubuhnya dan memandang ke hadapan. Dia juga mahu berlagak tenang.

Fakhri mengerlingnya sekali lalu.

"Kalau jurnalis lain ni, awak ingat larat ke saya nak melayan diorang? Jurnalis yang sebenar, paparazzi, pantang ada benda sikit je, semua jadi isu. Lebih-lebih lagi, bila ada gambar yang boleh menimbulkan seribu satu cerita. Itu semua kerja mudah untuk jurnalis. Kalau awak ni jurnalis yang betul, awak mesti dah korek kisah hidup saya sehabis boleh. Ini, apa yang awak tahu?"

Darin memejamkan matanya. Sabar, Darin. Sabar.

Bodoh-bodoh Darin, tercabar juga bila dikata begitu. Hish. Dia bersedia untuk memberi hujah balas.

"Apa yang menarik sangat dengan hidup awak? Semua orang dah tahulah. Tak perlu nak dikorek lagi," balas Darin sinis.

Fakhri ketawa kecil.

Aku Bulan Dia BintangWhere stories live. Discover now