Aku Bulan Dia Bintang 20

3.4K 86 78
                                    


"I am going for a lunch meeting, dengan group lain pulak kejap lagi. It's a buffet, so awak boleh makan apa je awak nak," beritahu Fakhri tiba-tiba.

Darin cuma mengangguk tanpa suara.

Baru saja kereta elok letaknya di lot parkir, Fakhri menoleh ke arahnya tajam dengan mata yang dipicingkan. Tiba-tiba saja tanpa ada angin ribut. Darin merengus perlahan. Apalah lagi mamat ni, bisiknya.

"Don't embarrass me, okay?" tegas Fakhri memberi amaran.

"Okey...okey..." Darin kebosanan tanpa memandang Fakhri lantas menarik tuil pintu. Asyik nak warning aku je! Bukannya aku ni teruk sangat pun. Tertidur pun salah, salah cakap pun salah, semuanya salah! Siapa entah yang nak sangat aku kerja dengan dia?

Fakhri menggeleng saja melihat sikap Darin. Dia melipat lengan bajunya. Kali ini dia tidak bersut. Kemeja berwarna biru cair itu begitu sesuai dengan kulitnya yang tidaklah terlalu gelap mahupun terlalu cerah.

Fakhri keluar dari kereta.

"Awak dengar tak apa saya cakap tadi?" Suara Fakhri lebih terkawal, tetapi Darin buat-buat tidak dengar saja sambil menyandar di badan kereta.

"Darin," panggil Fakhri perlahan tetapi tegas.

"Saya dengar Yang Mulia Tengku Fakhri... Awak ingat saya ni budak kecik ke, asyik-asyik nak dibagi warning! Dahlah, malas saya nak layan awak. Kita nak ke mana ni?"

Memandangkan Fakhri juga sudah lewat, malas dia mahu bertekak dengan Darin. Dia melangkah pergi, diekori Darin.

Mereka tiba di restoran yang mewah. Tak sempat Darin nak menjeling nama restoran itu apabila langkah Fakhri macam Charlie Chaplin saja.

Mereka duduk di sebuah meja.

"Meeting saya ni selalunya lama. Saya dah cakap untuk dua orang, jadi awak makanlah banyak mana yang awak mampu. Awak duduk sendiri. Saya join meja business partners saya."

"Okey." Ringkas dan akur. Malas Darin nak kisah hal Fakhri. Melihat arah mana Fakhri berjalan pun tidak.

Setelah melihat pelbagai hidangan di meja bufet, mata Darin sedikit terbeliak. Bufet di sini lebih meriah daripada bufet hotel yang pernah dia pergi sebelum ini. Pelbagai jenis makanan terhidang, daripada makanan tempatan, barat, oriental, dan juga makanan-makanan yang tidak dapat dia pastikan asal-usulnya.

Darin yang memang suka makanan yang manis dan ringkas seperti pastry dan dessert, terus saja mengambil semua jenis dessert yang dirasakan menarik dan dibawa ke meja. Enggan menjadi tontonan ramai, Darin memilih meja yang agak tersorok. Meja yang mula-mula diduduki tadi bersama Fakhri, ditinggalkan saja.

Fakhri sudah ke mana, dia tidak ambil pusing. Hiasan restoran ini juga begitu menenangkan dan mengasyikkan. Gabungan warna hijau dan kelabu amat menenangkan perasaan dan mata yang memandang.

Rasanya, aku boleh duduk di sini berjam-jam lamanya tanpa rasa jemu ni. Wah...bestnya... Tapi Darin berasa kekok juga apabila duduk di meja bersendirian.

Darin mula menjamah empat jenis dessert yang diambil sebentar tadi. Habis saja, dia datang lagi ke meja bufet. Yang sedap, diambil lagi manakala yang kurang sedap ditekaknya langsung dia tak pandang lagi.

Anggap saja aku yang bayar semuanya ni kan... Darin senyum sambil melangkah semula ke mejanya tadi.

Sedang asyik dia makan tanpa toleh kiri kanannya, telefonnya pula berbunyi tanda ada WhatsApp yang baru diterima. Darin membelek skrin sambil menyuap satu sudu besar kek yang tidak diketahui namanya.

Aku Bulan Dia BintangWhere stories live. Discover now