Aku Bulan Dia Bintang 26

9 0 0
                                        

FAKHRI melirik jam di tangan. Auditor luaran sudah tiba bagi memberi penilaian kewangan Cendera kepadanya. Dato' Mehat juga sudah tiba sejak tadi. Wakil dari Bahagian Kewangan Cendera juga sudah tiba. Datin Sia yang dinanti belum kunjung tiba. Dato' Razali? Fakhri tak mengharapkan kedatangan lelaki itu, memandangkan sahamnya cuma 10% saja dalam Cendera Logistics and Transportation. Pendek kata, dia tak penting.

Fakhri berdeham perlahan seraya mengetuk jari di atas meja, menggamit resah di dada Dato' Mehat. Kenapa pula Datin Sia ni lambat? Tak pernah dia lewat begini. Jarang sekali dia tidak muncul di mesyuarat tanpa makluman awal.

Fakhri akhirnya sudah tidak betah menunggu,

"Kita mulakan?" Tanyanya kepada Dato' Mehat. Dato' Mehat mengangguk setuju. Dia tahu Fakhri bukanlah mahu meminta izinnya pun. Pertanyaan itu lebih kepada arahan.

Meeting mereka dimulakan dengan pembentangan pihak auditor luaran mengenai kewangan Cendera di masa kini beserta sesi soal jawab antara pihak auditor dan juga Pengurus Kewangan. Fakhri cuma mendengar dan sekali-sekala saja dia menyampuk bila ada yang dia tidak faham. Dato' Mehat juga tidak bersuara, sebaliknya dia mengeluarkan telefonnya mencari Datin Sia. Mujurlah kedudukannya agak terlindung. Dia merengus perlahan apabila kiriman whataApp kepada Datin Sia tidak berbalas. Ke mana dia?

"So, I assure you Tengku Fakhri, from my professional point of view, Cendera is in a good financial condition, and even with no improvement in the future, only maintenance of the current state, it will still be in a rewarding state." Auditor luaran membuat kesimpulan akhirnya selepas hampir dua jam mereka bermesyuarat, dan Datin Sia tetap juga belum muncul tanpa khabar berita.

Dato' Mehat pandang Fakhri dengan senyum lebar.

"It's a good investment for Baron, indeed. You takkan rugi, Tengku Fakhri. Trust me," ujar Dato' Mehat mahu bersalaman dengan Fakhri, tetapi lelaki itu cuma mengangkat sebelah tangannya, menghalang gerakan Dato' Mehat.

"This is a good news to us. However, I don't see the attitude of your shareholders, as speaking on the same terms," ujar Fakhri tenang. Berubah wajah Dato' Mehat.

Fakhri tersenyum segaris.

Dia tidak mahu menunjukkan kelemahan di depan Dato' Mehat. Sekurang-kurangnya, tidak sehingga perjanjian mereka dimeterai. Dia juga tidak mahu menunjukkan keinginan melampau untuk memiliki Cendera di depan Dato' Mehat. Lebih baik dia bersikap acuh tak acuh begini supaya Dato' Mehat tidak berani mempermainkannya. Hatinya tidak enak dengan kegagalan Datin Sia untuk muncul pada hari ini. Pasti ada yang tak kena.

Hasil bimbingan Tengku Adnan, Fakhri lebih tahu untuk tidak membiarkan sebarang tanda-tanda kecil begini berlalu tanpa diselidik dan dikenalpasti puncanya. Kegagalan Saiful menyediakan laporan penuh mengenai gudang Cendera tempoh hari pun, Dato' Mehat belum berjaya menjawabnya.

"Tengku Fakhri, takkan benda kecil begini, Tengku nak ambil hati dan lupakan perjanjian kita?" Suara Dato' Mehat kedengaran sedikit goyah walaupun dia sedang tersenyum.

Fakhri menggaru kening sebelum berdiri dan memasang butang kotnya. Dia kemudiannya menyeluk kedua tangan ke dalam poket seluar, dan Dato' Mehat dipandangnya dengan lirikan yang sukar dimengerti.

"Dato', in business, there's no such thing as small matters. It all matters. I see this as one big matter, in fact. A promise is a promise. You know, dato', you were the one who approached us first with this takeover. We're just going along with you. However, we won't allow any irregularities, or this deal is off. I think we're both clear on that, right?" Suara Fakhri yang tiada tanda-tanda marah membuatkan Dato' Mehat menelan liur. Dia lebih rela diherdik daripada menerima senyum manis Fakhri.

Aku Bulan Dia BintangTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang