Aku Bulan Dia Bintang 3

2.4K 52 0
                                    


Darin sudah berada dalam kereta Myvi milik Amri menuju ke Genting selepas makan tengah hari. Darin yang memang tak pernah jejak kaki ke Genting tak peduli pun nak ambil tahu fasal Genting.

Masuk saja ke dalam kereta, Darin terus memejamkan matanya, buat-buat tidur supaya Amri tak sibuk mahu bersembang dengannya. Akhirnya, dia betul-betul tertidur tidak sedarkan diri. Dia terjaga bila mereka betul-betul sudah sampai di Genting. Sebaik saja keluar dari kereta, suara Darin meninggi pada Amri.

"Kenapa tak cakap Genting sejuk!" Marahnya sambil memeluk tubuh, cuba mencari matahari tapi sayang, dengan kabus yang agak tebal dan hujan renyai-renyai, mimpilah cahaya matahari akan menyelit.

Amri dah menyarung jaketnya elok. Darin pula sudah mula terlaga-laga gigi sambil melihat Amri yang kelihatan begitu selesa sekali dengan jaket tebalnya.

"Sorry. Aku tak tahu kalau datang weekdays sejuk sampai macam ni. Aku pernah datang weekend je sebelum ni, orang ramai so taklah sejuk sangat. Jaket ni memang aku spare dalam kereta," jelas Amri dengan nada simpati yang tidak dibuat-buat.

Hendak menawarkan jaketnya pada Darin, dia teramat yakin Darin tidak akan menerimanya. Gadis itu pelik, tetapi menarik.

Darin sudah tidak mampu bersuara lagi. Menggigil dia cuba mencari perlindungan dari sehelai tudung bawal, sehelai kemeja dan sehelai jean. Lebih malang lagi, hari ini dia cuma memakai sandal. Sudahlah tak tahan sejuk. Sekejap lagi, confirm hidungnya berair.

Darin mengikut saja langkah Amri hingga ke dewan di mana majlis itu berlangsung. Dengarnya, fasal pelancaran produk sukan. Sungguh, Darin tak faham kenapa Ria menghantarnya hari ini sedangkan dia yakin masih ada orang lain di pejabat yang lebih arif tentang selok-belok mencari liputan.

Sudahlah produk sukan, bila entah aku bersukan? Ish... Kalau bukan Ria tu bos aku, dah lama aku tempik.

Harapan Darin, bila masuk saja ke dalam hall itu, kesejukan yang dirasai akan berkurang, tetapi malangnya, sejuknya bertambah-tambah. Orang lain yang turut hadir juga berpakaian kasual. Yang terlebih dedah dengan dress seksi dan bergaya pun ada, membuatkan Darin hairan sendiri.

Tak sejuk ke diorang ni? Aku dah nak beku dah rasanya.

Apabila majlis berlangsung, Darin semakin tidak senang duduk kerana mereka ditempatkan di belakang dewan, betul-betul di bawah penghawa dingin. Jika diikutkan hatinya, mahu saja dia meminta aircond dimatikan, tetapi Darin masih waras lagi. Membebel di dalam hati sajalah Darin.

Pen di tangan tidak mampu langsung mencoret walau satu huruf kerana jari-jemarinya sudah tidak terasa lagi. Garisan yang terbentuk di atas kertas itu memang kalah cakar ayam. Darin akhirnya berputus asa. Terpaksa juga dia meminta Amri mengambil gambar sebanyak mungkin, terutamanya gambar slaid yang dimainkan.

"Bila habis ni?" Soalnya dengan kepayahan kerana bibirnya sudah tidak terasa lagi.

Amri mengerling jam di tangan.

"Dalam setengah jam lagi. Kenapa?"

Darin mengeratkan pelukan tubuhnya sambil menggoyangkan kakinya. Dia perlu memanaskan badannya walau dengan apa cara sekalipun. Jika tidak, dia mungkin akan mati kebekuan sementara majlis tamat.

"Aku dah tak tahan. Nak pergi tandas. Nanti kau tunggu aku kat luar ya. Apa-apa hal, call aku." Tanpa menanti balasan Amri, Darin sudah berdiri untuk keluar dari dewan.

Menonong saja langkahnya, tanpa melihat ke kiri kanan lagi. Di pintu masuk, dia menolak pintu itu kasar.

"Ouch!" Satu suara garau mengaduh kuat.

Aku Bulan Dia BintangWhere stories live. Discover now