Aku Bulan Dia Bintang 24

9 0 0
                                        

Darin mengatur langkah malas menuju ke lif. Usai melayan perasaan sambil menikmati pemandangan KL dari rooftop tadi, Darin sempat juga melayari internet, mencari maklumat yang disuruh Fakhri sebentar tadi. Tergugat juga perasaannya apabila dicabar Fakhri begitu. Sepanjang dia mengambil nota, dia cuba untuk melupakan hakikat bahawa buku notanya sudah tercemar dek ketiak Fakhri. Geli-geleman Darin dibuatnya.

Sebaik saja pintu lif terbuka, Darin melangkah masuk. Pintu sudah hampir tertutup kemudian terbuka kembali. Darin tercengang-cengang apabila Charles masuk ke dalam lif. Daripada pakaiannya, Darin mengagak dia baru saja pulang dari gim.

"Hai, kita jumpa lagi," ujar Charles dengan pandangan yang agak galak di mata Darin.

Darin terus tegakkan badan lalu memanjangkan tangannya mahu menekan pintu lif supaya terbuka kembali. Dia tak jadi mahu turun, tak rela berada dalam satu lif bersendirian dengan lelaki ini yang dianggap gatal.

"Hei!" Darin terjerit kuat dek terkejut apabila Charles mencelah antaranya dirinya dan butang lif sekali gus membuatkan pintu keluar terhalang. Darin mula cemas apabila pintu lif sudah mula mahu tutup kembali.

"You are not that easy. I like that." Charles mendekat.

Darin terkedu. Tubuhnya sudah rapat ke dinding lif kerana Charles yang semakin menghimpit. Di fikiran Darin, dia sudah menjerit sekuat hatinya tetapi hakikatnya, dia masih kaku di situ. Situasi itu tidak pernah dijangkanya. Apa yang harus dilakukannya?

Tangan Charles sudah mahu singgah pada wajah Darin. Darin memejamkan mata serapat-rapatnya, dan baru saja dia mahu membuka mulut untuk menjerit, satu suara yang tidak asing menerpa ke telinganya.

"Darin!"

Dibuka matanya, dan dilihat Fakhri sudah berada di dalam lif. Macam mana Fakhri ada di dalam lif, Darin tidak mahu ambil tahu lagi. Rasa nak menangis Darin walaupun penyelamatnya sudah ada di depan mata.

Terkejut Fakhri melihat perlakuan Charles apabila pintu terbuka tadi. Memanglah tiada apa-apa sentuhan namun dia nampak tangan Charles yang hampir mengusap pipi Darin.Sengaja juga dia menjerit memanggil nama Darin sekuat hati agar Charles yang membelakangkannya sedar bahawa dia sedang melihat perbuatan tidak senonoh itu.

"Hai Fakhri." Charles berlagak selamba dan tangannya terus menahan pintu lif dari tertutup. Sebelum keluar, sempat dia melemparkan senyum kepada Fakhri dan Darin, seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.

Sebaik saja lelaki itu keluar, Fakhri terus merapati Darin yang sudah lemah lututnya. Darin terus terduduk di atas lantai lif dengan mata yang sudah bergenang. Lega kerana Fakhri sempat muncul pada masanya.

"Awak pergi mana?" Ngongoi Darin tanpa bertangguh.

Fakhri turut mencangkung dengan riak bersalah yang amat. Sepatutnya dia tidak meninggalkan Darin sendirian tadi. Manalah dia tahu Charles juga berada di tingkat ini. Dasar lelaki miang!

"Awak jahat! Awak tinggal saya!"

Berkerut dahi Fakhri. Hek eleh...kan tadi dia juga yang tak mahu ikut. Hendak saja Fakhri sembur semula kata-kata Darin tapi simpati pula dia. Mungkin Darin berasa trauma.

"Shh, sorry la. Saya tak sengaja. Tak sempat jadi apa-apa pun kan?" Soalnya prihatin. Diperiksanya pakaian Darin dan dia kelegaan apabila pakaian gadis itu masih elok melekat di badannya. Tiada yang koyak rabak pun.

Darin mengesat air matanya kasar.

"Dia jahat! Dia nak buat saya!" Ditunjuknya ke arah pintu lif. Fakhri yang bimbang pintu itu terbuka lagi terus saja menekan butang level rumahnya.

Aku Bulan Dia BintangTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang