Aku Bulan Dia Bintang 23

9 0 0
                                    

"Darin, sini."

Darin yang sedang seronok menonton televisyen merengus perlahan apabila Fakhri memanggilnya ke meja makan.

Hajah Faridah cuma tersenyum saja melihat Darin mengangkat punggung dengan malas.

"Nak apa?" Soal Darin acuh tak acuh.

"Duduklah."

Darin mencebik, tetapi ditariknya juga kerusi lalu duduk di depan Fakhri.

"So, apa tindakan awak mengenai apa yang kita bincangkan tadi?"

Mendengar soalan itu, Hajah Faridah turut panggung muka dari kerja mengaitnya. Kenapa serius saja bunyinya tu?

Darin kerut dahi.

"Tindakan apa? Tak faham."

Fakhri menjatuhkan bahunya. Pen di tangan kemudiannya diarahkan ke dahi Darin.

"Ouch! Sakitlah! Tak elok tau main kepala ni!"

Fakhri sengih sesaat.

"Padan muka awak. Dah awak tak nak guna kepala tu, apa salahnya saya buat tolak-tolak?" Selamba saja Fakhri berkata.

Belum sempat Fakhri mahu menunjal dahinya sekali lagi, Darin menepis pen Fakhri dengan kasar. Fakhri tersengih.

"Apa awak nak? Cakap terus je la. Saya nak tengok TV ni, dengki betullah."

"Eh, cik kak... Awak datang sini nak kerja. Sudahlah tak ada tujuan hidup. Datang rumah orang, sedap-sedap je tengok TV. Tak ada rasa nak berubah ke?" Pen di tangannya ditujah-tujah je wajah Darin. Mujur tak kena.

Darin gigit bibir. Dah mula dah, perangai diktator dia tu!

"Okey! Nak suruh saya buat apa, bagi saja. Tak payah nak mengutuk."

"Eee, menjawab! Apa tugas awak sekarang?"

Darin diam.

"Saya tanya ni, apa tugas awak sekarang?"

Darin garu kepala. "Erm, jurnalis."

"So, apa awak dah buat selama beberapa hari kerja dengan saya ni?"

"Hmm, tadah telinga dengar awak marah."

Fakhri mengetap giginya. Kenapalah dia berjumpa dengan manusia yang tak ada tujuan hidup ni? Main-main saja. Tak kan tak sedar yang dirinya serius!

Darun sengih. Menyedari Fakhri geram dan mungkin sedang menahan marah.

"Tak ada apa pun la. Mana saya reti nak buat apa. Ria cakap, ambil je gambar banyak-banyak kalau saya tak reti nak tulis apa."

Fakhri menepuk dahinya.

"Awak ni tak ada harga diri ke? Tak rasa tercabar bila Ria cakap macam tu?"

Darin diam.

"Give me your handphone," pinta Fakhri sambil menghulur tangannya.

Darin akur tanpa banyak tanya.

"Smartphone ni, dah ada internet, banyak benda awak boleh buat. Benda pertama yang awak patut buat, do a research." Fakhri terus meleretkan jarinya di atas handphone itu dengan begitu lincah sekali. Entah apa yang dia buat, Darin tak tahu.

"Nah, tengok ni." Telefon itu diletakkan di atas meja. Darin mendekat, mahu melihat apa yang Fakhri maksudkan.

"Buka browser, search. Internet di hujung jari, there are millions of website yang awak boleh baca. Nak bahasa apa, semua ada. Antara nak tak nak je." Tunjuk Fakhri pada Darin.

Aku Bulan Dia BintangWhere stories live. Discover now