Aku Bulan Dia Bintang 29

9 0 0
                                    


Amri menanti kehadiran temannya, Zul, seorang jurugambar dari majalah gosip tempatan dengan penuh sabar. Atas arahan Ria, Amri berjaya mendapatkan maklumat mengenai jurnalis dan jurugambar sakanmelayu.com yang meledakkan berita mengenai skandal Darin dan Tengku Fakhri. Kebetulan, Zul kenal baik dengan mereka.

"Wei, lama tunggu?" Tegur Zul. Amri bersalam ringkas dengan Zul. Kedua mereka kemudiannya bersandar di kereta milik Amri.

"So, apa kata diorang? Diorang nak tak bekerjasama dengan Elegan?" Amri terus ke tujuan utama mereka bersua. Kebetulan, Zul ada kerja di kawasan berdekatan.

Zul senyum kelat.

"Biasalah, brader. Mana ada orang nak kasi scoop free pada kita. Lebih-lebih lagi berita hangat macam tu. Tengku Fakhri tu bukan pernah ada skandal sebelum ni. Jejaka rebutan satu Malaysia tu."

Amri angguk mengerti.

"Berapa diorang nak?" Tanya Amri lagi, seraya mengurut dagunya.

Zul mengeluarkan kotak rokok dan pemetik api dari poket seluar belakangnya.

"Siapa bid paling tinggi, dapatlah scoop tu."

Amri tidak terkejut. Memang begitulah selalunya penjualan scoop. Pembida tertinggi yang akan berjaya mendapatkannya.

"Ramai ke orang cari diorang sekarang?" Sengaja dia memancing. Ria tidak mahu mendedahkan identiti Darin lagi. Ria cuma mahu tahu, sejauh mana mereka tahu mengenai Fakhri dan Darin. Kalau ditanya pada Fakhri, dah semestinya lelaki itu akan berahsia. Lagipun, Ria masih menyimpan rasa berang kerana Fakhri memulangkan Darin sebelum sampai tempoh tujuh hari. Darin pula kembali dengan tangan kosong. Sia-sia saja dia memberi telefon mahal kepada Darin.

Zul mengeluarkan sebatang rokok dari kotak rokok yang berada dalam tangannya. Dinyalakan rokok itu sebelum disedutnya dalam-dalam. Pemetik api dan kotak rokok diselit kembali ke dalam poket belakang seluarnya. Dihembuskan asap rokoknya ke arah bertentangan dari Amri, sebelum memandang Amri kembali.

"Ramai. Tapi diorang sebenarnya belum ada maklumat penuh. Perempuan tu masih misteri. Tak ada yang tahu siapa dia," beritahu Zul.

Amri kelegaan.

"Jadi, ni diorang tengah cari maklumat fasal perempuan tu?"

Zul menyedut lagi rokoknya dalam-dalam, sebelum dihembuskan asapnya ke arah yang sama seperti tadi.

"Yup. Masih mencari lagi. Setahu aku, memang tak ada klu langsung fasal perempuan tu."

Amri angguk mengerti. Maknanya, ini berita gembira buat Ria.

Zul memandang Amri yang begitu berminat kelihatannya. "Kenapa? Kau kenal ke perempuan tu?"

Amri tidak terus menjawab, sebaliknya dia merenung saja wajah Zul lama. Bukan dia tak percayakan Zul. Dia risau Zul terlepas cakap saja.

"Maybe aku kenal. Takut salah orang juga." Amri memberi jawapan selamat.

Zul angguk-angguk mengerti.

"Kalau kenal, bagi tahulah. Kita sama-sama cari makan."

Amri tersenyum mengerti. Ditepuk bahu Zul kuat.

"Jangan risau. Kau kawan aku. Kalau aku dapat maklumat, aku akan pastikan kau orang pertama yang tahu. Okey?" Mereka melagakan genggaman penumbuk masing-masing bagi memeterai perjanjian.

"Okey. Aku ciao dulu. Ada job lain." Amri terus meminta diri. Dalam masa yang sama, dia benar-benar lega. Sekurang-kurangnya dia tahu, itu berita gembira buat Ria.

Aku Bulan Dia BintangWhere stories live. Discover now