ANAQI - BAB 6❣️

38.5K 1.5K 9
                                        


TERJUNGKIT kening Eireen apabila melihat Anaqi serta kedua ibubapanya datang kerumahnya. Anaqi berpaling kearah Eireen yang turun dari tangga.

Eireen menjungkitkan kening kearah Anaqi dan Anaqi hanya menjungkit bahu.

Bahasa wifi.

Eireen pelik namun dia melangkah kearah Puan Anita dan Encik Baihaqi.

"Eehh Reen.." Tegur Encik Baihaqi dan senyum kearah gadis itu. Eireen tersenyum manis dan menyalam Puan Anita. Puan Anita mengelus lembut kepala anak kawan baiknya itu.

"Lame tak nampak ayah.. Ayah sibuk ke?" Tanya Eireen lalu duduk di sofa bersebelahan Anaqi.

"Ye Reen. Ayah sibuk sikit kebelakangan ni. Tak melekat kat rumah smpaikan ibu slalu membebel.." Puan Anita menjeling suaminya. Manakala Encik Baihaqi hanya gelak perlahan.

Eireen mengangguk dan mengalih pandangan kearah Anaqi yang bermain telefon. Eireen merampas kasar telefon itu.

"Reen!" Tempik Anaqi.

Eireen menjulingkan mata. "Tak perlu la main fone mase berkmpul. Kau ni tak tahu adab kan?" Anaqi berdecit lalu berpeluk tubuh. Eireen hanya menggeleng perlahan.

Puan Anita dan Encik Baihaqi hanya senyum melihat karenah anak mereka.

"Jadi.. kau ke aku yg nk sampaikan hajat ni?" Tanya Encik Ilham kepada Encik Baihaqi.

Encik Baihaqi senyum dan memperbetulkan kedudukannya.

"Aku la. Aku kan dari pihak lelaki." Eireen dan Anaqi hanya terkedip-kedip. Apakah? Hajat? Pihak lelaki?

"Eireen.." Eireen terus mengalih pandangan kearah Encik Baihaqi. "Ya ayah.."

"Eireen dah berpunya?" Eireen berkerut dahi namun menggeleng. Anaqi hanya mengangguk. Memang la Eireen tak berpunya. Dia tahu hal itu kerana hanya dia yg melekat dengan Eireen haha!

"Eireen takda mana-mana lelaki dlm hati Reen kan?" Eireen menggeleng lagi.

Encik Baihaqi senyum. Dia berdehem seketika. Sempat dia mengerling kearah Puan Elena dan Encik Ilham yang senyum kearahnya.

Dia memandang kearah anak terunanya yang masih bingung.

"Ayah berhajat nak jadikan Reen sebagai menantu kami."

Jeda.

Jeda

Sunyi.

"APA?!" Eireen dan Anaqi bangun mendadak. "Kejap. Menantu ayah? Maknanya Reen kahwin dengan Anaqi? Macam tu?"

"Yelah Reen.. Ayah dh tkde anak lain selain Anaqi.."

Eireen menunjukkan riak geli kearah Anaqi manakala Anaqi juga menunjukkan riak yg sama.

"Taknak lah yah.. Mama, papa, ibuu.. Reen taknakkk." Rengek Eireen.

"Apani yah? Ayah tak bincang pun dengan Naqi. Anaqi taknak lah kahwin dengan perempuan 3 suku ni."

Eireen menjeling tajam kearah Anaqi yang selamba sahaja mengutuknya. "Aku pun taknak lah kat kau! Eii ape kerlass kahwin dengan kawan baik sndiri?"

Eireen menggeleng selepas mntuturkan perkataan itu. Eii geli gelemang pula bila terbayangkan hal itu.

"Elehh. Habistu kau nampak mcm aku hadap sangat ke nak kahwin dengan kau? Aku rela membujang lah!" Ujar Anaqi lalu mendengus. Dia duduk kasar diatas sofa lalu memicit batang hidungnya.

Memang taklah nk kahwin dengan Eireen ni!

Eireen mendengus dan berpeluk tubuh. Dia menghenyak kasar punggung diatas sofa.

Mereka berempat menggeleng melihat perangai anak masing-masing.

"Sekarang umur dah berapa?" Tanya Encik Ilham.

Anaqi dan Eireen berdecit. Ni yang malas ni..

"25" Jawab mereka serentak.

"Kerja dah ada belum?" Anaqi dan Eireen memandang sesama sendiri dan menjeling.

"Ada." Ujar mereka serentak.

"Takkan tak merasa lagi nak kahwin?"

Eireen mengusutkan rambutnya manakala Anaqi meraup wajahnya.

"Pa, Naqi dan Reen muda lagi.. Lagipun kami tak pernah bercinta. Kami hanya kawan dari dlu shingga sekarang.."

Encik Ilham melepaskan keluhan. "Sekarang tak kira muda atau tua. Kalau dah bersedia, kahwin je. Bercinta selepas nikah pun bleh. Papa tak nampak ada masalah pun kat situ."

"Paaaa.. Papa ckap senang laaa. Yang nak kahwin tu Reen tau? Reen taknak la terburu-buru dalam perkahwinan ni.." Tersebik wajah Eireen sekarang.

Apani? Taknak la taknakkkk.

"Papa kenal Anaqi dan papa percaya dia. Papa tak percayakan lelaki diluar sana kecuali Anaqi. Jadi, kalau Eireen nak kahwin, Anaqi adalah pilihan yang tepat."

Eireen bangun dan menghentak kaki. "Orang taknak la! Takyah la pakse Reen mcm ni. Taksuka!" Eireen terus menaiki tangga rumahnya.

Anaqi melepaskan keluhan. Dia pun tidak ingin ini terjadi. Dia hanya menganggap Eireen sebagai kawannya sahaja. Tiada niat pun untuk bercinta mahupun berkahwin dengan gadis itu.

"Naqi.." Anaqi panggung kepala kearah suara itu. "Papa harap Anaqi bleh terima tentang perkahwinan ni.. Papa nak anak papa dijaga oleh orang yang papa percaya. Papa taknak Reen tersalah memilih orang yang membimbingnya. Anaqi fikirkan balik hal ni bleh?"

Anaqi senyum paksa dan mengangguk sahaja.

"Papa bagi Anaqi masa bleh? Sebab ini terlalu mengejut bagi Naqi dan Reen.. Kami tak pernah pula berfikir tentang hal kahwin.."

Encik Ilham mengangguk faham. Encik Baihaqi hanya senyum mendengarkan perkataan yang dilontarkan anaknya.

Dia tahu anaknya tidak rela dan ingin menolak namun anaknya pandai berkata-kata untuk menjaga hati orang tua.

TBC🤍
Fuhh. Panasss

Vote and comment❤️

ANAQI'S [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang