ANAQI - BAB 35❣️

46.2K 1.4K 118
                                        


EIREEN keluar dari bilik air dengan wajah yg sembab. Dia menangis hampir 2 jam didalam bilik air. Entah kenapa tapi hatinya sangat sakit apabila Anaqi melayan dan senyum manis kearah perempuan lain.

Sedangkan selama ini Anaqi hanya memandangnya seorang sahaja. Anaqi jarang senyum apatah lagi melihat kearah perempuan lain.

Sekarang ni Anaqi bercakap sngat lembut dengan Liza. Terasa la dia bila suami bercakap lembut dengan orang lain namun bercakap kasar dengannya.

Eireen melangkah keluar dari bilik air. Matanya tertancap kearah Anaqi yg sudah dijemput lena.

Dia menghampiri katil dan menghenyak punggung diatas katil. Diperhatikan sahaja suaminya yg sudah tidur.

"Kau tak tnggu aku pun.. biasanya sebelum tidur kau akan tunggu aku dan peluk aku.. tapi harini kau endahkan aku je Naqi.. Night kiss pun takde.. kau dah beralih arah ke?" Eireen bercakap sndirian. Diperhatikan sahaja wajah suaminya.

Tipulah jika dia kata dia tidak jatuh cinta kepada lelaki ini. Lelaki inilah yang selalu menjaganya dari kecil sehingga sekarang. Lelaki ini mungkin selalu menyakitkan hatinya dengan kata-kata namun Anaqi tidak pernah membiarkan Eireen menangis walaupun setitis.

Eireen senyum tipis apabila teringatkan zaman mereka masih berumur 6 tahun. Bukan main Anaqi menumbuk lelaki yang mengganggu Eireen sehinggakan Puan Anita dan Encik Baihaqi dipanggil oleh guru tadika.

Anaqi sangat menjaganya dari dlu sehingga sekarang. Namun dia tidak pasti sama ada Anaqi menjaganya sebagai seorang kawan.. atau adik.. ataupun isteri? Dia tidak pasti hal itu kerana Anaqi masih sama dengan Anaqi yg dlu.

Anaqi pula tidak pernah meluahkan kata-kata cinta terhadapnya dengan jelas. Eireen jadi bingung. Eireen takut dipermainkan kerana itulah dia hanya buat tak endah sahaja dengan nyanyian Anaqi sebentar tadi.

Alasannya hanyalah satu. Dia tidak pasti akan perasaan Anaqi terhadapnya.

Eireen mengeluh perlahan. Dia berbaring ditepi suaminya dan membelakangi suaminya. Airmatanya menitis. Hubungan mereka renggang malam ini hanya kerana seorang perempuan.

Betapa hibanya hati Eireen saat ini. Lagi hiba hatinya apabila Anaqi langsung tidak memujuknya setelah pulang dari riadah.

Mungkin Eireen memang tidak penting bagi Anaqi.

EIREEN berpeluh. Kepalanya bergerak kekiri dan ke kanan. Dia bernafas tercungap-cungap lalu bangun dari tidurnya.

"Astaghfirullahalhazim.." Gumamnya perlahan. Berpeluh dia saat ini. Dia bermimpi bahawa Anaqi berkahwin dengan Liza tanpa persetujuannya.

Eireen menggigit bibir dan menekup mukanya dengan tangan. Dia mula menangis terhinjut-hinjut. Apakah maksud semua ni? Adalah ia petunjuk bahawa Anaqi akan memilih Liza darinya?

Eireen menggeleng. Dia makin menangis teresak-esak.

Anaqi terbangun dari tidurnya apabila terdengar tangisan seseorang. Perghh meremang bulu roma mat.

Anaqi perlahan-lahan berpaling ke kanan. Lega hatinya apabila isterinya yg menangis. Kufikirkan lembaga tadi..

Anaqi bangun dari baringnya lalh membuka lampu malam. Dia mendekati Eireen lalu menggosok belakang badan Eireen.

"Hey.. mimpi ke?" Tanyanya perlahan. Eireen melepaskan tekupan dimukanya lalu dia mengangkat wajahnya. Eireen tersebik dihadapan Anaqi.

"Naqi.." Eireen terus memeluk erat leher suaminya. Anaqi membalas pelukan tersebut dan mencium skilas bahu isterinya.

Eireen masih menangis teresak-esak.

"Shhh.. takde apelah. Mimpi je tu.." Anaqi masih memujuknya. Tangan makin menggosok belakang badan Eireen dengan mata yg sedikit layu kerana kantuknya. Bukan meraba ya! Tapi menggosok. Aku bukan pencabul!

Eireen melepaskan pelukan dan kembali menatap suaminya. Anaqi senyum tipis dan mengesat air mata isterinya. Diusap lembut pipi yang memerah itu.

Atototo comelnya dia.. Dah mcm maklimah je rambut kusut masai mcm tu..

"Naqi.." Anaqi menjungkit kening apabila mendengarkan suara yg agak manja baginya. Tidak pasti sama ada Eireen buat-buat atau suaranya akan jadi seperti itu selepas menangis.

"Reen cintakan Anaqi.." Ungkap Eireen dengan suara serak basahnya. Anaqi mengerutkan dahi. Dia menyentuh dahi isterinya.

"Tak panas pun. Kau tak demam." Eireen menggeleng. "Betul.. Reen tak tipu.."

Anaqi mengerdipkan matanya. "Kau mimpi masuk neraka sebab tu kau berbaik dengan aku kan?"

Eireen menggeleng lagi. "Reen memang cintakan Naqi.. dari dulu lagi cuma Reen tak pandai nk luahkan.. Dan Reen takut Reen dipermainkan.."

Anaqi masih mengerutkan dahi. Dia bingung. Tidak tahu sama ada Eireen sedar ke tidak. Atau dia hanya mimpi?

Eireen mengemam bibir. Dia terus merapati Anaqi lalu mencium bibir Anaqi. Terbeliak Anaqi apabila Eireen yang memulakan aksi itu. Eireen makin menindih Anaqi sehingga Anaqi terbaring diatas katil.

Fuyooo ganas bini coach gym ni. Kalah coach dia..

Eireen masih mencium Anaqi. Kali ini Eireen menciumnya tersangat dalam sehingga Anaqi tidak bleh bernafas.

Sekejap. Sekarang siapa perempuan siapa lelaki ni?

"Reen.. kejap.." Anaqi menolak badan Eireen sehingga terlepas ciuman mereka. Eireen hanya memerhati mata Anaqi dengan mata berkaca.

"Kau sedar tak ni Reen? Ni tengah malam tau. Entah-entah kau mimpi tah? Mengigau?"

Eireen menggigit bibir. Dia mengendurkan bahu. Nak reject ckaplah jelah taknak.. Tak perlu la tanya soalan mengarut mcm tu.

Eireen terus turun dari menindih suaminya. "Takpelah." Eireen terus baring membelakangi suaminya. Mata dipejam erat.

Tahu. Pasti Anaqi akan beriak seperti itu kerana dalam hati Anaqi masih ada Liza.

Eireen mencelikkan mata apabila terasa seperti ada sesuatu yg lembap melekap di telinga kirinya. Bibir Anaqi!

"I know. Aku tahu kau cintakan aku. Sebab hati aku memang milik kau. Dan hati kau semestinya milik aku dari dulu sehingga sekarang." Bisik suara itu.

Eireen tergamam dan terkaku. Adakah ini mimpi lagi?

TBC🤍
WEH MIMPI KE WEH! KATAKAN TIDAK PLEASE!

VOTE AND COMMENT❤️

ANAQI'S [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang