ANAQI - BAB 30❣️

47.2K 1.4K 111
                                        



"WOI HANAT KAU SAPE NK GODA LAKI AKU?!"

Eireen melangkah laju lalu terus menarik kasar lengan Lyana untuk menjauhi suaminya.

Berdesis Lyana dibuatnya. Eireen bercekak pinggang dihadapan Lyana. Anaqi yg berdiri dibelakang Eireen hanya memerhati isterinya yg seolah-olah ingin berperang.

"Kau jangan nk rapat eh dengan dia. Dia tu alergik dengan perempuan tak ckup kain. Nanti badan dia gatal-gatal dan hidung dia pedih bila kau rapat dengan dia. Entah berapa banyak kau sembur minyak wangi kat badan kau." Kata Eireen lalu menutup hidungnya.

Perghh siot aa. Pedih hidung bila minyak wangi Lyana memasuki rongga hidungnya. Pakai sebekas terus ke apa?

Lyana senyum sinis. "Kasarnya. Macam ni ke Anaqi buat bini? Mesti Anaqi mnyesal kahwin dengan you kan? Isteri dh mcm lelaki.."

Eireen terlopong. "What?"

"Tak la. You tengok la cara you berpakaian. Tak seksi dan hauk. Patutlah Anaqi tak berselera dengan you."

Eireen mengetap bibir. "Kau dah lebih dh perempuan. Aku tak kacau bulu hidung kau pun kan? Yang kau menyemak dengan pakaian aku apahal?!"

Anaqi dan Fariz mengemam bibir menahan tawa. Siot aa Reen pergi sebut bulu hidung.. Sebut la bulu lain..

Lyana berpeluk tubuh. Eireen berdecit apabila melihat buah dada Lyana yang hampir tersembur keluar. Manakala Anaqi pula memandang kearah lain. Hanya Fariz yg melihatnya. Wayang free ofcos la Fariz ambil peluang untuk tengok..

"I tak sibuk. Cuma i tengok Anaqi mcm paksa diri layan you sbagai isteri. Tengok la. Dia tak mengaku you isteri pun di tempat kerja dia kan? Dia mcm nk mengelak berjumpa dengan you. Nampak tak kat situ dia terpaksa layan you? I bleh konfirm yang dia hanya layan you sbagai kawan baik. Not wife."

Eireen mendengus. "Aku kenal dia lebih dari kau. Kau baru kenal dia sminggu. So kau tak tahu apa-apa tentang laki aku. Sedangkan aku, kenal dia dari lepas lahir lagi. Kau nk lawan aku? Langkah mayat aku dlu."

Anaqi hanya berpeluk tubuh. Dia hanya senyum. Dia tidak mahu msuk cmpur kerana dia tahu Eireen bleh melawan dan mempercayainya berbanding perempuan take take fake itu.

Lyana senyum dan mengangguk. "Wow. That's so sweet. Tapi persoalannya sekarang, dia layan you mcm wife ke? Or mcm kawan baik?"

Eireen tergamam. Dia hanya mengerdipkan matanya. Tiada jawapan untuk itu kerana Anaqi melayannya seperti biasa sahaja. Tidak pasti sama ada melayannya sebagai kawan baik atau isteri.

Namun.. yang dia pasti Anaqi seperti beranggap dia sbagai kawan baik sahaja. Kerana Anaqi tidak pernah meluahkan kata cinta kepadanya.

"No answer? Can't answer my question?" Eireen mengetap bibir lalu menarik rambut Lyana.

"Aw Reen!" Eireen menarik kuat. "Kau cari pasal dengan aku? Salah orang lah perempuan fake!"

Fariz menarik baju Anaqi. "Wehh halang la bini kau tu. Kan mampus anak orang karang."

Anaqi senyum dan menjungkit bahu. "Biarlah. Aku lagi suka bila Reen pertahankan diri mcm ni." Fariz berdecit. Dasar laki tak guna..

Lyana mula mengeluarkan tangan dan menarik rambut Eireen.

Terbeliak mata Anaqi melihat Eireen menahan sakit.

"Wo wo woo ni dah lebih.." Anaqi terus merentap tangan Lyana. Terlepas pegangan Lyana dirambut Eireen. Anaqi mencerlung tajam kearah Lyana lalu dia mengusap serta menyisir rambut isterinya yg kusut.

Eireen bernafas laju. Masih tidak puashati. Nak sje dia cabut smua bulu perempuan itu. Tak kisah la bulu apa pun! Aku nk maghoh ni!

"You okay?" Tanya Anaqi perlahan dihadapan wajah isterinya. Eireen mengangguk sahaja. Anaqi senyum tipis dan mencium skilas kepala isterinya lalu memeluk kepala kecil itu ke dadanya.

Tangan setia menggosok lengan Eireen. Niatnya hanya satu. Ingin menenangkan isterinya.

Lyana mendengus lalu membaiki rambutnya. Dah mcm mak limah dah rambut aku hoho.

Fariz menggeleng. Cari pasal lagi dengan Eireen. Dia tak tahu ke Eireen ni kasar orangnya? Tapi dengan Anaqi dia manja sikit. Ceh dia tu.

Lyana senyum sinis. "Takkan i tanya mcm tu dah nak mengamuk kot? Nampak sangat betul kan? Lagipun you all berkahwin sebab mak ayah kan? Bukan sebab cinta pun."

Damn!

Eireen tergamam. Dia mengangkat kepalanya dari dada Anaqi. Dia perhatikan sahaja Anaqi.

Anaqi mencerlung tajam kearah Lyana yg senyum mengejek.

"You yg cakap tu kan Anaqi?" Berombak dada Anaqi sekarang. Macam mana perempuan tu tahu?

Eireen mendongak memandang suaminya. Dia menggigit bibir. "Apani Naqi? Kau ceritakan pada dia hal kita?" Anaqi terus memandang isterinya.

Berkaca mata itu menahan tangisan yg bakal terjadi nnti. Anaqi menggeleng dan tangannya ingin mengelap air mata Eireen namun Eireen menjauh darinya.

Berkerut dahi Anaqi dibuatnya. "Reen.. aku tak pernah cakap pada dia.." Lembut sahaja pertuturan Anaqi sekarang.

Fariz berdecit. Pasti Lyana dengar percakapannya dengan Anaqi tadi.

Eireen hanya merenung mata suaminya. Tak diendahkan airmata yg sudah mengalir laju. "Kau ckap kau nk simpan privasi kau. Taknak bagitau pada semua orang. Tapi apa ni Naqi? Kau bagitau hal yang sepatutnya jadi rahsia kita je.. Kenapa.. kenapa kau.."

Anaqi menggeleng dan merapat kearah Eireen namun Eireen makin mengundur menjauh dari suaminya.

Anaqi meneguk liur kesat. "Aku tak pernah bagitau dia Reen.. Kau salah faham ni.."

Eireen memandang kearah lain. Dia menarik nafas dan hembus perlahan.

"Kau bangga kan bila smua orang tahu kita ni terpaksa kahwin? Kau suka kan bila orang tahu bahawa kita ni tak pernah bercinta? Kau saja nk orang ketawakan aku kan?"

Anaqi menggeleng laju. "No. Aku tak pernah harap mcm tu Reen. Kau tolong la dengar ckap aku dlu.."

Anaqi menyentuh tangan Eireen. Dia menghela nafas lega apabila Eireen tidak menepisnya.

Dia menekup muka isterinya dan mendongakkan muka isterinya yg sudah memerah itu.

Sempat dia mengerling kearah Fariz agar membawa Lyana pergi dari sini. Fariz mengangguk dan mengheret Lyana pergi dari kawasan itu.

"Ish apani tarik-tarik i?!"

"Diam la perempuan! Menyemak aje mcm anjing!"

Eireen masih merenung suaminya dengan mata berkaca. Anaqi mengusap perlahan pipi Eireen.

"Aku tak pernah bagitau prempuan tu pasal hal kita.. Mungkin dia terdengar dari mulut Fariz. Kau pun tahu kan mulut Fariz mcm mana?" Sangat perlahan suaranya seolah memujuk.

Eireen hanya diam. Diam tidak membalas. Sakit hatinya apabila rahsia itu terbongkar begitu saja. Bukan main dia menyimpannya ketat-ketat.

"Cakaplah Reen.." Rayu Anaqi apabila isterinya hanya diam.

Eireen menarik nafas dan lepas. Dia mendongakkan wajahnya. Matanya kekal memerhati mata suaminya.

"Kau cintakan aku tak?"

Senyuman Anaqi mati. Anaqi hanya diam.

Jeda.

Sunyi.

Tiada jawapan untuk itu.

TBC🤍
VOTE AND COMMENT❤️

ANAQI'S [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang