ANAQI menutup kedua mata Eireen menggunakan tangannya. Eireen pula hanya mengikut langkah suaminya. Dari dalam kereta tadi lagi Anaqi menutup matanya. Apa kes? Nak jual aku ke? Gulp tachod.."Perlahan-lahan.." Gumam Anaqi di tepi telinga Eireen. Eireen mengangguk sahaja. Namun senyumannya makin mekar apabila dia dapat merasakan pasir dikakinya serta angin menerpa diwajahnya.
Bau laut!
Anaqi senyum melihat senyuman isterinya. "Mesti dah dapat agak kan kita kat mana?"
Eireen menggeleng. "Tak Reen tak tahu. Sumpah Reen tak tahu kita ada kat pantai sekarang.." Anaqi menjeling sahaja. Ceh. Terlalu jujur dah tu..
"Sampai. Tutup dlu mata bae. Kalau bie cakap buka, baru buka okay?" Eireen mengangguk. Anaqi melepaskan tekupannya lalu mengambil satu objek diatas pasir.
Dia terus melutut dihadapan Eireen. "Open your eyes my wife.." Ujarnya dengan suara yang merdu. Eireen membuka mata perlahan-lahan.
Terkejut dia apabila melihat Anaqi yang memegang sejambak bunga dan dihulurkan kearahnya. Dia mula mengemam bibir dengan mata berkaca. Anaqi tidak pernah memberinya kejutan kerana lelaki itu tidak handal dalam mengambil hati wanita.
Dia bukanlah seorang lelaki yang sweet talker atau suka memberi kejutan seperti lelaki lain. Dia hanyalah dia. Anaqi ada cara yang tersendiri sehinggakan mampu membuatkan Eireen jatuh cinta kepada lelaki itu.
"Bie.." gumamnya dengan suara yang bergetar. Tak dihiraukan airmata yang mula menitis. Air mata kebahagiaan..
Anaqi senyum tipis. Dia juga sebak apabila isterinya mula menangis kerananya. Anaqi berdehem. "Bie tak pernah sweet dengan Reen. Bie tak pernah beri kejutan atau bunga kepada isteri bie seperti suami orang lain. Bie tahu itu kekurangan bie.."
Eireen menggeleng. Dia tidak kisah akan hal itu. Dia menerima baik buruk suaminya sepertimana Anaqi menerima dirinya.
"Jadi, izinkan bie jadi suami yang mithali harini.. Izinkan bie jadikan Reen sebagai isteri yang paling bahagia pada hari ini dan juga masa akan datang..and..."
Eireen hanya senyum menunggu perkataan yang bakal dilontarkan oleh suaminya.
".. I love you.." Ujar Anaqi sambil merenung mata berkaca Eireen.
Eireen menutup mulutnya menahan sebak..
Anaqi mula menitiskan air mata kebahagiaan. "Bie sayang Reen.. bie tak pasti bila cinta ini hadir kerana bie selalu menidakkan perasaan bie. Tapi yang pasti, bie dah lama sayang Reen. Dan ada nama Reen di sudut hati bie.."
"Bie..." Gumam Eireen yang sudah menangis teresak-esak.
"Sehinggalah satu masa, bie cemburu bila Reen mendekati lelaki lain. Bie tak bleh tengok Reen senyum kepada lelaki lain.. Bie cuma nak Reen pandang bie je sepertimana bie memandang Reen tanpa mengalihkan pandangan kepada perempuan lain.."
Eireen mengangguk. "I will.. Reen hanya pandang bie je.. Reen tak pernah sayang orang lain sepertimana Reen sayang bie.." Ujarnya dengan teresak-esak.
Anaqi senyum dalam tangisan. Dia menghulurkan bunga kearah Eireen. "So lepasni sudi ke Eireen Insyirah menjadi isteri serta ibu kepada anak-anak bie untuk selamanya?"
Eireen menggigit bibir menahan sebak. Dia mengangguk laju. "Saya Eireen Insyirah berjanji untuk menjadi isteri serta ibu kepada anak-anak Anaqi Bakhtiar untuk selamanya.."
Dia menyambut huluran itu lalu menarik suaminya ke dalam pelukannya. Anaqi senyum lalu berdiri dan membalas pelukan itu. Kepalanya disembam ke ceruk leher Eireen.
"Reen memang milik bie.. Takde sape bleh ambik Reen dari bie.. Bie kena ingat yang tu tau.." Gumam Eireen dengan nada sebak. Anaqi senyum tipis dengan air mata yang mengalir.
"Dan bie jugak adalah milik Reen selamanya. You're Anaqi's.." Eireen melepaskan pelukan dan memandang suaminya dengan senyuman.
Anaqi senyum dan memandang redup kearah isterinya. "I love you Bakhil.." Anaqi tergelak. "And i love you more Insyi.. Tak sangka budak sengal ni jadi isteri bie.."
Eireen gelak dengan linangan air mata. "Dan Reen tak sangka juga orang yang paling annoying ni jadi suami Reen.." Bisiknya perlahan di hadapan wajah Anaqi.
Anaqi senyum lalu menarik pinggang isterinya merapatinya. Dia terus menunduk dan mencium bibir isterinya. Eireen senyum lalu mengalungkan tangan ke leher Anaqi. Dia membalas ciuman itu dengan sensual.
Angin serta laut adalah saksi dua hati manusia yang saling bertaut antara satu sama lain. Persahabatan selama 25 tahun akhirnya menjadi cinta sejati buat selamanya.
Semoga Anaqi Bakhtiar dan Eireen Insyirah sentiasa bahagia..
Walaupun kisah disini sudah tamat namun kehidupan mereka tetap berkekalan selamanya🤍
-TAMAT-
Terima kasih kepada smua yang setia membaca dari bab prolog sehingga epilog. You don't know how much i love you, my readers❤️
Tanpa korang, saya tiada disini tau. Kerana korang juga la saya mampu menghabiskan kisah ini. Terima kasih. 🥺
Maaf salah silap dari saya. Maaf juga jika ada kesalahan tatabahasa atau kesalahan ejaan.
Last but not least thank you to all of you yang membaca, yg memberi vote dan yang memberi komen.
Anaqi and Eireen love you so much🫶🏻
Sekian, Anaqi's , Anaqi dan Eireen melabuhkan tirai❣️
YOU ARE READING
ANAQI'S [C]
Romance‼️ADA BANYAK SHORTFORM DAN SAYA TAK SEMPAT UNTUK EDIT. MAAF ATAS KEKURANGAN SAYA‼️ Perjodohan antara dua sekawan telah mencetuskan pertengkaran mulut antara mereka. "Aku taknak lah kat kau! Eii ape kerlass kahwin dengan kawan baik sndiri?" -Eireen I...