ANAQI - BAB 14❣️

44.1K 1.6K 85
                                        



ANAQI mengintai kejap ruangan dapur. Yes! Line clear! Hanya ada isterinya sahaja yang sedang mencuci pinggan.

Dia mendekati isterinya lalu memerangkap tubuh isterinya dalam ruangan yang dicipta. Eireen tersentak namun dia hanya teruskan sahaja cuciannya. Dia tahu itu suaminya kerana dia kenal bau badan Anaqi.

Ahak! Baru je jadi suami isteri separuh hari dah kenal bau dia.. Gitcheewww.

"Merajuk dengan aku?" Bisik Anaqi perlahan. Dia mengintai wajah isterinya dari bawah. Eireen hanya diam tak bersuara.

"Aku tanya ni Reen.. marahkan aku ke?"

Jeda. Eireen hanya fokus dengan cuciannya. Langsung tak endahkan suara Anaqi dibelakangnya.

Anaqi merapatkan badan hadapannya ke badan belakang isterinya. Terhenti pergerakan Eireen apabila badan mereka bersentuhan.

Omo! Renjatan elektrik di jantung..

Anaqi meletakkan hidungnya di pipi kanan Eireen. Disedut dalam pipi gebu itu. Tenggelam hidungnya di pipi Eireen.

"Sorry." Gumamnya perlahan. Eireen hanya mengerdipkan matanya.

"Sorry kalau aku terlebih tadi. Jangan merajuk dengan aku Reen.." Eireen meneguk liur kesat.

Suara itu sangat rapat dengannya. Sentuhan hangat suaminya meredakan kemarahannya.

Eireen berdehem sedikit. "Takde masa aku nk merajuk dengan kau." Anaqi tersenyum apabila isterinya bersuara.

Dia mengangkat kepalanya dan dagu direhatkan dibahu kanan Eireen. "Yeke? Asal mcm merajuk je?"

Eireen menutup paip air. "Istilah merajuk hanya untuk orang yang bercinta. Dan kita bukan tergolong dalam golongan tu. So? Faham kan?"

Anaqi mengangguk faham. Hampir tergelak Eireen apabila dagu tirus itu mengangguk dibahunya.

"Tapi ada ustaz kata isteri merajuk dengan suami tanda sayang. Jadi kau sayang aku ke Reen?" Eireen hanya mengerdipkan matanya.

Sayang? Ada la sikit kut sbagai kawan. Tapi cinta? Mungkin ya tapi mungkin tidak.. Arghhh tak tahu!

"Gila ke tak sayang kawan sndiri." Ujar Eireen. Bleh la kut kan? Bernas la juga jawapan ni..

"Aku taknak jwapan tu. Aku tanya, kau sayang aku sbagai suami ke?" Eireen menggigit bibir. Ya Tuhan. Tak boleh jawab sebab tak pasti dengan jawapan!

Nak cakap tak sayang? Tapi aku cemburu bila Lydia nk rapat dengan Anaqi. Nak kata sayang? Entah la labu.. Tak faham dengan perasaan sendiri..

"Ya Allah diorang ni. Naik atas la nak beromen pun! Berbulu mata nenek tau!" Tersentak mereka dibuatnya.

Kepala Eireen terhantuk dengan kepala Anaqi apabila dia terkejut. Berdesis mereka dibuatnya.

Anaqi melepaskan pegangan dan mengusap kepalanya. Dia mengerling sekilas kearah isterinya yang sedang mengusap kepala.

"Nenek ni.. terkejut kitaorang. Kenapa tak bagi salam dlu sblum masuk?" Ujar Anaqi namun tangan mengusap kepala Eireen. Eireen kulum senyum..

Sweetnya suami kita.. Act of service hehe.

Nenek menggeleng. "Nenek dah bagi slam dah tadi.. Korang je sibuk nk bersweet. Dah solat asar belum?"

Anaqi dan Eireen berpandang satu sama lain dan tersengih bersalah. Nenek bercekak pinggang.

"PERGI SOLAT!"

Anaqi memegang tangan Eireen dan tergopoh-gopoh berlari ketingkat atas.

"Bye nek! Jumpa nanti!" Teriak Eireen yang sedang mengikuti langkah suaminya. Terkekeh mereka berdua ketawa smbil berlari.

ANAQI'S [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang