ANAQI mendengus. "Berapa kali dh kami nk ckap yang kami dah kahwin ustaz.. Kami terlupa bawa kad kahwin.. Kalau ustaz tak percaya, ustaz bleh cek dlm sistem."Benci! Tak pasal-pasal kena tangkap basah! Semua sebab Anaqi! Sudahlah dua-dua tak bawa kad kahwin.
"Kamu berdua nampak muda dan remaja. Macam pasangan kekasih sahaja. Sebab tu kami tak percaya. Dan kami bukannya JAIS yang bleh cek dlm sistem.."
Anaqi mengusutkan rambutnya. "Habistu nk buat mcm mana? Umur kami memang muda lagi. Baru 25 tahun. Awet muda pula tu. Kalau nampak muda memang cop tak kahwin ke?"
Eireen menjeling. Menyempat uh ckap awet muda.. Tahulah badan berketak-ketak. Eee nk geget. Sabar Reen sabar! Bawak bertendang!
"Bukan masalah tu saudara Bakh.. Ba apa tadi? Bakhil?" Tanya Ustaz kepada pembantunya.
Eireen terkekeh ketawa. Weh Bakhil terus. Siot aaa.
"Bakhtiar ustaz.. Bakhtiar.." Redha sahaja suara Anaqi sekarang. Penat betul nk melayan. Sudahlah aktiviti tergantung tadi, lepastu diasak untuk turun dari bukit cepat-cepat.
"Haa ye saudara Bakhtiar. Bukan masalah muda ataupun tidak. Tapi kalau korang dah kahwin, korang buat je la hubungan halal tu dirumah. Kenapa kena buat tempat terbuka mcm tu? Dah mcm maksiat dah.."
Anaqi berdecit. "Dah kempunan. Nak buat mcm mana?"
Eireen langsung memukul lengan Anaqi. "Apani bie! Malu lah.." Anaqi panggung kepala kearah Eireen.
"Kau la ni. Tak bawak kad tu kenapa?" Eireen ternganga.
"Amboi? Salahkan Reen pula? Bie tu yang tak bawak kad kenapa?"
"Aku lelaki. Lelaki memang tak ambil cakna benda mcm tu. Kau tu. Bawak beg berlambak dengan alat mekap. Takkan kad yg senipis bawang tu kau tak bleh bawak?"
Eireen mendengus. Nak cri pasal eh.. "Excuse me? Kenapa perempuan selalu dipersalahkan walhal lelaki pun cuai dalam hal ni?"
"Saudara dan saudari ni betul-betul pasangan suami isteri ke? Kenapa bergaduh ma--"
"DIAM!" Jerit Anaqi dan Eireen serentak.
Terkulat-kulat pak ustaz dibuatnya apabila dijerkah sebegitu.
"Baguslah kami bergaduh. Dpat anak cepat sikit." Eireen memukul dada Anaqi. "Bie! Kenapa ckap mcm tu!"
"Betul la aku ckap. Biasanya suami isteri lepas bergaduh terus dapat anak."
"Eee bie tak senonoh lah!"
"Eleh kau pun suka jugak kan?"
Ustaz dan pembantunya mula menggaru kepala. Pening! Tidak pasti sama ada dua anak muda ini pasangan ataupun adik beradik atau hanya kawan..
Nak cakap kekasih, tak nampak pula lovey dovey nya..
"Anaqi!"
"Eireen!"Puan Elena, Puan Anita, Encik Ilham dan Encik Baihaqi terus berlumba-lumba datang kesini setelah mendapat panggilan tadi.
Anaqi dan Eireen memejam mata kejap. Malu!
"Ishh budak ni! Berapa kali nak kahwin ni?!" Tanya Puan Anita lalu menarik telinga Anaqi. "Aw ibu! Jangan bu.. Sakit siyes sakit."
"Eee budak gatal ni. Tak menyempat kan? Kenapa kat tempat awam jugak nk bermadu kasih?" Tanya Puan Elena lalu mencubit-cubit lengan Eireen.
"Mama! Jangan la.. Reen sayang la lemak-lemak Reen ni.."
"Menjawab!" Jerit Puan Anita dan Puan Elena terhadap anak masing-masing.
Encik Ilham dan Encik Baihaqi hanya berpeluk tubuh dan menggeleng. Macam-macam sungguh anak menantunya itu.
Dua-dua ekstrem! Dua-dua menggatal! Dua-dua tak menyabar!
"Anaqi yang salah!"
"Eireen pun salah jugak. Tak tahan bie tadi kenapa?!"
"Macam mana orang nk tahan kalau dia pegang tangan orang?!"
"Sepak jelah bie. Tak susah pun kan?"
"Taknakkk. Nanti bie sakitt. Tak pasal dpat check point derhaka pula."
"Alasan!"
"Asyik marah Reen je! Malam ni bie tidur luar!"
Bergema ruangan itu dengan kekecohan anak beranak itu. Dan semestinyalah ustaz berasa amat menyesal kerana menangkap pasangan ini.
Makin pening pula. Kalau tahu akan jadi seperti ni, dia hanya biarkan sahaja tadi. Sekarang ni hadap jelah suara-suara langau ni..
TBC🤍
Tangkap basah pula deme ni..Author tak tahu nk ckap apelah kalau dua-dua miang tak bertempat.VOTE AND COMMENT❤️
YOU ARE READING
ANAQI'S [C]
Romance‼️ADA BANYAK SHORTFORM DAN SAYA TAK SEMPAT UNTUK EDIT. MAAF ATAS KEKURANGAN SAYA‼️ Perjodohan antara dua sekawan telah mencetuskan pertengkaran mulut antara mereka. "Aku taknak lah kat kau! Eii ape kerlass kahwin dengan kawan baik sndiri?" -Eireen I...